Resepi Kek Batik Simple & Sedap

Rodiah Amir
Alhamdulillah menjadi juga buat Kek Batik . Yeay suka. Resepi ni lain dari yang pernah kak Diah cuba sebab ada masukkan telur. Rasa dan tekstur sedikit berbeza. Dan lagi sedap. 

Kalau ikut resepi ni, kek dia tak melekat dekat lelangit bila makan dan rasa macam kek tu ada. Resepi akak jumpa di group masakan di FB.


Tips Resepi Kek Batik Simple & Sedap

  • Nak dapatkan tekstur cantik kena celup dan susun biskut, bukan masukkan ke dalam coklat dan gaul.
  • Sejukkan dalam fridge semalaman.


Resepi Kek Batik Delicious


Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
250g butter
3 bji telur
1 cawan fresh milk/susu cair
1 cawan serbuk koko
1 sb esen vanila
1 cawan gula
1 peket biskut marie – Kak Diah ganti biskut bulat Jacob (300gram)
Cara-cara
Campur semua bahan di atas dalam satu periuk/kuali dan pukul adunan hingga sebati
Masak adunan tadi atas dapur gas, api sederhana dan sentiasa kacau (guna whisker) elak hangus.
Bila adunan dah mula pekat dan mendidih, sejukkan seketika.
Sediakan loyang/bekas yg dilapik dengan plastik ataupun baking paper
Celupkan biskut dalam adunan dan terus susun atas loyang/bekas. Kalau ada lebihan adunan tuang atas biskut tadi dan ratakan
Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman

Nak buat Kek Batik jadi lagi cantik boleh buat topping Chocolate Ganache, akak buat tapi kurang menjadi sebab guna choclate murah aje. Tapi boleh la telan.
Bahan-bahan Chocolate ganache (make sure buat lepas kek dah disejukkan)
200g cooking choc
1 cawan whipping cream
1 sudu kecil butter
Panaskan Whipping cream, jangan sampai mendidih. Suam-suam sahaja.
Sediakan cooking choc dlm mangkuk then tuang Whinpping cream tadi. Kacau guna whisk sehingga tak berketul.
Masukkan butter dan kacau lagi.
Tuang Chocolate ke atas kek yang telah disejukkan tadi. Masukkan dalam fridge sejam dua.

Selamat mencuba.
Tags