Assalamualaikum, tahu kan antara salah satu perkara best yang di umumkan oleh PM kita tahun lepas adalah tentang Geran Sepadan RM500 (GS500).
Ibu bapa yang ada anak berumur 7 sehingga 12 tahun pasti gembira bila tahu akan dapat tambahan simpanan RM500 secara percuma tapi tertakluk pada terma dan syarat seperti di bawah.
Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus
Syarat Utama dia adalah kena ada akaun SSPN1M-i. Bagi yang masih belum ada akaun SSPN1M-I boleh buka secara online ok.
Hanya ikut arahan di laman website.
Jadi, untuk ibu bapa yang ada anak berumur 7 sehingga 12 tahun kena rebut setiap peluang yang ada. zaman sekarang kena laju, pantas dan bijak ambil peluang. Nak pulak semakin menghampiri pilihanraya. Mesti banyak bantuan yang kerajaan akan offer.
*RINGKASAN MENGENAI GERAN SEPADAN RM500 (GS500)*
• Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;
• Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun atau sedang belajar di sekolah rendah
• Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00
dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful
bagi SSPN1M-i Plus).
• Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
• Pemberian insentif GS500 hanya diberikan sekali sahaja untuk setiap penerima manfaat.
• Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.
• Jika penerima manfaat belum mencecah umur 18 tahun, pengeluaran simpanan boleh dibuat dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500.
• Jika menutup akaun sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, insentif GS500 akan ditarik balik.
• Sekiranya pendeposit atau penerima manfaat meninggal sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, akaun akan ditutup dan layak menerima Insentif GS500.
• Insentif GS500 tidak layak mendapat pengecualian cukai.