Nuffnang BH

Oct 23, 2017

Nasi Arab sedap Taj Hadramawt Taman Melati


Assalamualaikum.

Kisahnya pagi tadi lepas selesai urusan cucuk vaccine tambahan Raudah memang plan nak ke kedai Hari-Hari beli baju sekolah abang Ikhwan. Saja nak setel awal sebab keadaan mak buyung yang semakin hari semakin malas nak jalan.

Sebelum keluar rumah dah make sure perut penuh dan sempat goreng bihun. Ikut plan asal cucuk di Klinik Pusrawi Jalan Ipoh – post Wawawax di LRT Taman Melati – Lunch – Kedai Hari-Hari. Selesai di Klinik pukul 1 lebih perut dah start berkeroncong.

Kena ubah plan bila tangan dah ketar minta nasi. Oleh sebab dah lama teringin nak makan Nasi Arab maka teringat satu Restaurant dekat Taman Melati yang selalu kami jeling-jeling je bila tapau sate di Samuri. Nak ke Restaurant Aroma Hijrah jauh sangat ke Shah Alam.
budak ni happy nak makan nasi
First impression masuk ke Restaurant tu terasa la seperti di Negara Arab sana nun. Staff dia majority orang sana. Decoration pun cantik. Kena dengan tema. Masa masuk memang penuh dengan bangsa Arab. (ok ini tak taw nama apa tapi dia speaking Arab).

Dari segi harga agak mahal. Variety of food banyak. Kambing/ayam boleh dimasak pelbagai rasa/rempah. Total kami makan sekeluarga RM53.00. Order Chicken Mandy dengan Lamb Haneef. Air Mineral botol besar dan Vimco (blackcurrent blended). 


walau manis cam onggile aku minum non stop
Menu dia ada explain herbs apa dia letak



Nasi portion banyak dan ada tapau bawa balik.
Kalau compare Aroma Hijrah dengan Taj Hadramawt aku lebih suka Aroma Hijrah dari segi rasa dan harga. Taj Hadramawt ni rasa dia lebih original asal makanan sana, tapi Aroma Hijrah dia alter sikit rasa ikut tekak orang Malaysia.

Lauk dan Nasi dia macam kering sangat. Hilang juice dia tapi masih boleh diterima. Sambal dia pedas. So ok la tak muak. 
set Chicken Mandy

Lamb Haneef

Apa pun kena pergi cuba baru puas hati. Restaurant ni berhadapan dengan Sunway Montana dan sederet dengan Restaurant Sate Hj Samuri. Tempat ni selalu parking penuh tapi don’t worry in sha Allah ada kosong sebab parking agak banyak.

Yang teringin nak cuba boleh waze tempat ni guna alamat bawah ni.

Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt
No. 45G, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4106 3323