Kahwin Gadis Korea

Rodiah Amir
Assalamualaikum,

Hari ni terbaca pasal rakyat Malaysia yang berkahwin dengan gadis Korea. Bagus sangat ni.  Tak kisah background dan warna kulit as long as they can accept each other plus family pun give them blessing memang boleh aje.

Dulu kan Selalu cerita melayu banyak tayang cerita family tentang habis-habisan kalau bangsa lain nak jadi menantu. 

Kahwin Gadis Korea

Tu selalu keluar news kahwin lari la, mati bunuh diri la. Cinta punya pasal. Itu zaman dulu la, rasanya sekarang masyarakat lebih bertoleransi.



Tahun lepas ada viral pasal seorang lelaki berasal dari Kelantan yang telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan  Korean (Abnormal Summit) untuk bercerita tentang keunikkan Malaysia. 

Aku terus follow kisah dia kat internet. Khalid ni dikagumi kerana dia fasih berbahasa Korea. Aku baru follow Khalid di Instagram lepas Farah Lee post yang dia kata Khalid adalah senior dia masa study kat Korea dulu. boleh search Karllead_n_leeseul

Ada satu rancangan kat TV pasal dia berdua dan Khalid ni cerita macamana dia bertemu dengan wife dia. sweet je. 

Semuanya bermula bila dia ni bertemu dalam satu program/kelas kat university tempat mereka belajar dan  dia tersalah text mesej kepada isteri dia. lepas tu hubungan tu berkembang mekar. Sweet sangat.

Mereka ni dah selamat bernikah dan melangsungkan Majlis di Korea ikut istiadat sana dan majlis di Kelantan pula akan diadakan pada 2018. Didoakan berbahagia la pasangan ni ke akhir hayat.


 

Seorang lagi rakyat Malaysia yang berkahwin dengan gadis dari Korea (Korea Selatan)  yang menarik minat aku ialah adalah Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes. Pasangan dia berusia 25. Amboi muda sangat.

Majlis dibuat di Perancis uols. Kalau ikutkan ini adalah perkahwinan kedua bagi Tan Sri Tony Fernandes. 

First wife dia orang putih. Taste memang international. Orang kaya siapa tak suka. J
Gambar Tan Sri aku malas nak share sebab sexy hahha. Pepandai la korang nak cari.



Tags