Attend interview ke dua Semasa Mengandung

Rodiah Amir

Attend Interview ke dua Semasa Mengandung


Ya Allah rindunya nak menaip kat blog.
minggu yang hectic sebab kena attend interview + check up bulanan di KK.
Alahamdulillah dah masuk 6 bulan kandungan dan semuanya berjalan lancar.

Doakan ya.

Update minggu ni adalah tentang pengalaman ibu mengandung hadiri interview
Kan aku ada share yang Jumaat lepas ada attend interview dengan internal company
So Rabu lepas pulak ada interview dengan external pulak.
Post yang aku idamkan lepas nampak advertisement dekat Jobstreet.

Google image
Dulu aku selalu fikir Jobstreet macam tak relevant dah sebab banyak sangat
platform baru pencari kerja yang tumbuh macam cendawan lepas hujan.
Tapi bila aku tengah desperate Jobstreet la banyak sekali post jawatan yang relevan
dengan apa aku request.

Back to topic interview, memang seminggu juga aku buat preparation.
Baca, study, ulangkaji. Hafal, practice, ulang semula.
Nanti aku share tips-tips yang sesuai okeh.

Basically aku banyak refer kepada YouTube.
Banyak sangat membantu.
Yang penting don’t give up.
kita tak akan tahu kemampuan diri selagi kita tak cabar diri
keluar dari zon selesa ok.

Isnin ni in sha Allah dapat result, sebab aku push them to give early answer.
Siang tadi HR dia dah call nak notify if selected, since aku pregnant
masa maternity nanti mereka tak akan bayar gaji dan dianggap sebagai unpaid leave.

Dan itu adalah normal ya.

Kawan satu office pernah dapat offer masa pregnant jugak
same case no salary during confiment.
Maka aku iyakan sahaja.
Maka bermula lah misi #menabung nak cover dua bulan maternity nanti kalau dapat kerja ni la. 



Tags