Nuffnang BH

Aug 2, 2017

Bahaya Minuman 3 in 1

sumber: Dapat Dari Sini

Assalamualaikum, 

Teringin nak share tentang minuman segera 3 in 1 yang tengah meletus-letus di promosikan. Memang sedap rasanya. Tapi tahu ke idok kesan pengambilan minuman ni? 

Oleh sebab aku pun termasuk golongan yang suka minum jadi aku kongsikan apa aku jumpa tentang keburukan 3 in 1 ni. 

Next action terpulang pada diri sendiri ok. Sebab anda yang akan menanggungnya. 

Nescafe 3 in 1 penyebab sakit buah pinggang?

 Antara yang dikesan adalah:

1. Kerap berdebar tidak tentu masa.

2. Bila jantung berdebar berlaku, diikuti dengan dahi berpeluh.

3. Kerap merasakan kesakitan pada dada.

4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

5. Semakin tak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan kalau kena panas, badan akan berpeluh dan tidak selesa.

6. Tapak tangannya basah.

Nescafe 3 in one adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"

Tips untuk merawat:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, nuget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecahtanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.