Nuffnang BH

Aug 12, 2017

Jaga Tepi Kain Orang

Otak macam mereng sebab aircond dekat office sejuk seolah-olah ternak penguin yang nak main atas ais. 

Gila babeng bila jari semua rasa kebas, keras nak keluarkan jari nak type keyboard pon macam apa je.

Berapa banyak dah aku minum air suam ni. 

Dah satu hal pulak bila minum banyak nak kencing. 

Kau tahu banyak kerja tak jalan kalau cuaca sejuk sangat. 

Dah macam default kalau suhu sejuk melampau otak aku automatic beku sekali. pakej ni.

Nak pulak hari ni hari Jumaat. 

Lagi la Semangat tu merudum. 

Rasa nak humbankan muka ke bantal. 

Tidur dalam sejam dua. Tak boleh tidur lama. 

Banyak sangat nak kena hadap. Kena fikir. 

Masa bukan stop woi bila aku tak ada mood atau luntur Semangat sebab sejuk mencengkam ni.

Aku susah hati ni. Jangan ada suara sumbang sibuk tanya kenapa aku nak luah kat internet. Eh blog aku. pedulik la nak tulis apa. L

Biar nanti bila aku baca semula blog, kalau masih ada hayat la. Aku boleh senyum yang aku pernah ada perasaan macam ni.