Keputusan Final Bola Sepak Sea Games 2017 Malaysia VS Thailand

Rodiah Amir

Assalamualaikum,

Kecoh semalam games final bola lawan Thailand. Semua kat FB pakat ramai-ramai mendoakan Malaysia menang. Tapi bukan rezeki kan? kena la sejukkan hati sebab dari awal dah niat jangan letak harapan tinggi. Nanti kuciwa.



Baca selanjutnya
Bola ni lain sikit Semangat dia. Suami kata kalau kalah bola kalah segalanya walau dah mendahului gold medal tu. dah capai sasaran. Begitu sangat. Dah kalah ermm..

Lepas tu trending jugak pasal pasukan Ultras Malaya memulau game final di atas sebab isu-su yang mereka tak puas hati macam kelemahan system penjualan tiket final kan tu. Sudahnya tak ada lah penyokong tegar bola malam tadi. Hilang seri orang kata.

Hai macam-macam la. Pengulas bertauliah banyak comment kat FB. Kih3 masing-masing macam jurulatih bertauliah ok. aku sempat tengok masa gol Thailand tu. gol kesilapan yang mudah yakmat tu. geram je.

Lepas gol terus masuk bilik tidurkan anak then bagi warning kat suami suruh slowkan volume tv. Alahai menyam dengar. Bukan apa risau ada gol lagi selepas tu. emosi sungguh.

Apa pun tahniah pasukan Bola Negara. Anda dah buat yang terbaik. Tak jadi lauk malam tadi pun kira ok la tuh. Paling di ingati game kali ni ialah Thanabalan. Macam-macam version orang upload. Thanakalah la, thanamain la, thanamove on la. Orang Malaysia bab yang ni memang first class. Ada je la idea nya. Macam demam “jadilah seperti Rashid tu”.



Last but not least, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 60 esok hari dan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk anda semua. Jaga diri dan keselamatan. Yang balik ke kampung dan bercuti semoga selamat sampai ke destinasi.