Nuffnang BH

Aug 9, 2017

Eczema - skin problem

Assalamualaikum. 

Dah lama tak update pasal Raudah yang ada eczema start dari umur 5 bulan tu. 
Alhamdulillah now dah masuk 1 tahun 2 bulan. 

keadaan dia semakin hari semakin elok. 
Dah berjaya lepas stage yang kritikal tapi masih amalkan apa yang boleh dan tidak untuk dia.

Dari segi pemakanan memang totally avoid crab, udang, kekacang dan telur. 
Itu paling bahaya untuk Raudah so far. 

Untuk mandian masih lagi setia pakai mandian dermaveen. 
Untuk minyak sapu dan sebagai lotion aku selang seli lotion dermaveen – minyak habatussauda – dan sekarang minyak Argan. 
Sapu setiap kali lepas mandi dan kalau dia menggaru.

Sekarang skin area yang paling teruk adalah bahagian siku dan tapak kaki bahagian atas. 
Tak pernah tak kering dan selalu dia garu. 

Memang kalau menggaru aku akan sapu vicks atau minyak angin yang berangin khas untuk gatal-gatal. Pastu sapu pulak la minyak argan tu.

Alhamdulillah aku tak bergantung lagi pada cream yang aku beli dr Klinik Dr Kevin. 
Telinga dia pon dah tak berdarah. 
Syukur sangat. 

Nak kata 100% cantik kulit dia memang tak la, tapi dah cukup bersyukur bila dia tak berdarah dan boleh tidur nyenyak bila malam.

Nasihat aku untuk mak-mak yang ada masalah  eczema jangan putus asa. 
In sha Allah ada jalannya. Sedar tak sedar lama dah aku tak makan udang dan ketam. 

Berpantang punya pasal. Demi anak ku turutkan.


Apa pun syukur Ya Allah.