Nuffnang BH

Aug 30, 2017

Keputusan Final Bola Sepak Sea Games 2017 Malaysia VS Thailand


Assalamualaikum,

Kecoh semalam games final bola lawan Thailand. Semua kat FB pakat ramai-ramai mendoakan Malaysia menang. Tapi bukan rezeki kan? kena la sejukkan hati sebab dari awal dah niat jangan letak harapan tinggi. Nanti kuciwa.



Wordless Wednesday







Bermula dengan Dropship

Assalamualaikum, 

Dulu masa pertama kali saya aktif jadi peniaga online ini adalah antara task yang kena buat. 

Bagus cara macam ni, sekurangnya mencari jawapan dalam kehidupan. 

Cubalah :)

Setiap dropshipper kena cerita kenapa mula libatkan diri dalam perniagaan. 

Aug 29, 2017

Laksa Utara Sedap

Assalamualaikum.

Antara salah satu makanan sedap yang susah aku nak jumpa dekat KL adalah laksa utara. Maksud sedap tu ikut tekak aku la. Aku tak suka terlalu masam dan kuah terlalu pekat. Selalu beli dekat pasar malam tak kena dengan tekak aku. 

Ketika Kawan Jadi Lawan

Assalamualaikum.

Tadi baca kisah budak perempuan ni muka dia bermasalah habis teruk jerawat etc yang disangkakan resdung tapi rupanya dia disihir. Kebenaran dia wallahualam.

Baca sini Muka jadi teruk

Apa yang menarik aku nak share kat sini semua benda tu tak mustahil untuk jadi. Bermula dengan iri hati dan dengki akan meleret jadi benda lain. Kisahnya budak ni aktif join MPP. Ada rupa sikit. Maka jadi asbab jela orang nak dengki.

Teringat dulu kisah aku masa Diploma.

Aug 28, 2017

Hapus Bulu dengan Organic Wax

Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin. Sihat tak?
Hari Isnin hari permulaan kerja bagi sesetengah Negeri.

Nak gain positive mood tu paling mencabar. Nak share story kisah seorang pembeli ni.

Last few weeks ada seorang customer whatsapp macam biasa nak beli Organic Wax then dia ada highlight yang kulit dia sensitive. Tak boleh shave or guna Veet sebab nanti akan naik bintik merah yang teruk.

Aug 24, 2017

13 Tips Pindah Rumah

Assalamualaikum.

Last year aku pindah rumah puas la google tips & cara terbaik nak susun dan kemas barang supaya selamat dipindahkan.

Kebetulan masa pindah aku tak dapat tolong sebab masih berpantang memang aku asyik ingatkan suami la benda-benda penting ni.


Aku jumpa ni di FB jadi aku share pulak kat sini. Harap berguna untuk korang ya. 














Aug 23, 2017

Wordless Wednesday






Perit jerih kehidupan

Assalamualaikum,

Amboi tajuk drama swasta pukul 7 sangat. tapi itu lah reality sekarang ni.

bergelut mencari “me time”.

hari biasa dah sibuk dengan kerja, hari minggu melampiaskan tanggungjawab sebagai isteri, suri rumah dan mak.

Bila agaknya dapat bersuka ria.

stressnya.

hari tu sebelm raya suami ada belanja suruh buat facial.

Habis RM100 tapi result dia tak ada lah superb sangat.

Atleast kena 3 kali maintain baru kulit muka cantik.

lepas jadi mak anak dua kehidupan terumbang ambing.

anak no2 memang lain maciam punya perangai.

Kuat merajuk, kuat melalak, garang, keras hati.

asyik la nak berkepit je.

rasa nak picit-picit je kalau waktu malam kalau dia crancky.

astagfirullahalazim.

Menulis ni pon selepas beberapa jam struggle tidurkan baby.

masih lagi penat masih lagi nak menjerit.

Esok jadual masih sama dan masih sibuk.

Aktiviti yang sama, perkara yang sama.

Moga masih ada peluang dan ruang untuk aku bernafas.


Aug 22, 2017

SALE - Sempena Hari Kemerdekaan & Raya Aidil Adha




Assalamualaikum, 

Ada Crazy SALE sempena Bulan Kemerdekaan dan Raya Haji ni. 

Kalau berminat boleh whatsapp akak ya:

017-9270848 atau like page: qaqdeahrepubliq



Lunch at Garage 51


menu of the day

Assalamulaikum

Ini adalah sponsored lunch by F&B head sebab assist on company event (Raya Open House). 

Kira balas jasa berhempas pulas to make sure event went smooth and less hassle.

Pemilihan tempat makan etc semua head yang buat la. Kita ikut dengan perut kosong je. 

Tempat yang dipilih adalah Café Hipster bertempat di Bandar Sunway berdekatan dengan sunway University.

Concept tu memang student suka and sangat modern. Kalau ikut tekak Melayu I memang I rate 2 star je. J presentation terbaik.

Menu pulak lebih kepada brunch and healty. 

Budak-budak baru nak up sesuai sangat makan sini. Harga boleh tahan telan air liur. 


Enjoy all the pics okeh. 

Siapa nak pergi boleh waze alamat kat bawah:

Garage 51

51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

satu strawberry satu choc
coffee & warm water





tenkiu belanja

nama menu tak ingat tapi setaraf Zinger burger je rasa

Salmon always be my choice
Ada dua tingkat
Yummy


SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST


Jom cuba nasib join contest atas ni, kalau berminat click je banner tu..

Hadiah yang bakal di berikan adalah Tuala Sulaman Pakej Family untuk 3 ORANG BLOGGER yang bertuah!

Set Pakej Family ni best tau sebabnya terdapat 3 helai tuala.

1 helai tuala Mommy
1 helai tuala Daddy
1 helai tuala Si Comel

Contest berlangsung selama sebulan dari

1Ogos- 31Ogos 2017

Pengumuman pemenang pada

1 Sept 2017

Aug 21, 2017

Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh, Kuala Pilah

Assalamulaikum

Semalam pergi jemputan kenduri pihak lelaki kawan satu office kat Kampung Juasseh Kapitan, Kuala Pilah. Makan masa dalam dua jam dari KL.

Masa pergi ikut Highway PLUS kena tol rm8.20 dan balik ikut highway LEKAS dan tol mahal dari itu. Benci Malaysia sebab ni.  Masa pergi jalan clear dan balik purposely nak avoid jem so ikut LEKAS. 


Selamat Pengantin Baru Ajoi dan Myrra. Semoga Berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berjaya tempuhi segala halangan. 

Selain daripada menghormati jemputan tuan rumah of corse la kan, aku memang suka kan Negeri Sembilan. I just like it. The food and the natural. Ewah beromputih sangat.

Oleh sebab aku memang sukakan kawasan kampung/gunung cam kat nesmilan (baca N.9) ni maka gigih la pergi.

Kalau datang Nesmilan, memang tak sah kalau tak stop gerai-gerai tepi jalan jual binatang salai ni. Macam semalam aku beli Itik dan ikan keli Salai. Masak lemak cilipadi pedas-pedas pergh memang terangkat.

Semalam lalu nampak jugak la orang jual petai, berlambak okeh tapi nafsu pada petai nan ado. Lebih focus kepada Itik dan Ikan keli Salai.

Harga memang dari dulu kot sama je:
Itik Salai RM40 sekor;
Ikan keli Salai RM10 untuk 5 ekor,
Telur masin RM7 untuk 6 biji,
Daging Batang Pinang Salai RM45/kg

Itik ni besar macam Angsa kan?


second gerai beli 
Tak tahu mahal ke murah tapi sebab jarang-jarang dapat membeli maka beli la Itik dan Ikan Keli Salai. Terbayang menu nak buat dah ni. Tunggu Semangat datang. Ahhahha.


Nanti singgah Gerai Atok Itek Salai ya, borak dengan pakcik ni dia suruh tag kat fb, ingat kan dia page. rupanya kena add kat fb. kelakar je dia. Nak describe mana satu gerai pon payah jugak. Sama jela, tapi dia rasanya 12km sebelum sampai Ulu Bendul. 

oh abaikan whatsapp tu masa ni ramai pulak cari #norahwax. 

Sampai pukul 1 Petang, duk makan-makan then teruskan perjalanan beli binatang salai then sempat singgah Hutan Lipur Ulu Bendul. Cuaca memang panas hari semalam. Singgah beli makanan dan duduk tepi air terjun.

Air Bersih, pokok dan persekitaran terjaga. Sampah tak nampak bersepah dan masuk dan parking masih percuma. Sorry gambar malas nak snap sebab tangan penuh dengan barang dengan kain kembang princess masuk hutan. :)

Paling gembira budak kecik dua orang tu la. Mandi dalam 15 minit je lepas tu menggigil. On the way balik dah terbongkang kenyang dan penat mandi. Padahal tak berenang pon.

Settle semua singgah Ampang drop Itik adik kirim, then singgah dinner umah biras. Lepas Maghrib baru sampai rumah. Seharian keluar tapi hati banyak senang. Alhamdulillah.


Nikmat mana lagi mahu ku dustakan. 

Aug 18, 2017

Tony Roma’s lunch with officemate

Assalamualaikum.

Hari tu sebab Terpengaruh dengan lunch promo dekat Tony Roma’s maka gigih ajak officemate makan 
di Sunway Pyramid punya branch. 

Selalu datang Sunway hanya untuk makan Sushi King J

Makan dengan aman sebab tak ramai masa tu dan portion makanan besar yang ambil masa juga la kalau nak habiskan. Kenyang dan berbaloi-baloi.

Untuk set lunch yang di order memang dapat free roti (tak taw nama apa dan juga soup of the day) soup yang available pada hari tu ialah chicken and potato. My officemate ambil chicken and aku ambil potato. Suka sebab pekat and creamy soup dia.

For starter kami order Onion Loaf.  Second try rasa. Ok not bad. Tak la rasa pure bawang. Cruncy and makan dengan sos dia. boleh makan 3 orang.

menara Onion Loaf

ice lemon tea & potato soup
sedap cicah dengan potato soup


air ni gelas besar so boleh share dengan kawan sepatutnya

ulang tayang sebab kagum dengan bentuk dia

lamb sausage ke apa nama dia

officemate try chicken grill 

Officemate cakap dia kurang berkenan makan ayam yang dia order, tak ada perasa sangat.  Tapi menu yang aku order aku puas hati. Cukup rasa. 

Sesekali nak ubah selera ok je makan macam ni. Boleh try okeh. Harga pon tak la mahal sangat. 

Aug 17, 2017

Tips Ketiak Cerah

Assalamualaikum.

Dah lama tak sharing manfaat waxing dengan semua.
Ada sesetengah manusia amat sensitive dalam menjaga penampilan diri.
Baik luaran mahupun dalaman.

Ada yang bertuah tu, tak perlu jaga sangat pun badan masih ok.
Ada yang malang tu hormone kemain banyak terus berbulu penuh satu badan.

Wah menakutkan sangat. :(

Selalu dengar cerita dari kawan-kawan terseksa dengan kehadiran bulu di tempat yang tak sepatutnya.
Paling common ialah kaki, sebab tersalah langkah masa kecil nak cuba-cuba cukur bulu kaki dengan pisau cukur.

End up bulu tumbuh lebih kasar dan banyak. Terus tak boleh terima kenyataan bulu tumbuh macam jantan.

Itu kes kaki, kalau kes ketiak pulak, ketiak jadi gelap dan kusam.
Siap pakej badan berbau sebab pori tersumbat.

Lepas bercukur pori tersumbat dengan deodorant bercampur daki lepas tu bulu tak dapat tumbuh dengan sempurna. Tersumbat.

Boleh akibatkan jerawat/nanah sekaligus badan berbau. Sakitnya la hai. Itu pengalaman sendiri. walhal setiap kali mandi mesti sental kuat-kuat.

Tapi lepas waxing ketiak ni, masalah tu dah tak timbul. Alhamdulillah syukur sangat.
Ketiak lebih cerah dan masalah bau hilang terus.

Kalau lupa nak apply deodorant pon tak risau.

Tu sebab masih setia menjadi pengedar wax dan pengguna tegar J

Siapa nak tahu lebih lanjut or nak berkongsi pengalaman boleh whatsapp Kak Diah 017-9270848





Aib Media Sosial

Assalamualaikum.


Pagi tadi sempat tengok video makcik mengamuk.

Satu je tak berkenan penggunaan Bahasa.

Nak judge kenapa makcik mengamuk tak boleh la kan sebab kita bukan tahu semua benda.

Tapi bila dengar mak cik ungkit pasal keturunan lepas tu cabar orang untuk berjumpa.

Kita ni manusia lemah makcik, dan kita tak tahu setakat mana kesabaran orang.

Buatnya orang tembak makcik di tengah jalan sebab sakit hati

Atau orang guna cara halus nak senyapkan makcik.

Ngeri la.

Satu lagu kes nyata; memang aku kenal berlaku sampai kena buat report polis.

Takut keselamatan terancam. Punca bila mulut sendiri celupar.

Berkata-kata seolah-olah tiada akal. Bila dah rasa terancam baru sedar diri dalam bahaya.

Sama juga hal nya bila libatkan masalah keluarga.

Elak la dari bercerita, buat kenyataan, post sindiran di laman social.

Stop berpura jadi mangsa keadaan. Tuduh orang lain salah, kita manusia sempurna.

Banyak sangat keburukkan. Macam buka pekung di dada.

Kan ada pepatah:
Jangan tepuk air di dulang nanti dipercik muka sendiri
Jangan sebut aibnya orang nanti terbuka aib sendiri.


*gambar ihsan google image

Aug 16, 2017

Lunch | Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Assalamualaikum. 

Dulu pernah makan kat Restaurant Chef ni kat tempat lama kat Bangsar tu. tempat tu dah la hazab nak parking (tepi jalan) dan masa tu tak ingat tahun berapa tapi food dia tak la sedap sangat. Now dah improves a lot.

Dato Chef dah move to new place dekat Tasik Perdana, so far pergi tadi tak jem pun dan parking banyak (parking bertingkat). Hari ni ada officemate belanja satu level. Alhamdulillah. Rezeki. Semoga dimurahkan rezeki orang yang belanja.

Harga per person kalau tak silap less than RM50/head. Makanan berkualiti, fresh, semua cukup rasa. I think dia sedap masakan yang menggunakan santan. Then dessert durian dia terbaik. Makan dengan pulut.

Ada pilihan lauk pauk kampung dengan nasi ulam/nasi minyak/nasi putih. Kerabu, sambal, masak lemak siput sedut, rebung, ikan patin, kari daging dan macam-macam lagi.

Ada jugak pilihan mee/ bihun (sup, kari, laksa), rojak, ABC, kuih goreng-goreng. favourite ialah buah Melaka, dan lempeng sambal ikan bilis. Eh banyak la pilihan. Rugi tak pergi.

Masa makan tadi ada juga Chef Florance Tan, dia welcome and beramah mesra dengan guest yang datang. Rasanya dia pon ada share dengan Dato selain Dr Syeikh Muszaphar Shukor. Ini tekaan sahaja ya.

This is second time pergi dan orang memang ramai. Makanan mencukupi dan berbaloi untuk lunch. Ada bilik kalau nak buat private event or farewell. Its good make a phone call for reservation.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Address: Cascade Parking Bukit Aman, 5-2, Jalan Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +60 3-2276 2525

keropok lekor & ikan bakar tu memang superb

Buah melaka superb lembut and melt in mouth & serawa durian power & lempeng lembut

Pilihan lauk pauk

makan kena ambil portion kecil baru rasa semua

siput sedut sedap
Hiasan luar