Resepi Vietnamese Spring Roll

Rodiah Amir
0

Semalam Ramadhan ke 9 dapat merasa makan  Vietnamese Roll. 
Akhirnya!!  Alhamdulillah.
Selalu tengok orang post kat Fb dan Ig je.

Dulu tengok telan-telan air liur walau tak pernah rasa pon.
Bayangkan je kemanisan udang dan kerangupan sayur-sayur yang dia je dah cukup.
Beli dekat bazar Ramadhan Taman Melawati.

Resepi Vietnamese Spring Roll

Satu pack dia jual RM10 ada dalam 3 ke 4 roll kalau tak silap.
Sos dia tak terlalu pedas. Rasanya dia letak daun mint dan bawang putih.

Roll Vietnam
gambar dari blog : DapurKakJee


Terus google resepi ni, mana tahu satu hari akan buat.
Banyak tips kena tahu antaranya:

  1. Kena rendam rice paper (pembalut) dalam air suam hanya selama 3 saat then letak atas kain towel bersih yang basah. Rendam lama-lama nanti dia hancur.
  2. Sebelum nak start, make sure bahan-bahan dia dah ready.
  3. Kebanyakkan guna sos Thai siap je, nak sedap boleh letak kacang tanah tumbuk.
  4. Resepi asal letak udang yang direbus sahaja, boleh jugak letak daging, crab meat, dan ikut selera masing-masing.
  5. Rice paper aku pernah jumpa kat Aeon Wangsamaju, bahagian kering dekat section jual papadom etc.

Aku jumpa resepi dari blog ni Kak Zila 

Bahan-bahan

Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan

Caranya

Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'

2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.

Rasanya tak susah pon nak buat. Dari segi rasa untuk aku yang memang suka mencuba makanan ni aku beri 8/10. 

Nanti la kan kalau buat sendiri nak letak lauk banyak-banyak. hahahahha. 


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)