Nuffnang BH

Jun 15, 2017

Rawat Eczema dengan Shea Butter

Assalamualaikum, 

Kisahnya bermula bila aku follow sorang seller ni dalam FB, sebab dia ada kisah sedih, which is dia kehilangan anak perempuan akibat lemas dalam kolam renang, kalau tak silap masa belajar berenang. Ada la kisah dia yang menyentuh hati aku. tabah orangnya.

Dia jugak jual lotion dan sabun homemade. Guna bahan-bahan natural dan tak masukkan bahan kimia. Khas untuk orang eczema. Terbuka hati nak beli sebab harga masih mampu milik. Disamping membeli tanda support seller tu. Alhamdulillah.

Untuk sabun aku beli dua jenis; satu Lemon + Shea Butter dan lagi satu Clay + Shea Butter. Pastu aku beli dua stick lotion Shea Butter+lemon.


Memandangkan aku punya eczema tiba-tiba aktif selepas 32 tahun maka aku pun bertukar pakai sabun ni. Alhamdulillah. Kulit jadi tak dry la. Shea butter tersangat elok untuk merawat kulit kering. Untuk orang biasa pun elok guna. Macam aku tangan selalu terdedah dengan econ jadi kulit merekah kering. Apply shea butter selesai masalah. Compare dengan lotion yang ada di pasaran jauh beza la effective.

Shea butter memang terkenal untuk lembapkan kulit. Pesakit eczema tahu la pentingnya lotion dan mandian yang betul.

Kenapa Shea Butter jadi pilihan?

Shea Butter digunakan secara meluas untuk produk kulit dan rambut terutamanya.
Kelebihan shea butter ini antaranya ialah menyembuhkan, anti radang dan antioksidan.
Amat bagus untuk kulit bermasalah seperti eczema dan psoriasis, kulit kering, kulit pecah dan sebagainya.

Lepas je aku google pasal Shea Butter terjumpa la pulak website http://www.soaplabmalaysia.com
Basically web ni jual semua bahan untuk buat lotion, lip products, soap, scrub dan juga offer classes. 

Kan product yang ada di pasaran mahal, so why not belajar buat sendiri. Lebih yakin apa yang kita masukkan instead beli yang dah siap. 


Kalau berminat boleh baca lebih lanjut dia website tu ya.