Nuffnang BH

Jun 8, 2017

Permohonan kerja ditolak sebab mengandung

Assalamualaikum, 

Ok ini pengalaman sendiri di syarikat Melayu yang memang majority nya Melayu. Oleh sebab aku watak utama haruslah aku bias sedikit di dalam penceritaan ini. Tapi tak ada la sampai tokok tambah fakta.

Apa yang berlaku ialah aku ada aplly satu internal posting bawah Group Syarikat. Kira salah satu anak syarikat open posting which is aku rasa nak try benda baru dalam career. So dengan besar hati after discussion dengan superior aku dan dia pon give his blessing aku pon isi form.

Deal dengan HR, dan ada informal interview; which is aku sengaja risik-risik dengan one of the department’s team members. Kira macam aku dah luahkan isi hati yang aku berminat nak try.

Masa aku apply ni aku pregnant 5/6 bulan. masa ni aku tak rasa satu masalah pon sebab kalau bercuti hanyalah dua bulan. sekejap sahaja bagi aku tidak menjadi isu. Tapi tidak bagi mereka. Alasan  ni pun aku baru tahu saat ini.

Masa tahun lepas aku apply aku ada follow up dengan HR; kata HR team sana mahu orang yang ada background Finance (aku background business) dan ada preferred candidate. Then paling aku kesalkan langsung tak ada formal explanation dan aku dibiarkan gantung tak bertali.

Bayangkan aku dah macam menagih sedekah pulak. frust memang tak ingat la. Bertambah kecewa bukan aku tak kenal dengan team tu pon. Kenal sangat dan pernah jadi colleague.

Bayangkan masa tu aku tengah ada crisis dengan current company which is memang tengah buat downsizing, reduce mainpower, dengan tekanan semua. Rezeki sangat masa tu, one of the director nampak aku. dia panggil dan interview aku. dan absorb aku untuk current position.

Dan sekali lagi, team yang kecewakan aku tu blast internal posting. The same job, post and scope. Kekosongan masih tidak dapat di isi. Aku hanya mampu senyum. Staff yang interview aku secara informal mesej aku tanya tak berminat nak apply ke atau tidak? Manager department tu pun risik-risik pasal aku kat one of my best friends and HR.

Bila kawan aku tanya, dia cakap alasan aku masa tu sarat mengandung dan dia nak pakai urgent untuk position tu. dan dia of course blame HR for not informed me the reason. Well, tak apa la. Bukan rezeki maka kita tak berjodoh.

Tapi hati aku tawar dah. Dan logic andai kata during transfer period kot aku declare aku pregnant apa mereka akan buat? reject dan buang aku macam sampah sekali lagi?

Aku jugak kenang budi Director yang masih sudi dengar isi hati aku, yang masih bagi aku peluang walau tak tahu potensi kerja aku macamana. Alhamdulillah Allah mudahkan.

Dan sekali lagi, aku seakan berada di situasi yang sama. Tapi kali ni aku lebih yakin sebab rezeki semua kat tangan Allah. Selagi Allah masih kata aku di sini maka di sini la tempat aku.


Sekian luahan tak seberapa dari orang yang teraniaya. Chewah. 

No comments: