Percaya cakap bomoh Pegawai kadet Zulfarhan Osman mati didera dituduh mencuri laptop

Rodiah Amir

Assalamualaikum,

Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang mulia darjatnya. Perginya di Bulan Ramadhan yang mulia. 

Allahyarham merupakan mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain dan berusia 21 tahun.

Telah di buli/dera/pukul oleh sekumpulan pelajar dipercayai lebih 20 orang dan semua suspek dari dua buah university 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Allahyarham dipukul suspek yang percaya pada BOMOH yang menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer ribanya. 


Percaya cakap bomoh Pegawai kadet Zulfarhan Osman mati didera dituduh mencuri laptop

Dipukul sehingga menyebabkan kecederaan dan menyebabkan kematian.

Allahyarham telah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum beberapa bahagian badannya ditekap dengan seterika wap pada 20 dan 21 Mei 2017.

Allahyarham antara individu yang dituduh mencuri komputer riba dan mengikut saksi sebenarnya Allahyarham tak mencuri pun. Siasatan masih dijalankan.

Paling aku sedih sampai kemaluan dia melecur. Maut mesti sebab kulit melecur dan akibatkan jangkitan kuman. Apa la suspek fikir masa buat ya? 



sumber : Utusan & Astro Gempak


Tags