Nuffnang BH

Jun 2, 2017

Menu bukak puasa hari ke 6

Assalamualaikum.

Puasa tak semua? Akak masih puasa tak ponteng Alhamdulillah. 
Dilemma setiap kali puasa nak makan apa? Nak masak apa?

Seperti biasa bila dekat office Semangat membara balik mesti nak masak. 
Tak kira apa halangan. Tapi bila je ambil anak Semangat merudum kemain. 
Hahahhaha. 

Ditambah pulak suami kata, larat ke nak masak? Sempat ke? 
Ewah macam cabar je.
End up semalam kali kedua sepanjang berpuasa beli kat bazar Ramadhan. 
Nampak orang jual Nasi Kerabu. Suami belikan Nasi Tomato. 

Masa makan elok lagi. Start malam je perut memulas. 
Sambung sampai la pagi ni. Habis keluar semua isi perut.

Apa tah masalah. Suami isteri kena. Kalau memang kronik bukak je kang. 
Tak larat. Tapi now masih mampu in sha Allah. 
Doa jangan la meleret sampai petang.
Dan menu petang ni pun dijangka tapau sebab suami ajak teman belikan barang dia.

Sahur tadi goreng ikan makan dengan sambal hitam. 
Pun selera jugak. Ada ulam kacang panjang. 
Bertambah nasi. Dah lama aim nak masak lemak cili padi, telur kurma. 
Tapi tak terbuat jugak lagi.

Oh Ikhwan semalam dia sepatutnya puasa, 
cantik sangat sampai pukul 5 dia tahan then dia start muntah-muntah. 
Muntah banjir habis pulak tu. masa tu kat rumah pengasuh then sambung 
dalam perjalanan tapau makanan.

Bocor rahsia rupanya dia main kat luar. Semalam kan cuaca panas ya amat. 
Lama gila main kat luar tapi berkeras nak teruskan puasa. 
Memang dapat free lecturer dari mama. Secara live sampai pagi ni mama 
ungkit dan pesan kalau buat lagi tahu la mama buat apa.


Alhamdulillah dia recover cepat. 
Hari ni sihat dah tapi tak suruh dia berpuasa suruh ok dulu 
nanti boleh sambung. 
Dah tetibe terbayang nasi putih kicap dengan ikan kembung goreng. 
Sebelum terfikir makanan lain kena stop menulis hahhaha. 
ok babai. 

No comments: