Nuffnang BH

May 27, 2017

Viral Kurma ada lipas

Assalamualaikum,

Viral kat FB pasal kebersihan buah kurma yang selama ni Rakyat Malaysia makan bila tiba bulan Ramadhan kan?

beria kakak tu kata dia beli buah kurma dan bila belah/kupas buah tu dalam dia ada lipas. Bukan lipas aku rasa, tapi bubuk. Ala macam kutu beras tu.

lepas tu keluar pulak isu Najis kelawar,  virus Corona dari najis tu la, memacam. Then ada la kenyataan balas balik dari Dr yang selamat kalau sebelum makan kau basuh. Cukup.

Sebelum keluar isu ni tak pernah la pulak aku kupas buah kurma woi, basuh pun jarang sebab kebanyakkan kurma aku beli dan makan kelihatan bersih pada mata kasar. Alamak kantoi pengotor hahahha.

Lepas je tahu pasal tu baru la aku basuh dan make sure aku belah dulu kurma tu takut ada binatang. Yang dah tertelan aku pasrah jela. Hahhahah

Oh sekarang aku addict buat kurma shake taw.

ehsan google image
Dulu masa menyusu anak sulong pernah buat kurma, susu dan badam. Lepas tu minum sekali je sebab pekat sangat dan manis. Loya tekak.

Lepas peristiwa tu terus tak suka susu dan kurma. Tapi sekarang dah masuk hari kedua aku buat kurma shake. Letak 3 buji kurma dan segelas susu pastu blend. Kalau ada ice memang heaven.

Kalau nak rasa smooth je bila minum korang rendam dulu kurma dan buang kulit luar dia. tapi aku suka minum jadi serdak-serdak. Sedap. Malas nak rendam terus je blend.

Resepi pun simple yakmat. Boleh la buat minum masa puasa nanti.

Antara kelebihan kurma untuk kita nak berpuasa ni memang banyak. Selain memberikan tenaga segera sebab kurma paling cepat diproses dan diserap, kurma jugak penguat memori, penawar racun, merawat penyakit dan mengubati gangguan usus dan sembelit.

Wah banyak kan khasiat. Patut la RasullAllah kata Kurma bagus dan jadi makanan Sunnah.