Nuffnang BH

May 2, 2017

stress dan makan banyak berpisah tiada

Assalamualaikum.

Wah hebatnya tajuk. Sekali baca dah tahu perempuan ni tengah stress tahap langit ketujuh.
Pagi tadi perempuan ni dengan rasa tak bersalah telah tapau:

1 bungkus bihun goreng telur rebus
Air kopi ice ikat tepi
2 bijik kuih bom
2 biji kuih pau kacang merah

Lepas tu bertambah meriah order minggu lepas sampai atas meja:

Betik asam boi 2 botol
Popia seaweed 1 botol

Nafsu yang macam gajah ini adalah disebabkan bebanan otak yang melampau

Ada assignment yang perlu di submit pada Hari Khamis
Ada banyak gambar yang perlu di edit sebelum di publish
Ada write up yang perlu di fikir supaya orang teringin nak beli

Dan di saat orang lain keluar lunch

Si perempuan tenangkan fikiran sambil scroll instagram cari idea
Disangka idea datang mencurah curah tapi sayang stress yang bertambah

Nampak perempuan ada anak kembar dua, tapi badan slim
Kulit cantik, penampilan terjaga.

Scroll lagi, nampak perempuan cantik jugak, anak sebaya
Tapi masih cantik masih bergaya.

Log out instagram terus mengadap screen laptop

Walau kecewa lunch tetap kena makan, tak baik membazir berdosa.


No comments: