Jawab Soalan Pembaca Blog Tanya Tentang PTPTN

Rodiah Amir
0
Ada terima email dari pembaca blog yang bertanyakan tentang PTPTN. Memandangkan aku pernah kongsi beberapa artikel berkaitan PTPTN jadi dia pun bertanya dekat aku.  

Antaranya kenapa aku bertukar kepada pinjaman Ujrah. Untuk reader ni dia sedikit keliru tentang bayaran balik dan dia masih belum bekerja. 

Dia dah selamat graduate pada tahun 2016 dan masih belum bekerja dan bakal menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. 

Dia belum mampu untuk buat bayaran balik walaupun dah habis belajar. Perlu di ingat aku bukan orang terbaik untuk bagi pandangan, lebih elok walk in sendiri ke Kiosk PTPTN supaya korang dapat jawapan lebih tepat. 


Soalan-tentang-PTPTN


Jawab Soalan Pembaca Blog Tanya Tentang PTPTN


Apa yang aku kongsi ini, berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku sendiri sahaja. Mana yang aku rasa boleh dibaiki aku highlightkan dekat bawah. Rasa ralat bila banyak perkara patut aku aware tapi berlaku sebaliknya. 

Antara perkara yang aku terlepas pandang jadi kat diri sendiri:

Selepas tamat belajar peringkat Diploma aku terus sambung pengajian ke peringkat Ijazah. Kesalahan pertama bila aku tak beritahu pihak PTPTN yang aku sambung belajar dan tak buat penangguhan bayaran pinjaman diploma. 

Rupa-rupanya pinjaman peringkat Diploma dan Ijazah adalah berbeza. Jadual bayaran balik pinjaman diploma bermula bermula waktu aku ambil ijazah. 

Sepatutnya aku kena update pihak PTPTN yang aku sambung belajar dan buat penangguhan pembayaran, kena isi borang dan lain-lain. 

Restructuring or change to Ujrah. aku ambil masa agak lama sebelum aku tukar kepada Ujrah. dari segi calculation aku rugi la sebab bertangguh.

Waktu aku tandatangan perjanjian diploma dulu, masih tiada tawaran Ujrah jadi ikut interest rate lama ialah 3% sebelum bertukar kepada 1%. 

Soalan-reader-tentang-PTPTN



Soalan Berkaitan PTPTN & Upah Pengurusan 

Jadi nasihat kepada yang meminjam, jumpala PTPTN check status pinjaman anda. Berbalik kepada soalan reader tadi, dia dah graduate belum bekerja dan nak sambung pengajian. Sama situasi macam aku dulu. 

Apa aku boleh cadangkan supaya hubungi PTPTN sendiri dan confirmkan status pinjaman dan minta nasihat PTPTN sendiri tentang cara pembayaran semula dan segala yang berkaitan. 

Dinasihatkan untuk walk in ke kaunter dan mintak PTPTN print kan jadual pembayaran tu baru clear.
Berkaitan upah pengurusan: adakah upah pengurusan pembiayaan tu akan meningkat atau jumlahnya kekal Rm2 ribu? 

Dan jika saya plan untuk membayar keseluruhan pinjaman pada tahun-tahun akan datang, masihkah jumlah keseluruhan hutang pinjaman saya Rm22 ribu atau bertambah oleh kerana tunggakan yg tidak dibayar?

Jawapan aku: 

Upah pengurusan ni memang dia akan caj setiap bulan sehingga la kita habis hutang dengan PTPTN. Cara dia caj pula adalah berdasarkan jumlah baki tertunggak. 

Semakin tinggi jumlah tunggakan semakin banyak lah jumlah yang harus dibayar. Jumlah pinjaman = principle + Ujrah + caj pengurusan + penalti. 

Harap sedikit sebanyak dapat bantu korang. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)