Nuffnang BH

May 30, 2017

Puasa pertama Ikhwan dan tentang Raudah

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa semua. Hari ni masuk hari ke empat umat Islam berpuasa.

Harap semua menggunakan peluang berpuasa sebaiknya (pesanan untuk diri sendiri)
So far puasa hari kedua, Ikhwan berjaya puasa dua hari dan berbuka pada pukul 4.30 petang.

Hari pertama dia berbuka lepas bangun tidur.

Kesat-kesat mata buat muka sedih terus la aku tanya nak berbuka ke?
Nak tapi takut mama garang macam singa. Hahahha

Bangga sangat dah dia berpuasa.

Sepanjang dia berpuasa tak ada satu pun keluhan dia lapar or haus.
Enjoy je.

Cuma pagi hari pertama dia hampir tersasul makan kuih raya.
Hahahhaha

Hari kedua masa waktu sahur hidung tiba-tiba berdarah.
Alahai. Tak cukup air. Badan panas.

Tapi gigih nak berpuasa.

Petang tu keluar beli juadah berbuka sebab tak larat masak.
Beli air manga terus tergoda tak tahan nak buka puasa.

Dan hari semalam dah start puasa di rumah pengasuh ada makanan favourite dia
Chicken sandwhich cheese. 
Memang lunch terus la.

Untuk Ikhwan yang tahun ni 6 tahun aku masih bagi kelonggaran.
In sha Allah by 7 years aku akan mula tegas sikit.

In sha Allah.

So far bagi aku tahun ni berpuasa mencabar sebab aku menyusukan Raudah.
Memang susu drop gila.

Aku dah start campur formula milk.

I have too or else kasihan Raudah tak cukup calcium.
Maafkan mama ye nak. Mama try my best for you.

Tengah monitor kot susu tu akan make eczema dia worst ke.
So far ini hari kedua. Doanya semuanya ok la.

Kalau tak kena beli susu lain la gamaknya.
So far flare tak naik. Menggaru pon tak sangat.

Alhamdulillah.

Semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Aamiin.