Nuffnang BH

May 24, 2017

Dah berusaha tapi masih gagal

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya ada tabiat yang bila aku dah berusaha banyak benda bila benda tak jadi macam aku predict mula la aku give up.

Walhal kalau ditengok usaha memang tak banyak mana pun.
Memang patut tak dapat result best. Tapi tu la namanya manusia kan?

Rasa macam dah banyak dah buat, tapi hasil masih yilek.
Tengah melatih diri juga ni. Melatih agar orang menerima apa adanya aku.

Penting ke penerimaan orang?

Sebenarnya kalau in real life as long as orang dalam circle kau selesa
Atau tak kena bad effect atas tindak tanduk dan kehadiran kau

Tak payah pedulik la apa pandangan orang.
Teruskan kehidupan.

TAPI

Kalau kau peniaga dan kau nak barang aku laku, kau kena ambil peduli apa pendapat orang sekeliling.
Potential customer orang cakap.

Dah kalau menjual syok sendiri memang hazab la. Sebab penjual ni jual pon sebab nak selesaikan masalah orang.

Orang ada masalah rambut gugur orang create shampoo santan, orang nak kulit flawless beribu orang hasilkan product berasaskan kolegen, nak kurus orang buat ubat kurus.

Macam-macam.

Sebenarnya letih menjadi seorang peniaga/penjual, orang yang menjual bla3.
tak kire kau business owner, agent, stokis hatta dropshipper. 

Sedangkan aku yang scale nya kecil je pon dah separuh mati nak upload marketing content kat media social, inikan pulak kalau business owner.

Hoi seram.

Zaman sekarang dah tak banyak pilihan. Sama ada kau buat dan jalan terus atau kau stop enjoy je apa kau ada.

Memang betul saat diri kita dipaksa untuk move adalah moment paling banyak diri kita belajar dan berkembang. Sakit tapi berbaloi.

Satu je selalu aku buat kalau tengah down, tulis balik apa aku dah buat dan ingat balik apa aku perlu kejar. Walau kadang-kadang tak berkesan pun cara tu tapi kita kan banyak pilihan.

Selagi boleh positive teruskan positive sampai bila-bila.