Nuffnang BH

Apr 21, 2017

Photoshop lambung anak dikecam netizen

Assalamualaikum

Hari ni check email dapat article menarik pasal seorang bapa yang telah mem photoshop kan gambar anak dia dalam keadaan menakutkan/merbahayakan to freak out relatives. Macam-macam perkara pelik orang mampu buat sekarang ni.

Edit gambar la, palsukan document la, klon kan benda la. Hoi menakutkan sangat perangai masing-maisng dah kenapa ha?

Jadi kepada people out there kalau terjumpa/hadapi situasi macam ni tolong la jangan percaya bulat-bulat. Selagi belum dapat buktikan, selagi belum cukup saksi, selagi belum nampak dengan mata sendiri please la. Siasat dahulu.

Orang sekarang cepat je sangka buruk, cepat je jatuhkan hukuman. Macam dia seoarng je yang ada otak. Chewah. Nak tunjuk pandai kot. pastu bagi comment sehingga menjatuhkan aib orang. Cakap macam diri tak pernah buat salah.

Dah tiba masanya masyarakat dididik supaya dapat memberi teguran dengan berhikmah. Hikmah dalma erti kata bila menegur harus kena dengan caranya. Mungkin pihak berwajib boleh anjurkan ceramah, kursus pasal ni.

Akhir zaman ni fitnah amat senang tercipta. Memang itu dugaan kita umat akhir zaman nih. Jaga hati jaga diri.