Nuffnang BH

Apr 26, 2017

pengalaman berniaga di hari sukan sekolah

Assalamualaikum.
credit to suami sebab kreatif nak cantikkan board Menu. akak lemah bab tu
Hai semua. Sabtu minggu lepas aku cari pengalaman buka gerai sempena hari sukan sekolah tadika anak buah aku bertempat di dewan Ampang Jaya Taman Cempaka. Tempat sama anak sulong aku, Ikhwan Hafeez sukan sekolah tahun lepas. So agak familiar dengan kawasan tu mudah la nak plan apa patut di jual pada hari tersebut.

Acara sepatutnya start pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.00tengahari. yang seronoknya aku tak berniaga seorang diri. Aku ajak biras aku berniaga sekali.

Untuk tapak berniaga, pihak sekolah kenakan charge RM60 termasuk la untuk kerusi dan meja berukururan 7x3 kaki. Tapak niaga dia bagi betul-betul di luar dewan atas kawasan berumput. Untuk kedudukan meja siapa datang dulu dia dapat meja pilihan hati la.

Alhamdulillah biras aku sampai dahulu jadi dia pilih meja paling startegik iaitu di tengah-tengah. Sampai awal je terus set up meja. Susun makanan apa yang patut. Macam biras aku dia ada buat; cheese & chic sandwhich, sardine roll, karipap ayam, kentang & telur puyuh, bihun goreng, kuih bakar jagung & pandan, dan muffin chocolate. Alhamdulillah semua habis kecuali kuih bakar tinggal beberapa bekas. Aku pulak buat ice cream Malaysia (sumi). Dan aku sengaja pamerkan Jus Bidan Dara & Norahwax.




Tujuan utama aku nak biasakan diri dengan persekitaran macam tu. nak buang sifat malu. Nak ke depan. Nak tingkatkan keyakinan diri. Amboi banyak kan tujuan. Alhamdulillah seronok sangat. Norah dan Jus Bidan Dara tak terjual langsung ok, sebab aku langsung tak promote. Dan ice cream sumi aku habis. Yeay termasuk yang cair aku buat sebagai display. Aku sempat buat 40 batang sahaja. Ok la pulang modal dan sedikit untung.


Nak share apa patut korang fikirkan kalau korang nak join meniaga di hari sukan sekolah.

1.       Tempat/tapak jualan: malam tu hujan so habis becak, ada peniaga yang terpaksa keluar dari khemah cari tapak baru. Alhamdulillah sepanjang hari cuaca cerah dan sedikit panas.

2.       Apa yang nak dijual: kena tahu target market siapa yang akan datang. Sepanjang aku duk meniaga situ, yang buat keputusan nak beli apa adalah BUDAK-BUDAK kecik tu. mak bapak akan tanya nak makan apa. Jadi nak jual kena jual apa BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK suka. Yang menarik perhatian mereka. Sedikit tambahan; makanan yang selalu dicari, nasi lemak dan sandwhich, karipap tu memang orang suka. Ada juga yang cari air panas.

3.       Packaging makanan: lagi bagus cari yang lutsinar, yang nampak makanan tu. tak perlu isi dalam kotak sebab orang ingat mahal. Orang takut nak beli dan malas tanya. Aku perasan hanya gerai aku je yang letak papan menu. Membantu ya. Selain cantic membantu Tarik perhatian customer. Kalau jual ice cream macam aku sila la buat signage atau lukis atau bagus ada loceng nak Tarik customer. Aku perasan gerai lain ada jual ice cream Malaysia juga tapi dia letak dalam bekas putih ice box tu. risiko dia ice cream cair cepat.

4.       Harga: jual murah of cos akan Tarik orang beli tapi jangan sampai rugi. Kalau kos agak tinggi kena bijak main harga. Ok?

5.       Jual nasi bajet/nasi gulai kawah/spageti: kalau event habis lewat it’s good to jual makanan macam ni, tapi sebab event habis sebelum tengahari so macam tak jalan sangat la nasi ni.

6.       Ice cream aku mula terjual agak lambat jugak. Pagi mana ada orang nak makan ice cream. Tunggu panas baru orang cari. Yang penting kena ada start makan. Lepas makan baru orang nampak dan orang cari.

7.       Jual makanan rare: paling baru aku jumpa ice cream macaron berharga RM6. Dalam 10 ketul je kot aku tengok terjual. Ada yang jual biskut kapit, berus gigi, Tupperware, makanan otak untuk pelajar. Sambutan adalah suam-suam kuku.

ini warna pastel sebab guna dadih
ice cream Choki Choki


ice cream sumi
Itu sahaja kot aku boleh share. Kalau tanya kuantiti nak jual, aku tak dapat jawab specific bergantung apa jenis kau nak jual. Kalau karipap ok kot 100biji. Tengok crowd jugak ok.

Nak jadi penjual mulut kena ringan, muka kena senyum. Oh aku ada dapat customer budak sekolah bila nak beli mata dia pandang ke lain tapi mulut kumat kumit mintak karipap RM2. Pon boleh la dik asal kau beli.


anak buah rumah hijau..Green Arrow

yang paling happy adalah Ikhwan & Raudah tak kira apa jua keadaan

ada jela aksi si Ikhwan kalau tangkap gambar

1 comment:

Azmie said...

Contoh usahawan masa hadapan..... cayalahhhhh