Nuffnang BH

Apr 14, 2017

Mentor di dalam business

Assalamualaikum. 

Entry kali ni lebih kepada mereka yang baru nak terjebak dengan business. apa aku share ni adalah pengalaman aku yang tak seberapa. 

Bagi mereka yang betul-betul serius ingin menceburi perniagaan, atau sekadar nak tambah duit poket aku memang akan nasihatkan untuk cari ilmu sebelum pergi lebih jauh. Orang cakap buat business geli-geli. Kepahaman aku geli-geli tu buat part time business.  

Bila buat business tanpa ilmu ibaratnya meraba dalam gelap. Habis semua dilanggar dinding. Kalau nasib baik tak benjol dahi. Kalau la. Bahaya sangat. Lepastu buang masa. Sebab apa sebab kita tak tahu arah tujuan maka kita cuba semua benda. Untung sabut menjadi berjaya la, tapi kalau terus rugi, mental down terus karam.

Sebolehnya carilah mentor/guru. free ke bayar ke, tak kisah. Asal ilmu tu dapat. Kalau ilmu yang berBayar tu lagi bagus, nampak kita serius dan kita akan lebih hargai apa yang kita dapat.

Bila pilih guru pilih yang kau rasa serasi, lepas tu berguru satu-satu. Jangan follow banyak guru dalam satu masa yang sama. Ajaran cikgu ni terkadang ada bezanya. Hormati perbezaan itu. Perbezaan pendapat tu tak salah. Lain padang lain belalang.

Kalau ikut pengalaman aku sendiri masa aku mula-mula join jadi dropshipper tudung patuh Syariah ni ALASAN utama aku ialah aku sendiri nak rasa pengalaman dari bawah. Nak tahu baik buruk. Pemilihan apa yang kita nak jual jugak penting, circle yang kita pilih untuk bergaul. Dengan siapa kita berkawan itu melambangkan keperibadian kita.

Pesan aku dalam pilih product nak jual tu sila pertimbangkan akhirat. Apa jua kita lakukan ingat akhirat. Ingat dosa pahala. Mati nanti kita akan disoal apa kita buat. Cari guru/kawan yang selalu ingatkan kita dengan Allah.

Dan sekarang aku follow rapat-rapat guru-guru/ otai dalam business ni. Membaca tips-tips dan pengalaman yang mereka sendiri dah pernah lalui. Aku juga sekarang join program Mentor Mentee. Nanti dah complete boleh la aku share ilmu aku dapat in sha Allah.


Itu sahaja untuk kali ni. Harap tulisan ni memberi manfaat. In sha Allah. 

No comments: