Nuffnang BH

Apr 1, 2017

Best ke Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor?

Assalamualaikum

Last School holiday plan nak bawak anak-anak berjalan ke Zoo Negara. Tempat favourite aku sebenarnya. Suka sangat-sangat dengan binatang. Ajakla banyak kali mesti nak pergi jugak. 

Kisahnya macam ni, kan musim cuti sekolah seminggu tapi memang tak berjalan pun. Mesej suami kata kasihan Ikhwan nanti cikgu tanya pergi mana cuti sekolah mesti dia jawab duduk rumah je.

Terus rasa bersalah plan dengan suami nak bawak ke Zoo Negara. 10minit dari rumah je pun. Pergi Hari Sabtu masa tu terlambat sikit sebab pagi ada COD #Norahwax dengan #JusbidanDara so siap semua pukul 11pagi.

Dah cantik-cantik sampai je Zoo parking full sampai ke dalam hutan tu ok. tengok jam menghampiri pukul 12tengahari. Zoo tutup pukul 5 petang ye kawan-kawan. Dulu tak silap pukul 7 petang. So pujuk Ikhwan kata pergi esok hari la, hari Ahad pergi pagi-pagi.

Macam membazir pulak dah lambat.
Dengan muka nak keluar air mata jawab ya. Cengeng terus disitu.
Oleh sebab dah pakai cantik-cantik, maka kena keluar jugak la. Tak kan nak balik rumah salin baju ye tak? Penat bersiap.

Terus drive ke Puncak Alam tengok akak berniaga di Puncak Alam fasa 3. Singgah gerai akak jual Putu Bambu Rimba. Kakak jual pau jugak. Ya Allah sedap lembut.

Aku peminat pau so sangat cerewet kalau pau liat macam plastic. Tapi pau akak aku jual sedap. Lembut. Makan masa panas. Terbaik. Bukan promote sebab akak aku okeh, ni jujur punya comment. Siapa nak rasa boleh pergi kat Tapak Pasar Malam Puncak Alam Fasa 3.



Lepas tu teruskan perjalanan ke Cendol Bakar. Makan situ. Tak sesak tapi tempat full la tempat duduk. Aku makan cendul biasa je, suami ambil cendul pulut. Ikhwan makan nasi ayam dan beli Sata. Tengah duk makan suami kata, kalau macam ni kat KL berlambak. Sia-sia drive dari jauh siap tol lagi.

Oh ya, kami ikut Highway LATAR keluar hujung sekali exit Ijok. Dalam 8 km je selepas exit dah boleh jumpa Cendol Bakar tu.

Overall aku bagi 2 bintang jela kot. Yela rasa cendol la kan nak rasa apa lagi.. nak datang lagi memang tidakla kot. Selain cendol kat situ ada gerai oarng jual Sata, Keropok Lekor, Nasi Ayam, Bihun, Soto, Bakso, Laksa Utara, Rojak dan ada makanan lain rasanya. Nasi ayam and Sata bagi aku rasa boleh telan la. 

Kena datang sendiri rasa la. 

Cepat-cepat habiskan cendul dan masa on the way balik nampak pembonceng motosikal tergolek atas jalan tak sedarkan diri. 

Dah ada orang berhenti tolong then tak lama tu hujan lebat. Kasihan orang tu dah la terbaring tadi atas jalan mesti sejuk kena air. Tak lama lepas tu selisih dengan ambulance. Harap orang tu sihat la hendaknya.  

Dulu ingat dia bakar cendol tu supaya sedap, tapi rupanya tidak ok. tertipu je. Ada yang kata owner dia nama Bakar, dan ada yang kata sebenarnya dia pakai gula kabung yang dimasak/dibakar. Entah mana aku tahu cerita sebenar. Hahahhaha


No comments: