Nuffnang BH

Apr 29, 2017

Mengidam nak makan Dolly DimSum


Antara wish list yang masih belum tercapai sehingga ke hari ini.

Moga satu hari nanti aku dapat makan.

Buat masa sekarang masih tiada geng nak ajak makan.


Suami tak layan DimSum maka ber hu hu hu la.. 


Apr 27, 2017

Al Fatihah - Pergi tak kembali (Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi)



Terkesan dengan berita pemergian adik Thaqif.

Semua orang merasai kehilangan.

Mak dia mesti ralat, nak pulak bila baca luahan perasaan dalam buku latihan dia.

Sayu hati.

Semoga kebenaran terungkai. Yang salah tertangkap.

Yang tertindas dapat diangkat.

Adik Thaqif dah selamat jumpa Allah.

Kita entah macam mana. 

Resepi Ice cream Sumi viral

Assalamualaikum,



Setelah sekian lama baru dapat tahu resepi sedap untuk buat Ice cream Malaysia atau ice cream batang yang popular masa zaman kita kecik-kecik dulu.

Paling penting rasa tak muak dan berbaloi bila nak makan atau nak jual.
Hari tu aku buat untuk berniaga masa hari sukan sekolah. Alhamdulillah laku.

Ok jom check resepi:

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air masak
Secubit garam
Sumi dua bungkus kecil

*bahan atas ni boleh buat 20batang ice cream sumi ya.
*boleh ganti sumi dengan Choki-choki

Kacau semua bahan-bahan kecuali sumi sehingga garam larut.
Sumi potong kepada 4 bahagian dan anggaran 2 biji sumi dalam satu batang ice cream.
Dan masukkan sumi ke dalam fridge. 
Makan sejuk-sejuk masa waktu panas memang layan.

Selamat mencuba. 






Anugerah Meletop Era Mengarut


Hari tu ter tengok Anugerah Mengarut Meletop Era. Menyesal tengok. anugerah syok sendiri rasanya. Yang minat gila dengan Loffatah dan Ayda Jebat enjoy la agaknya tengok.

Ada moment yang aku rasa tak patut wujud dan pengacara over, tah apa-apa skrip melalut. 
First masa Nabil dan Johan umumkan Calon-calon skandal Ayda Jebat??? What kenapa begitu dikaitkan kononnya ada hubungan dengan kau?

Ini antara scene yang I cannot brain.

Lepas tu adegan Johan dan bini dia dengan Ayda Jebat. Konon nak nampak kelakar agaknya. Lepas tu Johan pegang tangan Ayda Jebat. Lama kot. apa yang diaorang cuba tunjukkan aku pon tak tahu.
Nabil kat sebelah macam nasi tambah. Lawak bodoh standard konon nak tunjuk bini garang etc la. Ya Allah over.

Dulu serius aku suka Johan tapi lepas scene macam tu aku rasa semakin hari semakin over pulak. mana batas yang selalu di jaga tu. tak mampu nak jaga batas yang lain, sekurangnya cuba la jaga yang ada. Ini main langgar aja.

Sebenarnya apa yang cuba di sampaikan pon aku tak tahu. Nak buat acara lagi meriah ke cane sebab konsep ke laut. Ramai yang condemn pasal anugerah ni kat laman social tapi rasanya Malaysia memang suka viral. So tak kisah la anugerah hauk ke idok asalkan viral.

Kalau tengok senarai pemenang pon, ermm sendu betul. Bila agaknya industry ni nak lahirkan yang betul-betul berkualiti ya.

Lagu MeleTOP – Ayda Jebat (Pencuri Hati)
Penyanyi MeleTOP – Siti Nordiana
Grup/Duo MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP – Johan
Filem MeleTOP – Munafik
Bintang Filem MeleTOP – Fasha Sandha
Drama MeleTOP – Suri Hati Mr. Pilot
Pelakon MeleTOP – Fattah Amin
Program MeleTOP – Taste Selebriti (Episod Neelofa)
Hos MeleTOP – Neelofa
Bintang Online MeleTOP – Fattah Amin
Artis Baharu MeleTOP – Khai Bahar
Couple MeleTOP – Stay & Akim Ahmad
Fesyen MeleTOP – Fattah Amin
Si Cilik MeleTOP – Yusof Iskandar
Pelawak MeleTOP – Johan
Top Top MeleTOP (Lelaki) – Fattah Amin

Top Top MeleTOP (Wanita) – Neelofa

Apr 26, 2017

pengalaman berniaga di hari sukan sekolah

Assalamualaikum.
credit to suami sebab kreatif nak cantikkan board Menu. akak lemah bab tu
Hai semua. Sabtu minggu lepas aku cari pengalaman buka gerai sempena hari sukan sekolah tadika anak buah aku bertempat di dewan Ampang Jaya Taman Cempaka. Tempat sama anak sulong aku, Ikhwan Hafeez sukan sekolah tahun lepas. So agak familiar dengan kawasan tu mudah la nak plan apa patut di jual pada hari tersebut.

Acara sepatutnya start pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.00tengahari. yang seronoknya aku tak berniaga seorang diri. Aku ajak biras aku berniaga sekali.

Untuk tapak berniaga, pihak sekolah kenakan charge RM60 termasuk la untuk kerusi dan meja berukururan 7x3 kaki. Tapak niaga dia bagi betul-betul di luar dewan atas kawasan berumput. Untuk kedudukan meja siapa datang dulu dia dapat meja pilihan hati la.

Alhamdulillah biras aku sampai dahulu jadi dia pilih meja paling startegik iaitu di tengah-tengah. Sampai awal je terus set up meja. Susun makanan apa yang patut. Macam biras aku dia ada buat; cheese & chic sandwhich, sardine roll, karipap ayam, kentang & telur puyuh, bihun goreng, kuih bakar jagung & pandan, dan muffin chocolate. Alhamdulillah semua habis kecuali kuih bakar tinggal beberapa bekas. Aku pulak buat ice cream Malaysia (sumi). Dan aku sengaja pamerkan Jus Bidan Dara & Norahwax.




Tujuan utama aku nak biasakan diri dengan persekitaran macam tu. nak buang sifat malu. Nak ke depan. Nak tingkatkan keyakinan diri. Amboi banyak kan tujuan. Alhamdulillah seronok sangat. Norah dan Jus Bidan Dara tak terjual langsung ok, sebab aku langsung tak promote. Dan ice cream sumi aku habis. Yeay termasuk yang cair aku buat sebagai display. Aku sempat buat 40 batang sahaja. Ok la pulang modal dan sedikit untung.


Nak share apa patut korang fikirkan kalau korang nak join meniaga di hari sukan sekolah.

1.       Tempat/tapak jualan: malam tu hujan so habis becak, ada peniaga yang terpaksa keluar dari khemah cari tapak baru. Alhamdulillah sepanjang hari cuaca cerah dan sedikit panas.

2.       Apa yang nak dijual: kena tahu target market siapa yang akan datang. Sepanjang aku duk meniaga situ, yang buat keputusan nak beli apa adalah BUDAK-BUDAK kecik tu. mak bapak akan tanya nak makan apa. Jadi nak jual kena jual apa BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK suka. Yang menarik perhatian mereka. Sedikit tambahan; makanan yang selalu dicari, nasi lemak dan sandwhich, karipap tu memang orang suka. Ada juga yang cari air panas.

3.       Packaging makanan: lagi bagus cari yang lutsinar, yang nampak makanan tu. tak perlu isi dalam kotak sebab orang ingat mahal. Orang takut nak beli dan malas tanya. Aku perasan hanya gerai aku je yang letak papan menu. Membantu ya. Selain cantic membantu Tarik perhatian customer. Kalau jual ice cream macam aku sila la buat signage atau lukis atau bagus ada loceng nak Tarik customer. Aku perasan gerai lain ada jual ice cream Malaysia juga tapi dia letak dalam bekas putih ice box tu. risiko dia ice cream cair cepat.

4.       Harga: jual murah of cos akan Tarik orang beli tapi jangan sampai rugi. Kalau kos agak tinggi kena bijak main harga. Ok?

5.       Jual nasi bajet/nasi gulai kawah/spageti: kalau event habis lewat it’s good to jual makanan macam ni, tapi sebab event habis sebelum tengahari so macam tak jalan sangat la nasi ni.

6.       Ice cream aku mula terjual agak lambat jugak. Pagi mana ada orang nak makan ice cream. Tunggu panas baru orang cari. Yang penting kena ada start makan. Lepas makan baru orang nampak dan orang cari.

7.       Jual makanan rare: paling baru aku jumpa ice cream macaron berharga RM6. Dalam 10 ketul je kot aku tengok terjual. Ada yang jual biskut kapit, berus gigi, Tupperware, makanan otak untuk pelajar. Sambutan adalah suam-suam kuku.

ini warna pastel sebab guna dadih
ice cream Choki Choki


ice cream sumi
Itu sahaja kot aku boleh share. Kalau tanya kuantiti nak jual, aku tak dapat jawab specific bergantung apa jenis kau nak jual. Kalau karipap ok kot 100biji. Tengok crowd jugak ok.

Nak jadi penjual mulut kena ringan, muka kena senyum. Oh aku ada dapat customer budak sekolah bila nak beli mata dia pandang ke lain tapi mulut kumat kumit mintak karipap RM2. Pon boleh la dik asal kau beli.


anak buah rumah hijau..Green Arrow

yang paling happy adalah Ikhwan & Raudah tak kira apa jua keadaan

ada jela aksi si Ikhwan kalau tangkap gambar

Apr 21, 2017

Photoshop lambung anak dikecam netizen

Assalamualaikum

Hari ni check email dapat article menarik pasal seorang bapa yang telah mem photoshop kan gambar anak dia dalam keadaan menakutkan/merbahayakan to freak out relatives. Macam-macam perkara pelik orang mampu buat sekarang ni.

Edit gambar la, palsukan document la, klon kan benda la. Hoi menakutkan sangat perangai masing-maisng dah kenapa ha?

Jadi kepada people out there kalau terjumpa/hadapi situasi macam ni tolong la jangan percaya bulat-bulat. Selagi belum dapat buktikan, selagi belum cukup saksi, selagi belum nampak dengan mata sendiri please la. Siasat dahulu.

Orang sekarang cepat je sangka buruk, cepat je jatuhkan hukuman. Macam dia seoarng je yang ada otak. Chewah. Nak tunjuk pandai kot. pastu bagi comment sehingga menjatuhkan aib orang. Cakap macam diri tak pernah buat salah.

Dah tiba masanya masyarakat dididik supaya dapat memberi teguran dengan berhikmah. Hikmah dalma erti kata bila menegur harus kena dengan caranya. Mungkin pihak berwajib boleh anjurkan ceramah, kursus pasal ni.

Akhir zaman ni fitnah amat senang tercipta. Memang itu dugaan kita umat akhir zaman nih. Jaga hati jaga diri.












Apr 19, 2017

Terapi Sonotron untuk bayi berkahak

Assalamualaikum.

Boleh baca mak buat terapi Sonotron untuk Gout. kat sini

Hai semua. Hari ni nak share pasal Rawatan Sonotron untuk hilangkan kahak anak bongsu yang berumur 11 bulan tu. Raudah dah selesema hampir tiga minggu. Bila dia batuk atau pagi-pagi bernafas ada bunyi kahak tu.

Memang tak bawak ke klinik pon sebab dah tahu doctor akan kasi ubat minum je. Walau selesema, suhu tak panas mana tapi masih lagi pantau. Risau yang lebih serius je. Raudah ada trauma jumpa Doctor sebab masa dia umur 5 bulan dia selesema masa tu bawak jumpa pakar kanak-kanak, doctor tu buang hingus dia guna baby nose cleaner.

Meraung dia, kemungkinan sakit atau dia panic sebab doctor pegang kuat. Itu trauma kedua, trauma pertama dulu dia pernah ambil nebulizer dalam 15minit, menangis, meraung mintak tolong kat abah dia tapi abah dia tak dapat tolong la kan?

Terus tak mahu kawan abah okei.

So sekarang setiap kali jumpa doctor hatta doc hanya check degupan jantung dia melalak bagai nak rak. Over sangat. Takut la hoi.

Ok back to Sonotron, aku pergi on Saturday at 11.00a.m. Dah call makes appointment on Friday sebab kalau terus terjah memang kena tunggu lama. Sampai je terlambat 15minit jadi kena la tunggu jugak. Tapi tak lama, so dia dahulukan orang yang ada appointment ok. penting tu.

Untuk Raudah sesi nya adalah 30 minit yang aku rasa kejap ya amat. Hahhaha lupa nak tengok jam. Sebelum buat dia kata nanti kahak akan keluar melalui najis atau muntah. Dia mulakan rawatan, halakan alat tu ke dada, kemudian hidung, bawah ketiak kiri dan kanan, leher dan last sekali bahagian belakang. Setiap tu 5 minit kalau tak silap.

*dia pesan untuk sementara waktu pantang makan kentang, coklat dan segala jenis buah. aku hanya angguk tanda setuju. 

Awal –awal Raudah tak panick masa halakan ke bahagian hidung siap nak jilat lagi ok. lepas je di bahagian leher terus melalak macam kena cubit. Padahal tak rasa apa pon. Manja sangat ni.

Untuk 30minit rawatan kami dikenakan charge RM30. Masa pergi tu ramai yang demam selesema ya. Kebanyakkan anak-anak umur 12 tahun kebawah. So far selepas buat rawatan aku tak ada dengar kahak dia bunyik lagi.

Tapi memang kena buat lagi. Sekali je mana nak nampak sangat keberkesanan dia. apa pon kita cuba ok. selagi boleh elak makan ubat kita elak la.

Ok untuk siapa nak pergi buat sila la call book appointment. Address kau waze aje. Kat Sri Gombak.

Pusat Terapi Sonotron Shafa
+60 3-6189 0757
57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia


Ini mesin dia, then alat yang dia halakan tu sebijik hair dryer. berbunyi agak kuat. seeloknya pergi berdua, sorang pegang anak seorang tolong tarik perhatian dan tenangkan anak. 


 ini aku ambil gambar di internet, gambar n video Raudah seksi sangat, tak boleh di tayangkan.

Apr 14, 2017

Mentor di dalam business

Assalamualaikum. 

Entry kali ni lebih kepada mereka yang baru nak terjebak dengan business. apa aku share ni adalah pengalaman aku yang tak seberapa. 

Bagi mereka yang betul-betul serius ingin menceburi perniagaan, atau sekadar nak tambah duit poket aku memang akan nasihatkan untuk cari ilmu sebelum pergi lebih jauh. Orang cakap buat business geli-geli. Kepahaman aku geli-geli tu buat part time business.  

Bila buat business tanpa ilmu ibaratnya meraba dalam gelap. Habis semua dilanggar dinding. Kalau nasib baik tak benjol dahi. Kalau la. Bahaya sangat. Lepastu buang masa. Sebab apa sebab kita tak tahu arah tujuan maka kita cuba semua benda. Untung sabut menjadi berjaya la, tapi kalau terus rugi, mental down terus karam.

Sebolehnya carilah mentor/guru. free ke bayar ke, tak kisah. Asal ilmu tu dapat. Kalau ilmu yang berBayar tu lagi bagus, nampak kita serius dan kita akan lebih hargai apa yang kita dapat.

Bila pilih guru pilih yang kau rasa serasi, lepas tu berguru satu-satu. Jangan follow banyak guru dalam satu masa yang sama. Ajaran cikgu ni terkadang ada bezanya. Hormati perbezaan itu. Perbezaan pendapat tu tak salah. Lain padang lain belalang.

Kalau ikut pengalaman aku sendiri masa aku mula-mula join jadi dropshipper tudung patuh Syariah ni ALASAN utama aku ialah aku sendiri nak rasa pengalaman dari bawah. Nak tahu baik buruk. Pemilihan apa yang kita nak jual jugak penting, circle yang kita pilih untuk bergaul. Dengan siapa kita berkawan itu melambangkan keperibadian kita.

Pesan aku dalam pilih product nak jual tu sila pertimbangkan akhirat. Apa jua kita lakukan ingat akhirat. Ingat dosa pahala. Mati nanti kita akan disoal apa kita buat. Cari guru/kawan yang selalu ingatkan kita dengan Allah.

Dan sekarang aku follow rapat-rapat guru-guru/ otai dalam business ni. Membaca tips-tips dan pengalaman yang mereka sendiri dah pernah lalui. Aku juga sekarang join program Mentor Mentee. Nanti dah complete boleh la aku share ilmu aku dapat in sha Allah.


Itu sahaja untuk kali ni. Harap tulisan ni memberi manfaat. In sha Allah. 

Apr 13, 2017

minyak Habatussauda untuk kulit eczema

Assalamualaikum,

Kalau ikut kiraan hari ni hari ke7 aku guna minyak TheMajlis. 
Aku pernah cerita kesan dia kat Raudah pada hari ke2 pakai.

Kalau ikut keserasiaan memang la, tapi kalau ikut kewangan memang boleh botak kepala mak nak.
Bayangkan 50ml harga RM170 sebotol. 
Hari ke7 pakai botol dah tinggal suku.

So my next plan ialah aku kena cari minyak lain. 
Minyak yang semestinya tak membahayakan.

Terbayang dalam otak minyak habatussauda. 
Sebab pernah baca dalam group sokongan Eczema yang dia sapu minyak habbatusauda.

As long as bukan cream doctor yang ada steroid tu mak gagahkan lagi.
For now memang sarung tangan still on. 
Kalau cabut dia menggaru habis luka-luka.

Itu pun si Raudah bijak. Dia gigit sarung tangan then Tarik nak bagi cabut. 
Tapi mama lagi cerdik dik, mama ikat dengan getah gelang bagi ketat sikit. 
Bluek.

Memang kebetulan ada beli kapsul habbatussauda ni. 
So esok boleh terus pakaikan kat Raudah. 
Oh ye, aku pakai dulu sebelum cuba pada Raudah. Kang takut apa-apa.

Semalam juga baru dapat info tentang full moon. 
Dalam Islam pon ada galakkan untuk berpuasa ketika bulan penuh.

Ada satu kajian mengatakan yang bila full moon, bakteria/virus akan active dan berlawan dengan immune system. (kurang pasti)
That’s why kalau eczema, flare akan naik even dah pantang makan dan sapu minyak.

Alhamdulillah Raudah tak begitu teruk, harapnya hari ni dan seterusnya dia akan elok la.
Nanti aku cari lagi pasal full moon aku share la. 

Basically journey mencari penawar untuk Raudah tidak pernah stop.

Aku doakan anak kat luar sana juga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan. 
Aaminn. 


Apr 12, 2017

Jemputan Menghadiri Temuduga Terbuka


Salam Sejahtera,

Mendapat email dari customer service JobsMalaysia. Hebahan temuduga terbuka.
Untuk info lanjut, Sila ke portal www.jobsmalaysia.gov.my  - Aktiviti & Peristiwa dan Kalendar

Merujuk perkara di atas, tuan/puan dijemput menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan berikut:

TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh: 12 April 2017 (Rabu)
Masa: 9.00 pg – 4.00 ptg
Tempat temuduga: Pusat Jobsmalaysia (JMC) Pel. Klang, Persiaran Raja Muda Musa, Pel. Klang
Tel: 03-31656555

Majikan: Cargill Palm Products Sdn Bhd

Jawatan:-
1.Kerani Logistik
2.Pembantu Makmal
3.Plant Operator
4.Operator Pembungkusan
5.Pumping Operator

Syarat & Kelayakan:-
SPM & Calon Lelaki Sahaja

TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 15 April 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi 4.00 petang
Tempat Temuduga : Pusat Jobsmalaysia Negeri Pahang, Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Pasar Baru 3, 25000 Kuantan Pahang
Tel : 09-5124032

Majikan : Flextronic Sdn Bhd

Jawatan: 
Operator Pengeluaran

Kelulusan: 
SPM

*Asrama & Pengangkutan disediakan

Mini Karnival Kerjaya 2017 Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Rawang

Tarikh : 15 April 2017(Sabtu)
Masa : 9.00 pagi-4.00 petang
Tempat : Pejabat Tenaga Kerja Rawang, Lot 3, Jln RP 4/1, Rawang Perdana, Rawang, Selangor
Tel : 03-6091 6533/6092 0925

Aktiviti :
1. Temuduga Terbuka
2. Bimbingan Kerjaya
3. Khidmat Nasihat Perburuhan

TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 15 April 2017 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Pusat Jobsmalaysia, UTC Perak, off Jln Dato Onn Jaafar, Ipoh, Perak
Pertanyaan Tel : 05-241 3507/4 (JMC UTC Perak)

Majikan: Sushi King Sdn. Bhd.

Jawatan, Kelayakan:-

1.Pengurus Restoran
2.Penolong Pengurus Restoran Ijazah/Diploma berkaitan (Pengurusan- Hospitaliti/Perkhidmatan Makanan/Perniagaan)
3.Ketua Kru - Sijil/SPM & kebawah 
4. Kru Restoran - SPM & ke bawah 
5.Pelatih - Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan (Pengurusan- Hospitaliti/Perkhidmatan Makanan/Perniagaan)

TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 15 April 2017 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 3.00 petang.
Tempat Temuduga : Pusat Jobsmalaysia K.Lumpur, T2-3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Tel : 03-2026 2058/2066

Majikan: MIM Protection Sdn Bhd

Jawatan:

1.Pengawal Keselamatan- 100 kosong
PMR/SPM, Lelaki & Perempuan
2.Penyelia Keselamatan- 2 kosong
SPM & Diploma, Lelaki
3.Tender Executive-1 kosong
Sebarang Ijazah, Lelaki & Perempuan.
4.Pegawai Keselamatan - 2 kosong
Sebarang Diploma/Ijazah, Lelaki
5.Admin & HR Asst- 1 kosong Diploma, Perempuan

TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 15 April 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 petang.
Tempat Temuduga : Pusat Jobsmalaysia K.Lumpur, T2-3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Tel : 03-2026 2058/2066

Majikan: KPJ Sentosa K. Lumpur

Jawatan, Kelulusan:-

1.Kerani Bil- 8 kosong
2.Kerani Rekod Perubatan- 3 kosong
SPM & Diploma
3.Pembantu Rekod Perubatan -2 kosong
Diploma in Health Management
4.Pembantu Farmasi - 2 kosong
Diploma in Pharmacy
5Kerani Kemasukan - 1 kosong
SPM
6.Pembantu Pembelian - 1 kosong
Diploma
7.Collector - 1 kosong
SPM


TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 17 April 2017 Isnin
Masa : 4.30 pagi – 4.00 petang
Tempat: Pusat Jobsmalaysia, UTC Perak, off Jln Dato Onn Jaafar, Ipoh, Perak
Pertanyaan Tel : 05-241 3507/4 (JMC UTC Perak)

Majikan: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.

Jawatan: Prime Mover Operator - 300 kosong
Kelayakan: 
PMR/SRP, Memiliki Lesen Memandu D, Umur 22-40 thn

TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 18 April 2017 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat Temuduga : Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya, No.2 Jln Ss 5B/2, SS 5, Kelana Jaya , 47301 Petaling Jaya
Tel : 03- 03-78735100/5101

Majikan: Radifleet Sdn Bhd

Jawatan, Kelulusan, Syarat: -

1. Executive, Faciliti- 1kosong
Ijazah Penyelenggaraan Bangunan dan berkaitan
2 tahun pengalaman bekerja, Umur 35 tahun ke bawah
Lokasi Kerja: KL Sentral

2. Chargeman HT-BO- 1 kosong
Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia
Sijil Kekompetenan Penjaga Elektrik Voltan Tinggi BO
Penguasaan Bahasa Inggeris
2 tahun pengalaman bekerja, Umur 35 tahun ke bawah
Lokasi Kerja: KL Sentral

3. Handyman - 2 kosong
PMR/SPM, Umur 35 tahun ke bawah
Lokasi Kerja: KL Sentral

4. Mekanik - 5 kosong
SPM/SKM tahap 3, Lesen Memandu B2, D
Lokasi Kerja: Batu Caves & Telok Panglima Garang
5. Pemandu Lori – 5 kosong
SPM, lesen Memandu E, GDL, Umur 40 ke bawah
Lokasi Kerja: Batu Caves & Telok Panglima Garang

6. Kerani – 1 kosong
SPM, Kemahiran Komputer

Karnival Kerjaya Kolej Universiti Islam Melaka 2017 Anjuran Kolej Universiti Islam Melaka Dengan Kerjasama JobMalaysia Centre UTC Melaka

Tarikh : 22 April 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kenanga, Fakulti Sains Sosial, KUIM

Penyertaan Majikan – 20 syarikat
Aktiviti :
1. Temuduga Terbuka
2. Klinik Kerjaya

Keterangan lanjut hubungi:-
- Pusat JobsMaslaysia UTC Melaka
Tel : 06-288 0001/2/3

TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 27 April 2017 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat Temuduga : Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya, No.2 Jalan Ss 5B/2, SS 5, Kelana Jaya , 47301 Petaling Jaya
Tel : 03- 03-78735100/5101

Majikan: MB Star Sdn Bhd

Jawatan: -
1- Pegawai Akaun
2- Pegawai Kredit
3- Kerani Jabatan Personel
4- Pembantu Am Jururawat
5- Jururawat Terlatih

Sila hadir dengan berpakaian kemas dan bawa semua sijil (asal & salinan).

Sekian terima kasih