Nuffnang BH

Mar 30, 2017

Tujuan Berniaga Dalam Islam


Assalamualaikum.

Tertanya-tanya jugak kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga. Nabi ada cakap kan, 9/10 dari sumber rezeki tu datangnya dari perniagaan. Pernah baca ada orang tu bagitahu macam ni,”Kita bekerja bukan untuk mendapatkan rezeki, kita bekerja kerana ikut perintah Allah, supaya kita tidak meminta-minta kepada makhluk.”

Jadi aku pun semak semula diri. Apa sebenarnya niat aku nak berniaga ni? Google la semua dan aku jumpa tujuan-tujuan berniaga di dalam Islam. Aku rasa good to share. 

Aku panjangkan artikel ni sekurang-kurangnya dapat membantu dan memberi inspirasi kepada sesiapa yang baru berjinak nak berniaga okei.

1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang – pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )

12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. 

Dan kalau dah terlalu berniaga jangan fikirkan DUIT sahaja adalah segalanya. Kena tahu batas okei. Kita sama-sama berjaya in sha Allah.