Nuffnang BH

Mar 14, 2017

Surely we belong to Allah & to Him shall we return

Assalamualaikum.

Pagi tadi dapat condolences email from HR that one of our staff lost her mother. Innalillah. Penyakit tak diketahui. Yang aku tahu staff tu sarat mengandung, atau dah bersalin agaknya. Macamana la ya dia menerima berita ni. Dalam keadaan yang lemah, kehilangan permata paling berharga dan pastinya kehadiran mak di sisi amat penting di waktu kritikal.

Aku doakan dia kuat.

Ingat lagi tahun lepas, in May. Masa berpantangkan Raudah. Masa ni kalut after 5 years tak pegang baby now kena mula semula seolah-olah baru dapat anak pertama. Yeah, completely different perangai dengan abang dia. sebab anak perempuan ke?

Entah.

Tapi masa tu mak banyak sangat-sangat tolong. Kalau mak tak ada, tak tahu lah. Terima kasih mak. Tak terbalas jasa hidup kat dunia ni.

Kehilangan semua akan rasa kan? Cepat atau lambat je. Macam kehilangan arwah abah dulu. Abah sihat malam tu tapi menjelang tengah malam arwah terus semput dan rebah. Abah pergi tapi mak ada dengan arwah abah. Aku? aku jauh mencari rezeki di KL.

Aku berdoa andai kata nyawa aku ditarik atau nyawa mak di Tarik biarlah mak ada disisi aku. biar aku tak terkilan. Biar bukan aku terima perkhabaran kematian melalui telefon.

Sakit betul bila nak dengar orang cakap, abah kau dah tak ada.

Masih terngiang lagi akak bagitahu aku pagi tu, abah dah tinggalkan kita. Sumpah macam dalam drama. Rasanya saat terkeluarnya perkataan dah tak ada tu, otak mula ligat menafikan. Kan arwah abah sihat? Kan arwah abah elok je bergurau tadi? Kan arwah abah nampak gembira tak menahan sakit?

Aku doa sesiapa saja di saat ini yang tengah kehilangan dan jiwa tengah rapuh carilah sokongan. Jangan bersendirian. Tidak salah menangis tapi jangan sampai meratap. Peraturan Allah yang terbaik. Sehingga saat ini aku masih mengajar diri supaya bersedia, saat aku dan orang-orang tersayang akan dipanggil menghadap ilahi.

Sakit betul bila kau rindu seseorang tapi dia dah tak ada dengan kita kat dunia ni. Nak tengok senyuman, keletah, dan gurau senda. Rindu yang tak pernah terubat. Semoga arwah abah aman di sana. Ditempatkan digolongan orang beriman. Aamiin.


alFatihah. 

No comments: