Nuffnang BH

Mar 22, 2017

Mula-mula Beauty & The Beast lepastu Power Rangers pulak bakal di banned

Assalamualaikum. 

Seminggu ni kecoh yang filem Beauty And The Beast di banned sebab ada babak Gay. Tayangan filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas filem itu mengundang kontroversi atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’.

Aku tak berapa minat sangat kartun dia, tapi macam marah, why nak masukkan babak gay dalam cerita kartun? Why cartun? Motif? Bongok. Kartun kan target dia memang untuk kanak-kanak. Nampak sangat la agenda cuba nak tanam benda salah dalam otak kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa tu.

Tayangan seluruh dunia pulak tu. Membenarkan tayangan bermaksud membenarkan apa yang cuba di sampaikan dalam filem tu. Gay adalah tak salah. NO. HARAM untuk Orang Islam. Dilaknat Allah.


Di Malaysia Kuasa untuk isu penapisan filem terletak kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang menjadi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Untuk isu filem Beauty and The Beast, LPF tidak terbabit dengan keputusan menunda tarikh tayangan TETAPI Walt Disney Malaysia berasakan ia patut ditunda berikutan isu dalaman (sensitiviti). 

Tapi baca pulak pagi ni yang cerita ni dah diluluskan pun tayangan di Malaysia. akan mula ditayangkan 30March2017 TANPA POTONG babak GAY. Urut dada. 


Lepas tu ada pulak ura-ura kemungkinan cerita Power Rangers pon bakal di banned, itu pun tahu bila baca blog benashaari dan mamakembartiga khabarnya ada unsur LGBT sebab ‘Power Rangers Kuning – who is questioning her sexuality’. baca sini sumber BBC News




Sekarang kan ada setiap Sabtu Tv2 pukul 9.00 ke pukul 9.30 pagi tah cerita Power rangers Dino Charge. Aku sekeluarga follow cerita tu. walau dah tahu sangat ending dan jalan cerita tetap jugak nak tengok. Mengimbau betul kenangan kecik-kecik dulu. Bangun awal pagi nak tengok Tomato Man, Dragon Ball, Sailormoon, Doraemon dan macam-macam lagi la. Dulu tak perlu Astro, cukup je rancangan kat channel TV1, & TV2. 

Kalau perasan kan semua cerita sekarang ni boleh dikatakan semua nya tak sesuai ditonton anak-anak kita yang masih suci tu. bab seksi tu memang dah tahu la kan, babak cium-cium ni, selambak je ada dalam kartun. Kalau kebiasaan kami kat rumah tengok cerita CSI contohnya, ada babak cium mesti cepat-cepat Ikhwan tutup mata pastu tanya mama dah ke? Dah boleh bukak mata ke? Alahai sedihnya. End up akan tukar channel je.

Kita bertanggungjawab apa anak kita akan jadi in future. Kalau selalu biar anak tengok drama cintan cintun, Sinetron Indonesia lepastu anak selalu berangan dan tak berpijak di dunia nyata sila lah buat sesuatu ya. Kita orang dewasa mampu untuk berfikir waras (harapnya) tapi anak-anak yang baru nak matang ni apa yang dia nampak itulah yang disangka nya betul.

Kesan dia bukan sekarang,cepat atau lambat pasti ada. Jom jaga anak-anak kita.