Nuffnang BH

Mar 7, 2017

Menu dinner Sausage Roti Parata Cheese

Assalamualaikum. 

Idea makan malam simple. 
Bukan menu makan malam je, waktu breakfast ke atau minum petang pon boleh. 
Yang tengah diet jangan buat.

Sausage Roti Parata Cheese

Bahan-bahan

Roti Paratha plain
Cheesedale  
Bawang Holand
Sausage / Chicken cocktail
Daging/ayam kisar
Tomato puree
Blackpaper
Serbuk perasa / garam

Tumis bawang sampai naik bau dan jangan hangit, masukkan daging/ayam kisar. Masukkan tomato puree, Blackpaper, Serbuk perasa / garam. Masak sehingga kekuningan.
Letak ke tepi.

Potong Roti Paratha plain jadi bentuk V (hirisan pizza) then balut chicken cocktail/ sausage. Susun dalam bekas. Bakar dalam oven 5-10 minit suhu 200c.

Taburkan daging/ayam kisar yang telah ditumis tadi atas roti paratha tadi. Koyakkan cheesedale dan susun ikut suka. Bakar lagi dalam 5 minit.

Siap untuk dimakan. Makan ketika panas memang terbaik.





No comments: