Nuffnang BH

Feb 14, 2017

Tips baby demam selesema

Assalamualaikum.

Lama betul tak menaip. Gian sungguh sampai update guna handphone aje. Nak set autoschedule entry pon masa amat mencemburui. Start curi panjang setelkan hal Ikhwan sekolah, Alhamdulillah selamat register tahun satu 2018.

Lepas tu sempat bawak mak cuba rawatan Sonotron di Sri Gombak. Then balik kampung sekejap hantar mak. Selamat je mendarat di KL, baby pulak kurang sihat. Bertahan sehingga lah hari ahad baru ni bawak ke klinik sebab badan panas.

Kalau anak dah demam mula la mama sekali nak demam. Nak pulak baby kalau demam badan panas eczema dia akan berganda lagi la susah hati. Hari tu sempat mintak tips kat fb apa nak buat kalau baby panas badan selesema. Dah lama tinggalkan zaman jaga baby, lupe dah.

Kawan-kawan memang prihatin. Maciam-maciam tips dapat. So aku ambil mana yang senang dan bahan memang dah ada kat rumah. Ok ni tips untuk baby yang selesema ya. Selain ikhtiar ubat doctor bagi ( dilema sangat nak bagi ubat doctor) aku cuba jugak cara alternatif macam ni.

Ok harap membantu ye. Baby aku demam badan agak panas nak cecah 38c then hidung berhingus. Awal demam aku dah start sapu semua yang patut.

Tips untuk #rawatselesemabayi

1. Mandi air hirisan lemon. Air suam ye. Mandikan dlm 5-10 minit tapi tengok keadaan bayi jugak. Agak- agak dia tak selesa sangat berhenti lah.

2. Buang minyak bawang putih.
Ketuk bawang putih then sangai. Penyekkan dan campurkan dengan olive oil. Sapu di dada, betis, belakang badan dan setiap pelipat. Sapu sekerap mungkin.

3. Hirisan bawang merah.
Hiris bawang merah dan taburkan di dalam bekas. Letak di ruang tamu berdekatan dengan baby. Jangan terlalu dekat. Pedih mata.

Untuk tips golek telur, lumur air asam jawa dll masih belum sempat prektis. Tenkiu kawan-kawan yang suggest. Semoga bermanfaat untuk orang lain.
Selamat mencubašŸ˜‡



No comments: