Nuffnang BH

Feb 1, 2017

Review Restaurant ISLAMIC SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE TAMAN MELAWATI

Assalamualaikum

Hari tu lepas dendam nak makan breakfast kat restaurant favourite, mana lagi kalau bukan  69 Islamic Steakhouse Taman Melawati. Suami nak dinner lamb aku pulak nak try set breakfast dia. So next aku aim nak try tea set dia.

Kenapa suka sangat kat sana??

Lima minit dari rumah, staff semua friendly, Chef terer masak, makanan superb sedap + quality, harga yang bagi aku munasabah. 3 dish dengan 2 air manis dalam RM110++. Mahal ke murah?

Untuk dinner suami macam biasa akan makan lamb. Kali ni kalau tak silap lamb shoulder rasanya gravy dia black paper. Daging always dimasak well done. tak reti makan separa masak ni.

Aku untuk dinner aku cuba lamb rack oven baked. Daging well done jugak dimasaknya dan gravy pilih mushroom. Wah nama panjang dan of course la sedap. Juling-juling mata makan. Masa type pon meleleh air liur. Puas hati so bagi 5* nanti nak repeat menu ni lagi.
nampak macam biasa kan? tapi rasa dia SubhanaAllah
Ikhwan dari hari tu sebut nak makan kids menu dia ambil burger. Kenyang dan sedap.
Potato tu rangup sedap

ala bang beria kau je macam guna pisau bagai :)
Suami pesan makan sedap sebulan sekali je. Ok suami. Kena jimat 2017 ni. Harga semua naik. Panas hati je.

Untuk breakfast aku order menu impian aku egg benedict side amik Smoked Salmon. 10* untuk egg benedict. Pastu ambil Teh Tarik. Geram nak tanya apa la dia letak dalam teh Tarik tu. sedap. Eh kau semua sedap la. 
semua sedap
masih meleh air liur tengok ni

Suami order Signature menu restaurant 69 Islamic Sandwich. Dia lupe nak offer bini makan so maksudnya sedap sangat la tu.

ni la air teh melampau sedap tu
Siapa nak pergi makan sana sila la. Hari tu celebrate birthday mak pun kat sana. Tak rugi cuba. Aku doakan yang mana belum ada kemampuan nak cuba nanti dimurahkan rezeki dapat cuba ya. aamiin. 

No comments: