Nuffnang BH

Feb 20, 2017

Rawatan Terapi Sonotron untuk Gout mak

Asslamualaikum

inilah mesin Sonotron tu
Entah apa mimpi aku bawak mak cuba rawatan Sonotron. Ye aku pernah tulis pasal Sonotron lama dulu. Masa tu ada niat nak cuba tapi keinginan tak kuat. Lepas mak dah mengeluh betul-betul tak larat dengan Gout dan kebas tangan (masalah saraf) baru-baru ni baru aku nekad call book appointment dan terus pergi. Lagipon dekat je. Di Sri Gombak. Satu kawasan tempat aku bersalinkan Raudah dulu.

Sebelum ni kerap bawak mak untuk bekam. Tapi mak macam takut sikit bila libatkan darah ni plus mak kata tak ada kesan pon. Lol. Paham perasaan mak nak cepat sembuh. Sakit bukan sekelip mata hilang emak ku syg.

Aku ulang balik untuk siapa boleh cuba rawatan ni okeh.

Rawatan Terapi Sonotron merupakan:

Rawatan bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Terapi sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz.

Rawatan sonotron diperakui selamat oleh pengamal perubatan. Ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan, selain pesakit akan berasa lemah selama beberapa jam selepas jam menjalani rawatan. Bagaimanapun ianya hanyalah sementara dan pesakit akan bertambah pulih. insyaAllah.

Bronkitis (Jangkitan saluran pernafasan)
- Selesema/kahak/batuk
- Stroke
- Gout
- Asma (Lelah)
- Kayap/Ekzema/Kudis
- Sakit Pinggang/Pinggul
- Sakit siku/jari/lengan
- Migrain
- Angin ahmar (Strok)
- Resdung
- Sakit sendi lutut
- Kaki terseliuh
- Bengkak pada tapak kaki
- Luka
- Ulser
- Masalah kulit/ jerawat
- Gastrik

Masa aku pergi kebetulan jumpa baby umur nak masuk dua bulan selesema so dia datang nak buat treatment kali kedua. Mak dia kata Alhamdulillah berkesan untuk anak dia. Aku ada baca, kanak-kanak atau baby yang buat rawatan ni kahak akan keluar sekali dengan najis.

Banyak jugak review pasal Sonotron ni. Dah banyak orang sedar dan yang tak mahu bergantung dengan ubat dan semestinya untuk elak dibedah.

Review Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak;

Bawak mak pergi untuk dapatkan rawatan tangan mak yang kebas tu, tapak tangan mak tu tak rasa dan tak boleh genggam, lepas tu mak kata setiap malam akan rasa panas tapak tangan sampai tak boleh tidur. Tapak tangan pon bengkak je. Selain tu mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi terkawal Alhamdulillah.

Mak jugak ada gout. Selalu serang bahagian kaki, pinggul dan peha. Jadi sebab mak banyak sangat penyakit jadi focus kepada tangan kebas dulu. Staff dia recommend untuk buat 3 kali sesi berturut-turut untuk nampak keberkesanan rawatan. Setiap sesi kena ada jarak 8 jam.

alat ni dia just halakan kat kawasan yang sakit sahaja. (30minit minima)


Untuk next month boleh cuba untuk focus kaki, peha dan pinggul untuk gout mak. Rawatan ni kena buat selalu. Paling bagus konsisten la selama beberapa bulan. Untuk gout, rawatan ni bertujuan untuk hilangkan rasa sakit bengkak dan tak perlu makan ubat gout.

Tahu kan dalam jangka masa panjang ubat-ubat tu semua ada kesan kepada buah pinggang dan organ lain. 

Harga lebih murah berbanding klinik lain. Untuk kanak-kanak satu sesi RM30 untuk setengah jam. Untuk dewasa RM50 untuk setengah jam. Bergantung kepada jenis penyakit ye.

Staff friendly semua dia jawab dengan baik. Kalau tengok gambar aku share rawatan ni sebenarnya dia halakan alat dia macam hair drayer tu pastu dia keluarkan bunyi yang agak kuat. Boleh mintak penutup telinga tapi mak aku tak nak. Dia halakan di tempat yang sakit selama 30 minit. Ada haba ye (suam-suam). Kalau tengok betul-betul nampak cahaya biru kat muncung alat tu.




Mak aku siap tanya boleh ke nak beli mesin tu. lawak la mak ni. Nak suruh abang aku yang Doctor beli katanya. Mesin mahal mak ku sayang.

Siapa nak cuba alamat seperti kat bawah ni. Dinasihatkan call and book dulu takut full.

Pusat Terapi Sonotron Shafa  
Physical Therapist
Address: 57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-6189 0757
Facebook : https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/

Banyak lagi Tempat lain yang ada juga tawarkan khidmat Sonotron, ini ada beberapa tempat.

Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali 
No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang,
54200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 – 41083716
Isnin-Khamis (9 pagi-1 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
Jumaat (9 pagi-12 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
Sabtu (9 pg-1 tgh), Ahad (7 ptg – 1 malam)

AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067

Klinik Dr Fauziah
No 15, Jalan 2a/1, Off Jalan Ulu Yam Bandar,
Baru Selayang Fasa 2a, 68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-61890753

Selagi ada daya kita cuba ikhtiar ye mak. In sha Allah.