Nuffnang BH

Feb 1, 2017

Kes Blondie vs Makcik

Assalamualaikum..


Malam tadi baca kisah Viral perempuan Blondie vs Makcik (group of makcik) kat page Kepala Hotak Kamu di FB. As usual Malaysian memang suka meng viralkan sesuatu. Beza Malaysian dengan seantero dunia adalah Malaysian suka viral kan sesuatu yang menjatuhkan bangsa/kaum sendiri. (tu pendapat aku).

Ok back to the Blondie story tu secara ringkas nya; perempuan ni bertudung  pergi surau di Aeon untuk solat and at the same time dia solat sekali (satu sejadah) dengan perempuan seksi pakai skirt (Blondie). Yang viral kan ialah perempuan bertudung ye;

1.       Perempuan yang viralkan kisah ni bertudung, dia nak solat dan dihalang oleh makcik yang ada didalam surau kerana perempuan ni memakai T-shirt gambar Snoopy (kartun Anjing).

2.       Perempuan Blondie tu masuk surau untuk solat dan kemudian dihalang juga untuk solat sebab dia pakai skirt pendek and too sexy. Makcik tu sound “Cina tak boleh masuk surau, dan perempuan berbaju Snoopy tu siap jawab perempuan blondie tu Islam.

3.       Berdasarkan kisah jalan cerita mak cik ni bertindak ganas menarik telekung malah menarik rambut mereka. Dapat bayangkan keganasan makcik itu?

4.       Perempuan Snoopy ni menceritakan group makcik ni macam puaka sangat mulut then sangat berani sampai boleh mencederakan which is tarik rambut/telekung mereka hanya untuk halang mereka ber solat.

5.       Makcik tu ada umpat mereka keluarkan nasty word semasa mereka tengah solat as claimed by perempuan Snoopy tu.

6.       Perempuan Snoopy rasa tak selamat berada di Aeon atau lebih luasnya di Malaysia.

7.       Perempuan Snoopy jugak melahirkan rasa tak puas hati bila orang sekeliling Cuma PANDANG dan TAK MENOLONG lepas apa makcik tu buat kepada mereka.

Knowing Malaysian or netizen ni mereka sangat-sangat cepat melatah. Bila melatah suka sangat bagi comment. Kalau comment berhikmah tak apa, ni kalau baca astagfirullah. Macam comment otak kat lutut.

Macam aku masa baca tweet perempuan Snoopy mula-mula rasa kasihan la juga. Why la mak cik ni bertindak macam tu. siap nak hina orang kan? Halang orang solat pulak tu. woi jahat. Tapi bila baca yang mak cik ni berani Tarik rambut/telekung then orang sekeliling tak tolong langsung mereka..ermm aku dah rasa sesuatu.

1.       Kalau kau panggil makcik rasanya mak cik tu dalam lingkungan mak aku atau lebih muda. Kalau generasi mak aku atau muda sket dari tu; perangai mereka tak akan seteruk atau seberani nak mencederakan orang. Bermulut puaka yes aku percaya. Generasi baru ni je yang sangat liar dan berani.
 
2.       Malaysian tak akan diam diri kalau orang sekeliling di timpa musibah atau ada sesuatu yang luar biasa berlaku; paling teruk dia akan keluarkan handphone dan rakam.

entah mana satu yang betul
Aku nak percaya sangat pun tak boleh sebab aku pun pernah melalui proses bercakap lebih dari reality. Ini TEORI aku sahaja. Tak semestinya betul.

Aku pernah melalui zaman obsessi. Obsess dengan sesuatu. Mungkin minah ni pernah ada bad experiences dengan makcik-makcik atau terlalu benci hingga berdendam. Lantas keluarkan cerita paling sadis di abad ini. Kalau cerita tu betul aku minta maaf la.

Masa aku sekolah menengah dulu pon aku suka berimiginasi. Sebab dari kecik aku selalu berangan nak jadi princess sampai la ke tingkatan satu, aku rasa logic je yang sebenarnya aku ni anak raja yang terpisah dari keluarga. Nampak apa pengaruh movie omputih kepada aku??? so memang logic kalau budak perempuan Snoopy ni pun terperangkap dalam imiginasi dia. tiru je drama yang sedia ada. Pastu apply.

Masih ingat cerita budak perempuan kencing satu Malaysia dia kena culik, siap buat panggilan telefon lagi? Drama sangat. So sendiri mau ingat la.

Eh panjang entry ni kan? Terima kasih sebab sudi baca.  Cukupla aku ulas cerita ni. Lain kali aku cerita lagi.

Entry berkait pasal anak Che Ta pakai baju gambar anjing



No comments: