Nuffnang BH

Dec 17, 2017

Cara Kenal Pasti Susu Tiruan Enfalac A+

Assalamualaikum,

Dalam kenyataan rasmi Mead Johnson ada terangkan cara nak kenal pasti susu tiruan dengan melihat pek pembungkusan susu tersebut. Susu yang dihebohkan ni ialah susu Susu Enfalac A+ Langkah 1.

picture dari FB MeadJohnson
Pesanan dari mead Johnson adalah:

Yang Original mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan.

Dec 16, 2017

Pakej Berpantang Comfort Zone

Assalamualaikum, 

Dah masuk minggu ke 34 aku dah mula mencari pakej berpantang di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Oleh sebab dah decide anak ke tiga ni nak berpantang sendiri maka kenalah cari orang datang nak berurut. 

Bab masak dan makan masih boleh lagi handle by En Suami rasanya. In sha Allah. Jadual pantang masih belum buat. Menu dah ready sedikit sebanyak. 

Dec 15, 2017

Wawawax | Berapa lama Bulu Nak Tumbuh Semula

Assalamualaikum,

Hai semua. Khas untuk yang bertanya pasal Wawawax ni. Kalau guna Wawawax ni nanti bulu berapa lama ambil masa nak tumbuh semula?

Lepas tu bulu makin kasar ke? Sama macam guna pencukur ke kesan dia?
Ok meh akak nak jawab segala kesulitan tu.

Pasta Spiral Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum,

Jadi  mak ni memang aktiviti harian adalah memikirkan menu untuk dimasak untuk seisi keluarga. Senang cerita kalau anak dan suami bagi suggestion nak makan apa, tapi kebanyakkan nya anak dan suami pass je tanggungjawab tu kat isteri.

Macam aku bila Tanya suami dia akan bagitahu nak makan apa tapi selalunya aku tak masak atau tangguhkan menu dia request sebab tak kena dengan tekak. Suami dah hafal sangat perangai isteri dia yang satu ni.

Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!


Assalamualaikum, 

Kali ni join GA dari Blog Aku Seorang Traveller. Tuan Rumah sendiri datang ziarah dan jemput join GA. Ini salah satu tanda support sesama blogger. 

Sesiapa yang nak join click je gambar atas ni. Tarikh tutup 31 Decemebr 2017 ok. Good Luck semua. 

Dec 14, 2017

Jom Tambah Pendapatan Bulanan


Assalamualaikum, 

Khas untuk semua yang nak tambah pendapatan dan ubah kehidupan boleh contact akak guna no di atas. 

Tak janji kan bulan dan bintang tapi kalau anda rajin tak mustahil seminggu boleh dapat Seratus ringgit. Kalau sebulan? 

Resepi Sotong Goreng Telur Masin

Assalamualaikum,

Hari tu ter rajin tanpa sengaja terus buat Sotong Goreng Telur Masin. Dulu akak takut sangat nak cuba benda-benda baru. Lama kelamaan sebab teringin bila nampak orang post kat instagram gagahkan hati nak cuba.

Sedap la untuk ditelan. Anak dan suami pun suka. Bahan kebetulan semua ada terus rajin nak buat.

Bahan-bahan

Result Exam Anak

Assalamualaikum,

Alahai ketinggalan keretapi sangat ni. Orang dah lama cerita bab result anak ni, aku baru hegeh-hegeh nak share kat blog ni. Majlis Graduasi pun dah lama berlalu

Ni pun bukan nak menunjuk ya, ni nak share sebagai kenang-kenangan so boleh tatap di masa hadapan. Nanti Ikhwan dah besar pun boleh tengok ni semua. 

Dec 13, 2017

Menang "Sis Gee First Giveaway"


Assalamualaikum, 

Hari tu ada join GA dari Sis Gee Join GA. Memang niat nak tambah kenalan blogger di samping niat nak menang hadiah yang ditawarkan. Kira kill two birds with one stone bak kata omputih. So tadi masa check dekat dashboard nampak je Sis Gee dan buat entry umumkan pemenang terus tak sabar click ok. 

Alhamdulilah syukur kepada Allah aku antara yang bertuah dipilih sebagai pemenang untuk Sis Gee First Giveaway. Sebelum ni pernah join GA lain dan tersenarai dalam bloglist bertuah je. Sekarang rezeki dapat hadiah lain pulak. 

Wawawax | Girlfriend aku ada misai

Assalamualaikum,

Hai semua awak kat luar sana?
Ha ada yang sama macam masalah kat atas tak?
Jangan malu meh akak nak share pengalaman akak sendiri.

Dedulu masa Sekolah Menengah kan, masa zaman muda belia ni la salah satu masalah akak tau.
Paling memalukan bila Boifren monyet akak tegur misai akak.
Siap nak belikan krim hapuskan bulu.

Dec 12, 2017

Tips Legakan Pedih Ulu Hati


Assalamualaikum, 

Well Esok masuk minggu ke 34 mengandung. Kali ni mengandung anak ke tiga memang penat lain maciam sangat. Faktor umur dan juga nak kena handle anak lagi dua orang tu memang mencabar jiwa dan raga mak. 

Nak duduk berehat memang tak dapat la. Tapi mak gigihkan diri juga memasak, suap makan anak-anak dan kemas rumah apa yang mampu. Masih lagi datang bekerja tapi memang dah apply cuti selang-selang sebab kena habiskan cuti tahun ni. 

Aku tak tahu ibu mengandung lain, tapi di saat ini aku masih lagi sengsara dengan heart burn. Ala-ala gastric dan angin memang banyak gile dalam badan. Asyik la sedawa tapi tak selesa tetap ada. Bila dah macam ni mula la asyik nak muntah. 

Dec 11, 2017

3 Tips Penting Atasi Masalah Ruangan Comment Hilang

Assalamualaikum, 

Beberapa hari lepas aku ada share yang ruangan comment kat blog aku tidak memunculkan diri. Sejak bila hilang aku pon tak tahu. 

Aku mula sedar bila ada blogger yang blogwalking dan tegur tak ada tempat nak tinggal jejak mereka. Masa tu aku hanya fikir nak pasang Chat Box kat side bar blog. 

Tapi bila refer tutorial payah nak kojol dan aku rasa bukan jiwa aku letak chat box bagai semua ni, aku just bantutkan diri la. 

Dec 9, 2017

Berjaya Masak Takoyaki di Sushi King


Assalamualaikum. 

Last celebration birthday di usia 32 tahun adalah dengan geng makan Korean office tapi makan di Restaurant Jepun tak lain tak bukan Sushi King. 

Kali ni birthday celebrate di Sushi King Express Jaya One Petaling Jaya. Simple je pun. Kebetulan ada urusan di bank masa lunch terus lah ke sini.

Sebelum tu singgah beli Kek Favourite di Just Heavenly Café beli mesti tak menyesal. Beli Red Velvet dan Cheese Cake. Harga agak mahal tapi berpatutan dengan rasa dia yang cukup lengkap.

Ruangan Comment Hilang

Assalamualaikum,

Alahai sedihnya. Baru perasan yang dekat blog aku ni setiap entry tak boleh nak letak comment akibat aku salah setting/ tak perasan setting aku letak Google+ setting. Kalau set Google+ memang comment box yang biasa tu tak akan appear.

Dah dua orang blogger tegur pasal comment box ni. Tapi aku masih gagal nak cari tutorial yang aku boleh refer dan baiki. Im so sad.

Dah follow blogger tips pun macam kat bawah ni, tapi kenapa tak keluar jugak? salah template ke? huwaa.. sesiapa minta tolong.

dan lepas aku baca banyak-banyak tutorial kebanyakkan comment because current template yang digunakan ada ter remove/hide comment punya ruangan. Aduhai.

Ada yang bagi 7 cara dan last sekali dia nasihatkan tukar jela template sebab itu punca utama. adoi hai. nyampah la begini.

Berehat sekejap



Dec 8, 2017

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi


Assalamualaikum.

Jom join Give away by Raydah. 

Good Luck siapa yang join. 

Dec 7, 2017

Giveaway by Yanieninie


Assalamualaikum.


Join Give Away si Wanie dan dia offer 

Hadiah: Top Up, Bag dan juga tudung. 

Braxton Hicks Ketika Mengandung

Assalamualaikum.

Since minggu ke 32 lagi usia kandungan Braxton Hicks dan start menyerang. Selalu malam around 8pm sampai sejam baru hilang sakit tu. 

Mula-mula cuak la sebab takut nak bersalin tapi tak kan awal sangat kan? Bila baca kat Baby Bump Apps baru la sedar dia kata Braxton Hicks akan menyerang bila masuk 33 minggu ke atas. Bahasa pasar orang cakap amaran palsu nak bersalin.

Ok apa itu Braxton Hicks?

Dec 6, 2017

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia


Assalamualaikum.

Excited nak join Give Away dari Sis Nadia ni sebab dia offer Hadiah Duck Scarf and Duck Planner. Super excited and hopefully ada lah rezeki.


Sesambil panjangkan siraturrahim sesame blogger.

Sis Gee First Giveaway


Assalamualaikum.

Jom meriahkan first Give Away dari Sis Gee sesambil eratkan ukhwah sesame blogger. In Sha Allah boleh blogwalking peserta-peserta lain jugak nanti. 


Yang nak join masih ada masa dan just click banner atas ni ya. 

Dec 5, 2017

Wawawax | Bulu Tumbuh Lebih Halus & Lambat Selepas Waxing

Assalamualaikum,

Soalan:

Sis, kalau saya guna Wawawax nanti berapa lama pula bulu akan tumbuh ye? Nanti bulu tumbuh lagi lebat dan kasar tak?

Jawapan akak:

Ni Antara soalan top bila customer whatsapp tanya pasal berapa lama tempoh bulu akan tumbuh semula selepas waxing. 

Sebab risau bila waxing and then tumbuh macam lalang, panjang dan kasar. 

Awak jangan risau.

Untungnya awak yang ber waxing ni bulu yang tumbuh selepas waxing adalah lebih halus dan lambat tempoh nak tumbuh semula ya.  

Waxing ni jauh beza dengan shaving.

Kalau Wawawax dia akan mencabut bulu sehingga akar umbi, manakala shaving hanya akan memotong bulu di permukaan kulit sahaja. 

Sebab tu kadar pertumbuhan bulu selepas waxing mengambil masa dan bergantung juga dengan hormone seseorang.

Tengok je Gambar akak share kat bawah tu, itu berdasarkan kajian yang telah pihak kami jalankan. 

Nak cuba Wawawax? Malu nak tanya soalan kat sini, 

boleh email: rodiah.amir@gmail.com atau whatsapp je 017 9270848.


*Bonus – dah almost setahun akak waxing ketiak. Bulu ketiak malu nak tumbuh dah tau. 


Jadi Isteri Kedua


Assalamualaikum,

Terbaca tentang kisah perkahwinan kali kedua , Izreen Azminda yang telah didedahkan oleh bukan diri sendiri atau sang suami tapi diberitahu kepada umum oleh isteri pertama. Dapat bayangkan tak kenapa si isteri berbuat demikian. 

Walaupun hujung-hujung statement isteri tu katanya redha dan mengaku mungkin dia banyak kelemahan sehingga suami ambil keputusan berkahwin lain. Tapi perasaan sedih, kecewa, dan mungkin malu tu memang semua orang boleh rasa.

Back To School 2018 | SALE BRAND CANGGIH


Assalamualaikum,

Dah masuk bulan December bulan terakhir untuk tahun 2017, golongan ibu bapa yang ada anak bersekolah mesti dah start shopping barang keperluan untuk sekolah tahun depan kan? Sebenarnya aku dah start awal lagi, sekarang adalah masa untuk semak semula dan tambah apa yang belum cukup je.

Macam hari tu memang sengaja tunggu promosi untuk beg sekolah. Harga beg sekolah sekarang semuanya urut dada. Terkejut mak tengok harga. Kalau dulu RM40 dah macam paling mahal kot sekarang RM40/50 adalah harga paling rendah.

Memang ada yang boleh dapat dengan RM30 tapi kualiti dia agak sadis. Untuk anak-anak yang cukup matang sesuai la sebab pandai jaga. Untuk anak yang baru nak masuk darjah satu mahu seminggu je lepas tu koyak agaknya.

Dec 4, 2017

Selamat Pengantin Baru Fattzura


Assalamualaikum,

Alahai walau lambat dan orang kata dan jadi pengantin lama pun tapi akak still nak upload kisah perkahwinan pasangan sweet yang akak rasa macam kisah fairy tale sangat. dua-dua cantik dan sepadan. 

Adududu setiap kali Nampak gambar pasangan ni Ya Allah rasa sangat gembira. Perasaan yang tak dibuat-buat. ok anda boleh kata akak over. Tapi pedulik la. hahahhahah

Dec 3, 2017

English Breakfast | Dating with Love


Assalamualaikum,

Macam biasa bila kepenatan menguasai diri kena naikkan semula semangat dengan makan makanan sedap dalam keadaan tenang. 

walau tak tenang sangat dengan Raudah yang suka bereksperimen tapi bersyukur masih boleh isi perut dengan jayanya.

Saat bernilai bila tengok muka kesayangan gembira dan ikhlasnya perasaan tu. Kali ni ambil sandwhich dan set Danish for 2. Order Teh Tarik & Hot Chocolate. Berbaloi.







Dec 2, 2017

Persiapan Umrah & Sambutan Birthday Mak

Assalamualaikum,

Tanggal 26 December lepas, Hari Ahad lepas, kami seisi keluarga telah selamat mengadakan majlis bacan Yasin sempena mendoakan pemergian mak dan kakak sulong ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah pada 8 December 2017 ini. In Sha Allah.

Mak jemput ahli blok perempuan dan lebih kurang 30 orang juga yang hadir. Alhamdulillah. Menu hari tu adalah Pulut Kuning, Nasi Impit Kuah lodeh, Kari Ayam, rendang ayam, buah tembikai, kuih Talam dan kuih tepung pelita. Pulut adalah makanan panas dan paling awal sold out. Air pula adalah Teh dan Kopi O, selain air oren dan air masak.

Dec 1, 2017

Baju T Mr Pilot dari AirAsia & Jom Sokong MAKNA



Assalamualaikum, 

Nak tahu tak yang “Statistik kematian akibat kanser di peringkat global amat membimbangkan tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah satu daripada empat rakyat Malaysia berisiko untuk menghidap kanser.

Seram kan dengar. Kalau dulu jarang sangat dengar tentang Kanser ni, tapi sekarang penyakit kanser tu dah jadi sakit yang biasa orang kena. Sedih kalau baca pengalaman waris-waris yang masih hidup berjuang selepas pemergian orang yang tersayang menghidap kanser. Apatah lagi yang memang kanser fighter macam seorang blogger yang aku kenal ni Dayang Deno. 

Salam Maulidur Rasul 1439/2017H


credit Google Image

Bismillahirrahmanirrahim, 

Hari ni double istimewa sebab Hari Jumaat penuh Barokah dan juga Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada tahun 570 Masihi di Kota Makkah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal iaitu bulan ketiga dalam taqwim Islam.

Tahu tak yang tema Maulidur Rasul pada tahun ini, adalah “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”. So jom realisasikan tema itu untuk kesejahteraan kita bersama.


Jom banyakkan selawat kepada Baginda terutama pada hari yang bermakna ni. Nanti senang Baginda nak cam kita di akhirat kelak In Sha Allah. 

Nov 30, 2017

Persediaan Berpantang | Resepi Menu Berpantang

Assalamualaikum, 

Nak share dekat blog takut hilang masa browsing tak lama dulu jumpa satu article dari  Majalah pama.karangkraf resepi menu berpantang yang aku rasa senang nak suruh suami masakkan. 

Harap bermanfaat. 

Sambal Bilis Kunyit

Bahan-bahannya:
100 gm ikan bilis
3 sm kunyit tua dikisar halus
3 sm lempoyang dikisar halus
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu minyak untuk menumis


 Cara menyediakannya:

 1. Goreng ikan bilis tanpa minyak.
2. Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.
3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.

Nov 29, 2017

Naik Pentas lagi | Majlis Graduasi Taski Abim Huffaz 2017

Assalamualaikum

Alhamdulillah tamat sudah Majlis Graduasi anak sulong yang bertempat di Auditorium Aras 5, Menara MPAJ, Pandan Indah Ampang Selangor pada hari Ahad, 12 November 2017. 

Tuan punya badan gembira tak terkata sebab kali ni dapat naik pentas untuk terima hadiah kecemerlangan sebba dapat no 2 dalam kelas Tahun 6. Tahun lepas dapat no 3. Dah banyak kali ingatkan dia masa exam, kalau nak naik pentas dapat hadiah kena study smart dan jangan main-main. 


Nov 24, 2017

Tahniah Fazura dan Fattah Amin Selamat Bertunang


Assalamualaikum,

Yeay so sweet pagi ni tengok semula press conference Fattah Amin & Fazura. 

Suka pasangan ni sangat humble. Fazura tu cantik, bersopan padan la dengan Fattah. 

So far tengok video-video diaorang tak ada lah perasan diaorang ni over or Fazura tu nak gedik-gedik.


Nampak ikhlas sangat dan harapnya berkekalan la. 

Seronoknya terasa bila ada kaitan bila Fattah announced yang couple ni bertunang on my birthday date. 13 November lepas. 

Idea Jamuan Akhir Tahun Sekolah Anak


Assalamualaikum,

Semenjak anak dah memasuki alam persekolah wapaupun hanya taski/tadika maka kami sebagai parent dah merasai la segala jenis panik menyediakan barang yang diminta cikgu untuk aktiviti sekolah (kire mintak malam ni, esok kena bawak ke sekolah) urut dada mama macam ni. Jamuan kelas akhir tahun, jamuan birthday, hari sukan, hari kecemerlangan dan banyak lagi.

Semua aktiviti yang aku sebut atas tu perlukan idea dan masa yang mencukupi ye. Kalau tahun lepas first time nak hadap semua tu memang kami sediakan yang termampu la. Macam jamuan agak last minit tahu sudahnya buatkan sandwhich kalau tak silap.

Jadi tahun ni memang bersiap sedia supaya anak bangga dengan mama sendiri. Anak akan excited dan tersenyum bangga ya walau bawa apa sekalipun. Jadi mak bapak kena tunjukkan effort nak prepare sambil bersedekah.

Nov 23, 2017

Cara Tambah Duit Poket

Assalamualaikum,

Sebelum saya teruskan menulis harapnya yang baca jangan salah sangka ini bukanlah MLM atau skim cepat kaya ya. Bukan juga gores dan menang yang selalu orang kena tu. Ini saya nak ajak yang mana nak menambah pendapat dengan cara meniaga. Sah di sisi Islam dan undang-undang. Ada barang dan akad belinya.

Cara nak tambah duit poket yang saya nak highlightkan adalah dengan berniaga. Kan Islam dah cakap 9 dari 10 punca rezeki adalah dengan berniaga. Zaman sekarang memang semua orang dah mula sedar kan kepentingan nak tambah duit poket. Kalau harapkan duit gaji bulanan agak sakit kalau nak bertahan.

5 surah Amalan ketika mengandung

Assalamualaikum,

Nak share Surah bacaan yang elok di amalkan oleh ibu mengandung. Bukan bermaksud baca surah ini sahaja ya, baca satu AlQuran lagi bagus.

Kalau amalkan surah dibawah ni adalah khusus untuk kandungan dan memberi manfaat pada ibu dan anak yang dikandung. Ibarat kalau sakit kepala demam kena makan Panadol bukan makan ubat cirit birit.

Nov 22, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017


Assalamualaikum,

Siapa yang dah terjebak dengan Online Revolution sales oleh Lazada? Meh high five sekali. Sebab aku pun memang terjebak. Masa tak ada sale pun hanyut dengan godaan inikan pulak tengah Sale yang sedang berlangsung dari 11 November sehingga 14 December 2017. Tengok jela harga barang-brang dia memang geram je nak beli. 

Tak ketinggalan, Lazada juga telah menganjurkan Online Revolution Blogger Contest khas untuk blogger untuk berkongsi pengalaman shopping di Lazada. Jom ramai-ramai join sebab Lazada kata semakin ramai yang join hadiah mungkin akan ditambah lagi.

Untuk blogger yang join kena jawab beberapa solan dari Lazada dan boleh baca detail dekat sini Lazada Blogger Contest

Family Mart Cawangan WangsaMaju

Assalamualaikum,

Siapa suka makan dan terutamanya makanan Jepun/Korea mesti suka entry ni. Sebab aku sebagai penggemar makanan sangat teruja bila nak share pasal ni. Korang pernah dengar tak pasal Family Mart (FM). 

Ok meh nak explain sikit apa itu Family Mart ni. 


Family Mart adalah rangkaian francais kedai serbaneka Jepun. FamilyMart adalah rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun, di belakang 7-Eleven. Di Korea Selatan, kedai-kedai kini dipanggil CU (di bawah pemilikan BGF Retail, yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan) dan pernah menjadi kedai rantai terbesar di Korea Selatan. FamilyMart adalah anak syarikat FamilyMart UNY Holdings, Ltd. yang juga memiliki rangkaian Supermarket Uny.

Tepuk tangan gemuruh sebab cawangan kat Malaysia dah banyak dibuka dan ada yang beroperasi 24 jam. 

Viral | Resepi Kek Oreo 3 bahan

Assalamualaikum,


resepi asal aku ambil kat FB sila ikut sukatan yang ini. 
Ini sesi luahan buat kek viral yang konon 3 bahan tu kek boleh jadi sedap, gebu, lembut dan disukai anak-anak. Apasal aku buat kek tu macam tak masak. Eh menyampah sangat ok.

So nasihat untuk yang tak berapa terer buat kek macam aku tak usahlah nak bermimpi sangat kek tu jadi sehebat kek yang perlukan lebih dari 3 bahan yek.

Kan viral kek Oreo yang guna susu kotak kan? Ha gedik nak buat tapi instead of using the same milk aku guna fresh milk. Aku syak sebab tu kot. Habis jahanam kek aku. Huwaaa. Dan aku tak minat Oreo so tukar biskut lain pun jadi jahanam jugak. Wakakakakka.

Dah derhaka dengan resepi ada hati nak marah-marah. Ewww sangat ni. Untuk sesiapa yang nak cuba, sila tekadkan diri kalau kek tu tak jadi. Lepas tu pakai bekas kecil je nak kukus. Kalau pakai bekas besar then adunan sedikit nanti kek jadi super leper. Lol.

Nov 21, 2017

Pakej Bersalin Rampai Puteri Medical Centre




Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah beberapa kali gagal nak buat appoiment di Rampai Puteri Medical Centre akhirnya Berjaya jugak buat Isnin lepas elok je masa birthday aku, dan hari yang sama minum Air Gula. kira birthday kali ni celebration tema dia ialah check up ibu mengandung. 

Jumpa doctor Zana Zalinda dan scan baby, lepas tu uruskan hal pakej bersalin yang dijangka due 27 January 2018. Hoi tak lama dah. Ada beberapa pakej yang available dekat sini. Aku pernah up pasal pakej mereka. Boleh refer SINI.

Nov 20, 2017

PENCARIAN BLOGLIST BARU BY THISNI3ZA



Assalamualaikum,

Jom support sesame blogger memeriahkan pencarian bloglist baru Nieza ni.


Nak Join boleh click banner atas ni ya. 

Minum Air Gula Semasa Mengandung | Pengalaman MGTT kali kedua


jernih dan manis nak potong jari

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kandungan kini dah jejak 30 minggu. in sha Allah kalau di izinkan masih berbaki 9/10 minggu sebelum baby melihat dunia. Masih banyak belum prepare. In Sha Allah lepas ni kena bergerak pantas.

Nak cerita pengalaman minum air gula (MGTT) kali kedua di usia kandungan 28 minggu / 7 bulan. Kenapa kena minum air gula dua kali? Ini antara perkara yang aku risik-risik dengan nurse dan juga melalui pembacaan.

Nov 19, 2017

3 Petua merawat selesema dan batuk bayi

Assalamualaikum,

Sabtu lepas memang aku satu hari down with diarrhea. Seksa jiwa raga.
Start aku sakit ulang alik ke tandas adalah malam Jumaat sampai la ke pagi Sabtu.

Then sepatutnya aku kena attend dua jemputan Walimatulurus yang akhirnya tak dapat pergi atas alasan kesihatan tak mengizinkan. maaf tuan rumah. Hari Sabtu juga paksa diri keluar cari Jubah untuk persembahan Ikhwan.

Hari Ahad Alhamdulillah kesihatan beransur pulih dan Hari Ahad juga berlangsungnya Majlis Convocation anak sulong tersayang di Audititorium MPAJ. Nanti aku akan cerita dan share gambar lebih lanjut di entry lain.

AirAsia & Kidzania | International Children's Day

Handsome betul Ejen Ali & RightZKeeper
Assalamualaikum,

Baru-baru ni kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri satu event yang di anjurkan oleh AirAsia iaitu sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Antarabangsa bertempat di Kidzania Kuala Lumpur. AirAsia telah berkolabrasi dengan Ejen Ali menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia 

Nak tahu lebih lanjut boleh buat carian melalui # di instagram. 

Kali ini, Ejen Ali telah dipilih untuk menjadi inspirasi dan galakan untuk kanak-kanak menjadi pemimpin dunia di masa akan datang. Sesuai dengan watak dia yang positive tu. 

Memang teruja la Ikhwan bila Ejen Ali dijemput naik ke pentas. Dan kini juga, hidangan khas kanak-kanak, Kombo Bintang Riang edisi Ejen Ali, dah ada untuk semua destinasi AirAsia dan AirAsia X. Sambil makan boleh tonton siri animasi Ejen Ali dalam flight.

Nov 18, 2017

Celebrate birthday yang ke 32 | Happy Birthday Rodiah Amir

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih diberi pinjaman oleh Allah menyambut ulang tahun yang ke 32 pada 13 November lepas. 

Tiada sambutan sebab sibuk dengan aktiviti mak anak dua yang sedang sarat mengandung. J

Nak makan sedap pun masih tertangguh. Tunggulah masa yang sesuai baru fikir nak celebrate kat mana. Kalau tak ada pun tak kisah sangat. Dah tua tak beria pun.

Dalam sibuk tu sempat jugak la layankan tekak dengan makanan sedap yang orang lain teringin tapi guna ticket birthday girl. Hahahhaha.


Semoga segala doa yang baik-baik termakbul. Aamiin. 

Terima kasih En Suami layankan tekak anak bini nak makan sedap. Ini sempat makan lepas selesai urusan satu hari suntuk :(


Makhluk paling excited nak makan durian, dari kecik memang hantu durian. Masa tunggu doctor bagitahu; mama, abang lapar lagi la, walhal nak makan durian. Lakonan sangat. 


Ni Durian Udang Merah compare to Musang King aku lebih suka yang ni


sedapnya. 


BFFs belanja makan Chili's 
ni Hot Cappucino, sebab boleh refill so suka. 



Makanan wajib order kalau datang sini


Set ni pun sama kena order kalau datang. Kenyang perut makan bertiga


Kali ni cuba Monterey Chicken. Atas dia ada beef bacon and cheese and grill chicken. Kena dengan tekak. Cuma sayur je over cooked.