Nuffnang BH

Dec 27, 2016

random talk

Assalamualaikum

Saya tak tahu bagaimana anda semua meneruskan kehidupan di penghujung tahun 

tapi saya sedang melalui musim Malas yang mengagumkan.

Yang sangat dasyat. Saya betul-betul maksudkannya.

Berderet dan bertubi-tubi idea datang 

menjengah ke otak tapi tiada satu pun saya ambil peduli.

Saya fikir dan saya biarkan.

Berlalu ditiup angin. 

Dan pergi tak kembali.

Tinggal beberapa hari sebelum tahun 2016 melambai pergi.

Sana sini orang asyik bercerita pasal azam.

Azam tahun lepas-lepas yang tertunggak.

Banyak versi. 

Kalau saya? Kan saya kata saya malas tadi.

Nanti-nantila saya cerita.



“hidup ibarat aiskrim, nikmatilah ia sebelum ianya cair”.


Yang Benar, 
Kak Diah malas