Nuffnang BH

Dec 20, 2016

Hari Kedua bersuara jantan

Assalamualaikum. 

Terasa nak menaip sebab #bahangstressbebanankerja 
Hari ni hari kedua bersuara jantan (baca rock).
Azab sungguh bila batuk, selesema, dan hilang suara.
Alhamdulillah tekak tak luka Cuma dia membengkak sahaja.

Menggagahkan diri datang kerja selepas mc semalam.
Itu pun bukan rehat sangat.
Dah nama mak anak dua, mana nak berehat nya.
Wondering how my mom boleh buat ni semua dengan anak 10.

Sebut hal kerja rasa macam dilemma sangat.
Adakah dikira riak atau takbur sebab malas nak tunjuk ajar?
Kedekut nak share ilmu? Sungguh menyampah.

Tak. Aku bukan kedekut.
Cuma rasa #sesuatu bila orang tanya padahal
boleh google usaha dulu rasanya.
Pemalas sangat.
Aku pun bukan terus tahu. Aku usaha jugak.

Kebanyakkan orang tahu nak cepat je
Bila dapat mudah dan cepat
Nanti tak akan menghargai apa yang diperoleh
Lain benar kalau bersusah sebelum dapat.

Ah ke aku salah ni?
Kedekut Allah tak suka.

Dengan suara yang seram sejuk nak keluar ni
Nak tengok dan senyum kat orang pon rasa malas.
Semua malas.