Nuffnang BH

Dec 30, 2016

harga krim hilangkan bulu Olulu

Assalamulaikum

Biarkan entry ni jadi entry antara entry-entry terakhir untuk tahun 2016.

Tadi check keyword kat dashboard. Keluar dua benda untuk hari ni

“harga krim hilangkan bulu Olulu”  &
“Gombak medical centre tutup”

Dua benda besar dalam hidup aku. yang bagi kesan dan perubahan.
Baik buruk mahupun baik.

Yang buruk jadikan sempadan
Yang baik aku amik jadikan tauladan ke teladan. Boleh la labu. J

Beberapa minggu sudah hati dah terdetik bila ada yang pm/email/whatsapp
Pasal cream buang bulu.

Aku pernah buat review dulu, masa tu aku belum terlibat dengan perniagaan
“Jual wax organic kasik hilang bulu”

Masa tu aku masih kosong, yang juga seorang pengguna nak cari solution nak hapuskan bulu
Tapi tak mau sakit.

Nak mudah la pendek kata. Pastu bila beli menyesal.
Aku tak kutuk product dan aku tak kata product tu tak bagus

Cuma…

Product tak meet expectation aku.
Lepas beberapa hari bulu kembali tumbuh dengan gembira. 

Dan masa tu la
Cinta pertama aku jatuh kepada Norahwax. Yang sekarang aku jual dan pakai.

Dan untuk siapa sahaja yang whatsapp dan mesej aku pasal cream tu:
Macam biasa aku bagi jawapan bagi siapa yang tanya:

Aku bagitaw berapa Harga aku beli dan kesan kat aku.
aku tak berniat nak jatuhkan business orang ye.

Dan aku jugak sebarkan benda baik.
Dengan niat bila aku jual aku dapat tolong pembeli
Dan product tu bermanfaat untuk pengguna.

In sha Allah.

Untuk sesiapa yang ada masalah dan baru berjinak nak tahu

Boleh lah follow instagram business : norahwaxwangsamaju_rodiah / whatsapp 017-9270848

Kalau aku lambat reply bukan aku tak sudi

Aku ada sibuk la tu J tapi in sha Allah reply walau lambat. 

Dec 27, 2016

Kata-kata hikmah untuk yang cari semangat

Sebab lemau di hujung tahun maka inilah ubatnya. 

Moga bermanfaat untuk menjadi inspirasi meneruskan kehidupan.

Dipersilakan share kalau bermanfaat.

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Mutiara Kata, Hikmah, Kata-Kata Semangat

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.


12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Mutiara Kata, Hikmah, Kata-Kata Semangat

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.


23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.



29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.


36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :

Kepada kawan – Kesetiaan

Kepada musuh – Kemaafan

Kepada ketua – Khidmat

Kepada yang muda – Contoh terbaik

Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan

Kepada manusia – Kebebasan


42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

Mutiara Kata, Hikmah, Kata-Kata Semangat

45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”

49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”


54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”

56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”

57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”

59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn

64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.

65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi yang Maha Pengasih.

66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.


67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita ‘wahai sayang’?

68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna 🙂

69. ” Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! “

70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka ‘lebih lurus’ berbanding jalan ke syurga.

71. “… Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun Kau ilhamkan taubat kepada kami”

72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..

73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi

74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi’e

75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan kami,yang tidak kami terdaya.

76.”Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.”


77. Manusia itu belajar dari kesilapan.

Mutiara Kata, Hikmah, Kata-Kata Semangat

78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]

79. Allah itu dekat.

80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.

81. Belajar kerana Allah… inshaAllah akhlak akan berubah…

82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang lain.

83. Maksiat lawannya taat.

84. “Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci.”

85. “Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat”

86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka menerima hambanya…


87. “Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah..” (Surah Yusuf: 86)

88. mulakan hari mu dengan memuji Allah….

89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..

90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa hidayah dan taufik dari Allah swt~ 🙂

91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.

92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

93. “Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta dengan hakikat itulah sempurna”


94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.

95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.

96. “cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan” (mafhum)

97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi kita?

98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya diri dulu. ‘Diri’ kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?

99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do’a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.

100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya – Prof muhaya.


101. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu..jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Kuasa.

sumber : fuh.com

random talk

Assalamualaikum

Saya tak tahu bagaimana anda semua meneruskan kehidupan di penghujung tahun 

tapi saya sedang melalui musim Malas yang mengagumkan.

Yang sangat dasyat. Saya betul-betul maksudkannya.

Berderet dan bertubi-tubi idea datang 

menjengah ke otak tapi tiada satu pun saya ambil peduli.

Saya fikir dan saya biarkan.

Berlalu ditiup angin. 

Dan pergi tak kembali.

Tinggal beberapa hari sebelum tahun 2016 melambai pergi.

Sana sini orang asyik bercerita pasal azam.

Azam tahun lepas-lepas yang tertunggak.

Banyak versi. 

Kalau saya? Kan saya kata saya malas tadi.

Nanti-nantila saya cerita.



“hidup ibarat aiskrim, nikmatilah ia sebelum ianya cair”.


Yang Benar, 
Kak Diah malas


Resepi Donut Cheese Chocolate senang

Assalamualaikum

Hari tu dah janji dengan anak nak buat donut so alang-alang tu nak share resepi donut yang tiba-tiba viral kat fb.

Bukan sekadar donut biasa, sebab ni donut ber cheese dan sebab rajin tambah pulak coklat dalam dia.
Coklat masakan tak sempat beli so hentam jela coklat yang ada. Sedap jugak. Yang pasti donut ni even sejuk pon masih lembut.

Bahan-bahan:
Yis
Air suam
Marjerin
Gula
Tepung gandum
Mozarella cheese
Susu pekat
Coklat
gula icing

*tips: kalau guna mozarella cheese makan masa panas kalau sejuk cheese jadi kurang ummpp. 
         Guna Yis baru dan tak terdedah kepada angin. 
         Aku buat donut memang tak tabur gula. tak suka. 

1. Bancuh satu sudu gula dgn stengah gelas air suam. Then kacau dgn stengah paket yis. Restkan 20minit bagi kembang.


2. Lepas 2ominit Yis tadi dah kembang baru bancuh Setengah gelas air suam kacau dengan 2 sudu susu pekat manis. tak ada gambar.
3. 500gram tepung gandum gaul dgn 2 sudu besar marjerin. Masukkan yis kembang tadi dan air susu suam td.


4. Uli Doh bagi tak melekat. Restkan dlm 30minit tutup elak doh bg kena udara.

5. Dah siap boleh tekap ikut acuan dan biar doh lg 30minit biar naik sket lg. Penting untuk restkan lagi doh lepas buat bentuk ok. ikut pengalaman aku yang tak restkan doh memang keras donut aku.
6. Boleh letak filling selain cheese and chocolate tapi aku tak pernah cuba.
7. goreng minyak panas api perlahan. dah rupe telur dinosour pon ye gak hahahhaha

cheese & choc

#kakdiahmasak

Dec 23, 2016

suatu yang pernah


Merasa..mengalami. 
Wahai Allah bantu aku. 
Rindu kamu Ya Rasulullah. 



Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah

Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu

Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang

Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah

Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah

Suatu yang– pernah

Dec 21, 2016

Kenapa waxing dan bukan shaving - Norahwax

Assalamualaikum

Hai semua. Hari tu dah janji kan nak cerita lagi pasal Norahwax.
Ok bagi sesiapa yang tak pernah tahu atau tak pernah dengar pon pasal Norah ni meh sini akak nak cerita.

Norahwax ni merupakan produk buang bulu yang menggunakan bahan semulajadi dan selamat. 
Apa yang ada dalam wax ni ialah campuran madu, lemon dan minyak tea tree. 
Akak suka bau dia. sedap. Semut pon suka okeh.

Basically wax adalah salah satu cara untuk membuang bulu. 
Kebanyakkan kita ni masih menggunakan cara lama iaitu dengan mencukur atau guna cream yang dijual dipasaran. 

Kalau yang dah biasa pakai cream atau pisau cukur dah tahu sangat apa kesan jadi selepas bercukur kan?
Macam akak selama ni mana pernah tahu pasal wax. 
Akak penakut dik. Hahahhaha. 
Lepas tahu pasal waxing terus jatuh cinta tak pandang pencukur dah.

Ok meh nak bagitahu: kalau awak bercukur, dalam masa beberapa hari je bulu dah tumbuh semula kan? 

Pastu gatal-gatal, bulu jadi kasar dan paling teruk bahagian dicukur jadi gelap, kusam dan tak bermaya. Ok itu over. Hhahahha. 

Gambar kat bawah ni adalah perbandingan cara bulu dicabut. Kalau hair cut with razor & guna cream akar bulu tu masih ada. berlainan kalau waxing memang dia cabut sampai ke akar umbi. 
Dan paling tak best pencukur sekarang mahal harganya.

Tapi kalau awak waxing guna Norahwax ni semua masalah awak setel. Chewah.

Sebab dengan Norahwax dia akan mencabut bulu sehingga ke akar umbi. 
Ini akan memanjangkan tempoh bulu nak tumbuh semula. 
Kalau ikut pengalaman sendiri; sebulan setengah baru bulu tumbuh semula. 
Dah lah lambat dan bulu yang tumbuh jadi lebih halus. 
Itu awak jangan risau ok.

Rasanya banyak dah akak bebel. 
Nak tahu lebih lanjut nak tahu testimony customer akak meh la contact akak: 
kita borak ok.


Jangan lupa follow ig: norahwaxwangsamaju_rodiah

Year End Sale - 10% Off Nayla Instant Shawl




DIDATANGKAN DENGAN 11 PILIHAN WARNA

KENAPA WAJIB MEMILIKI NAYLA 2.0 SERIES INSTANT SHAWL?
================================

** KELABUHANNYA MENEPATI SYARIAH
(2.0m x 80cm) & (2.2m x 80cm - UPON REQUEST)
** 11 PILIHAN WARNA YANG MENARIK (BOLD BUT CANDY)
** MATERIAL YANG SANGAT BEST DAN TIDAK JARANG (Panoora Chiffon + Soft Cotton)
* JAHITAN BABY SEAM + TEPI yang DIJAMIN KEMAS dan selesa bila dipakai.
** SOLAT READY
** LABUH, BERALUN & TIDAK JARANG
** INNER ATTACHED (Inner dilekatkan sekali) so tak perlu pakai inner dah.
** KELABUHANNYA BOLEH ADJUST  

MACAM MANA NAK DAPATKAN NAYLA SERIES 2.0 ni 😱😱😱😱
📲 whatsapp +6017-9270848

Cara-cara tempahan Nayla 2.0 Tudung Labuh Instant Shawl:

1. Pilih kaler yang anda berkenan
2. Whatsapp kan gambar kepada talian 017-9270848
3. Saya akan maklumkan stok. Jika ada dan berlaku proses jual beli, saya akan maklumkan no bank untuk anda bank in atau buat bayaran
4. Barang terus diposkan ke alamat anda

Harga Nayla 2.0 sangat berpatutan dengan kualiti dan saiz yang labuh :)

*tidak termasuk postage
Harga size L (2.0m x 80cm): RM 59.00
Harga size XL (2.2m x 80cm): RM 69.00


Temuduga Terbuka Bersama Association Of Malaysia Haulier (AMH)

ini iklan lama boleh pergi website rasmi AMH
website : http://amh.org.my/ - AMH

Salam Sejahtera,

Pusat JobsMalaysia Selangor akan mengadakan Temuduga Terbuka dengan kerjasama Association Of Malaysia Haulier (AMH) seperti di butiran berikut:

Tarikh :  22 Disember 2016 (Khamis)
Masa :  11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat :  Crown Room, Crystal Crown Port Klang.

Jawatan  :  Pemandu Profesional
Majikan : 15 Majikan
Kekosongan : 300 kekosongan (Terbuka untuk semua golongan)
Gaji  : RM3,000 – RM5,000

Syarat Permohonan    :    

1) Mempunyai Lesen E dan GDL.

2) Kepada yang TIDAK mempunyai Lesen E dan GDL, AMH menyediakan Program myLESEN GDL dan setiap peserta yang menyertai program ini DIWAJIBKAN bekerja di bawah majikan-majikan yang mendaftar di bawah AMH.

3) Yuran akan dikenakan kepada yang berminat untuk menyertai Program myLESEN GDL :
- Tiada Lesen E dan GDL : RM1,650
- Ada Lesen E : RM750

Sehubungan dengan itu, saudara/saudari dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Sila berpakaian kemas dan membawa foto, salinan sijil/dokumen yang secukupnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi Association Of Malaysia Haulier (AMH) di talian 03-3176 3676.


Terima kasih



 JobsMalaysia Administrator

Handphone tertinggal kat rumah

:(
;(
:(
:(

Assalamualaikum.

Dukacita dimaklumkan Handphone tertinggal kat rumah.

Bertahun dah tak buat perangai, first time selepas bersalin anak kedua.

hari ni adalah harinya.

Macam nak mereput sorang-sorang.

Macamana la keadaan hari ni ye???

Dec 20, 2016

Hari Kedua bersuara jantan

Assalamualaikum. 

Terasa nak menaip sebab #bahangstressbebanankerja 
Hari ni hari kedua bersuara jantan (baca rock).
Azab sungguh bila batuk, selesema, dan hilang suara.
Alhamdulillah tekak tak luka Cuma dia membengkak sahaja.

Menggagahkan diri datang kerja selepas mc semalam.
Itu pun bukan rehat sangat.
Dah nama mak anak dua, mana nak berehat nya.
Wondering how my mom boleh buat ni semua dengan anak 10.

Sebut hal kerja rasa macam dilemma sangat.
Adakah dikira riak atau takbur sebab malas nak tunjuk ajar?
Kedekut nak share ilmu? Sungguh menyampah.

Tak. Aku bukan kedekut.
Cuma rasa #sesuatu bila orang tanya padahal
boleh google usaha dulu rasanya.
Pemalas sangat.
Aku pun bukan terus tahu. Aku usaha jugak.

Kebanyakkan orang tahu nak cepat je
Bila dapat mudah dan cepat
Nanti tak akan menghargai apa yang diperoleh
Lain benar kalau bersusah sebelum dapat.

Ah ke aku salah ni?
Kedekut Allah tak suka.

Dengan suara yang seram sejuk nak keluar ni
Nak tengok dan senyum kat orang pon rasa malas.
Semua malas.



Dec 16, 2016

Saya Sedih & Kesian Dengan Kawan Perempuan Yang Pakai Bulu Mata Palsu


Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Saya bukan acah-acah ustazah tapi dengan niat sebarkan ilmu dan saya SAYANG kawan-kawan saya.
Saya juga tak terkecuali terpengaruh nak pakai. Nak nampak cantik.

“Saya sedih & kasihan dengan kawan2 perempuan yang memakai bulu mata palsu. Semua sudah maklum hukum memakai bulu mata palsu adalah haram! Sekarang pula kita jadi sudah terbiasa melihat video2 live make up yg pasti ada diajarkan cara memakainya. Yang ramai terlibat adalah MUA & wanita berhijab. 

Masa zaman study dulu, saya pernah beli sepasang & saya cuba. Memang cantik dan berubah terus muka kita. Mata jadi besar & menggoda. Masa tunang & kahwin saya berperang jiwa raga nak nampak cantik dan bermata galak. Tapi suami mmg tegas tak bagi! Sedih juga masa tu! Tapi syukur skrg Allah beri faham. Faham yg kita ni ada pilihan. Pilihan utk menahan nafsu di dunia ini kerana Allah yang pasti tinggi ganjarannya ATAU acah acah tak tahu hukum & bebas kelihatan cantik tetapi dimurkai Allah.

Ada juga yang berbisnes menjual bulu mata palsu. Diharapkan berhenti saja menjual kerana bersangkut paut dgn status keberkatan rezeki. Jangan sesekali pandang remeh tentang apa2 yg berkaitan dengan darah daging kita!

Saya tak kisah lah kalau ada yang nak remove saya disebabkan post ini. Saya nekad, kerana sifat ihsan dan sayang pada kawan2 semua. Saya dulu pun mcm u all juga. Suka make up suka cantik. Allah maha pengampun lagi maha menerima taubat! Kita dah tau, kita jangan buat dah. Jangan jadikan dosa itu satu kebiasaan.

Kita sama2 didik hati ini supaya LEBIH takutkan Allah. Dunia ini penjara buat mukmin dan bukannya tempat tinggal kita. Kita semua anak2 akhirat yang akan menuju ke sana..
Kredit: Farihah Zulkifle

Sumber: OhMedia



Langkah bijak IKEA promote perabot selesaikan masalah hubungan

Assalamualaikum.


Nampak article ni masuk inbox semalam. 

Senyum sorang-sorang bila baca nama perabot yang IKEA tukar berdasarkan hasil carian umum Google tentang relationship problem dekat Sweden. 

Sweet sangat.

Concern dengan masalah itu, sebagai solution untuk mereka-mereka yang terlibat boleh release stress sebab IKEA telah mengadakan satu campaign  yang dipanggil Retail Theraphy.

Bila baca sambil keluar perkataan la bia betul. Wujud rupanya. hahahhaha

Apa IKEA buat aku rasa memang win kalau nak tambat hati customer mereka

Nampak la strategy mereka yang bukan nak jual sekadar apa yang mereka mampu tapi mereka menjual selepas study pasal target group customer mereka.

Hebat.

ini mesti bini yang selalu frust laki dengkur macam apa tah hahahha

ini kalau mak tengah marah tak dia tikam atau dia gunting wayar computer tu

logik

:)
ini aku pon tergoda nak beli


:)

kalau berselerak lagi tak tahu la

hahahhaha

ini perli la ni kalau Malaysia Ate too much Nasi

Dec 7, 2016

Resepi Puteri Ayu Cheese

Assalamualaikum.

Dari hari tu asyik terpandang orang buat kuih Puteri Ayu kat FB.
Geram aje tengok.

Kalau kebiasaannya orang buat letak kelapa 
tapi kali ni aku nak try resepi yang letak cheese pulak.
Dah jadi hobi nak cuba memasak pulak.

Selain dari hilangkan stress kita tambah lemak.
Macam patah tumbuh hilang berganti. Hahahhaha.
Kita hilangkan stress tapi kita gantikan lemak. Kih3.

Seperti biasa kita harus refer pada yang pakar.
Apa lagi terus la tengok blog kak azlitamasammanis

Bab gambar dan explanation Kak Ita memang mudah meresap kat otak aku.
Kak Ita kata dia ada ambil dari resepi FB. 
Terima kasih atas perkongsian dan harap semua ilmu dihalalkan ye.
Murah rezeki anda semua. 

Cuti kali ni plan nak buat. in sha Allah.

Apa pun siapa yang tengah cari resepi ni harap berguna dan cuba.




































Sumber asal: kat Suriani osman FB

Credit to: Blog AzlitaMasamManis

Random post

Assalamualaikum.

2016 hampir melabuhkan tirai.
Hari ke 7 dalam bulan December.
Bermacam perasaan.
Berkecamuk.

Kalau dulu masa zaman sekolah waktu sekarang paling ditunggu
sebab seronok tak perlu ke sekolah.
Dah menginjak dewasa dan jadi mak orang ni perasaan tu dah tak ada.
Yang ada hanya cuak
Sebab ini la masanya semak semula apa dah jadi dalam masa setahun.

Apa pencapaian dah digapai?
Azam 2016 dah terlaksana atau sekadar di atas kertas?

Baru siap target untuk tahun 2017.
Seram sejuk bila dah nampak real figure yang kena achieve.
Betul la bukan senang nak senang.

Nanti masa akan datang aku harap bila aku baca semula posting ni
Aku sekurangnya dah berjaya buat apa aku nak.
Dan bila aku baca aku akan tersenyum.


Macam random talk aku bulan 6 tahun 2012:

1. Suami aku masih belum belikan aku bunga. Masih kekal begitu.
2. Alhamdulillah bulan August 2016 aku berjaya masuk rumah kami beli sendiri.
    Selepas 4 tahun.
3. Dah tukar company.
4. Masih dalam progress. Dan sekarang bertambah berat bila aku mama kepada dua anak.


Dec 6, 2016

Testimoni customer guna Norahwax - tak pandang yang lain

Alhamdulillah.

Seronok bila baca whatsapp dari customer yang diaorang suka sangat guna Norahwax ni.

Ada satu customer ni dia student, dia pernah guna Norahwax then stop sebab dah habis kemudian excited la jumpa wax jenama lain yang agak mahal. Lepas tu ketam gigi sebab wax tu kurang berkesan.  

Marah dia.

Bukan rezeki awak dik. So sekarang dia dah guna semula Norahwax. Seronok dapat sebarkan benda baik. Dapat bermanfaat.

Pernah baca; ustaz suh berdoa supaya kita ni tergolong dalam orang yang terpilih untuk berbakti kepada agama, terpilih untuk berbuat baik, terpilih mati dalam khusnul khatimah. Terpilih untuk syurga Allah.

Bila hari-hari mintak nanti Allah bukakan jalan ke arah itu. In sha Allah.

So berniaga jugak salah satunya. Temukan kebaikkan kepada orang lain. Mudahkan. Apa-apa nak tanya boleh ok. sila lah. Saya jawab sebaik mungkin.

Boleh tengok testi dan product kat ig norahwaxwangsamaju_rodiah atau whatsapp je 017-9270848

Babai.



Dec 2, 2016

Tauke Ice Cream by anak orang kaya

Assalamualaikum.

Baca tadi pasal seorang anak orang berada upload post pasal nak jadi Tauke Ice Cream kat akhirat. Alhamdulillah bagus dia mesti sejuk perut mak dia mengandung.
Buat baik kat orang Allah pun suka.

Tapi kan bila baca semula post tu. Haish..
Terus rasa nak semak semula diri ni.

Masa first baca.. rasa macam bluek..
Eh poyo nya. ayat she can buy an ice cream company.
oh memang..awak anak orang kaya so sekotak ice cream tu apa la sangat.

Dunia setiap orang berbeza,
Dari segi rezeki, cara hidup, didikan, dan lain-lain.
Pandangan dan penerimaan pon berbeza.

Mungkin sebab awak rasa apa awak post tu tak ada apa-apa
Atau post tu nampak awak baik gila
dengan menahan nafsu amarah awak tu.

Yeah, tahu point awak ialah Happiness is not just MONEY.
Rasanya konsep biasa kita boleh guna; Matlamat tak menghalalkan cara.
Ya u nak promote kebaikkan tapi mungkin cara tak kena.

Ke aku je yang terasa?
Ini sekadar pandangan perempuan yang tak pernah ada orang gaji.
Ya. itu je.