Nuffnang BH

Nov 4, 2016

Second Baby Story Bersalin jua akhirnya

Bismillahhirrahmanirrahim

As Salam.

Pengalaman anak pertama dan kedua berbeza. Anak pertama banyak baca pengalaman orang dan belum merasa. Jadi bersedia berdasarkan apa yang orang lalui. Anak kedua, bersedia berdasarkan apa yang telah di alami dan pengalaman orang lain. Begini ceritanya. 


13 May 2016. Jumaat. 

Masih menunggu bila nak rasa sakit bersalin. Dalam fikiran dah imagine sakit contraction tu macam sakit period terguling-guling.

Tabah. Kehidupan seperti biasa.

6.30petang  - 6.50petang 5Kali muntah. 

Menahan loya dan muntah sehingga keesokkan hari. Hanya mampu makan kambing and potato chips. Syukur masih boleh telan.

Hilang selera makan. Dan ingatkan diri. Kena makan sebab kena ada tenaga masa nak meneran nanti.
Sakit yang selalu aku bayangkan tu belum lagi mula. 

Masa ni 38 minggu ++

14 May 2016. Sabtu

Nak sedapkan hati, pagi tu memang ada check-up appointment. Sampai je GMC tak ada tanda sakit contraction pon. Lepas dua jam duduk menunggu pon masih sama, Cuma baby tendang-tendang manja.

Pukul 11:30 pagi. Doc Zana kata nak check bukaan. Ok part ni benci sungguh. Tak ready lagi. Menjerit dalam hati je. Tak sempat makan siput masak lemak cili padi dengan udang masam manis lagi.

Doc kata bukaan dah 2cm. Panic attacked. Eh tak kan dah nak bersalin dah. Doctor suruh baring dan nurse sediakan alat CTG.

In medicine (obstetrics), cardiotocography (CTG) is a technical means of recording the fetal heartbeat and the uterine contractions during pregnancy. The machine used to perform the monitoring is called a cardiotocograph, more commonly known as an electronic fetal monitor (EFM).

Lepas 20 minit doctor nak tengok movement graph chart.  Masa result yg first tak cantik sangat sbb baby asyik mengeras [aku nervous dan lapar agaknya] dan 2nd time doc kata barulah ok. kalau ikut graph dah 4 kali hit contraction [spike].

Yang 4 kali aku perasan tu bukanlah sakit apa pon, Cuma aku rasa baby tendang or gerak sedikit kuat. Selain tu tak ada pon tanda sakit senggugut.  

Doc ckp 2bd baby is different from 1st baby. Then  tak perlu tanda darah or pecah air ketuban pon. Agak2 kuat je contraction dan kerap dah boleh admit.

Lepas setel check, terus ajak suami makan kat restaurant favourite. Rezeki jumpa siput sedut dan udang. Makan sampai mengah.

Lepas Zohor sempat pergi Wangsa Walk Mall sebab ikut pembacaan kalau banyak berjalan lagi bagus untuk cepatkan bukaan. Nervous dan penat so suami sempat tidur dulu kat parking pastu baru berjalan. Itu pun tak lama. Lepas tu shopping sikit dan balik rumah.

Terus download contraction timer dekat android. Start monitor contraction dan segala mala pergerakkan baby.

Pukul 7:16 petang start mual semula & senak perut rasa nak buang air besar tapi tak membuang pon.

Pukul 8:11 malam rasa ngilu di bahagian Miss V.  

*Doc pesan kalau contraction more than 1minute then gap 10-15minit sila ke hospital terus. 

Contraction bawah 1minit selang 5/10 minit dan ada yang jam.

15 May 2016. Sunday.

2:01 pagi. Sakit terasa nak buang air besar & ketulan lendir kekuningan keluar semasa kencing. Sakit masih boleh tahan. Senak.

2:45 pagi. Tak boleh baring kena duduk baru sakit tu hilang. Tidur sambil duduk. Masih mampu tidur. Bila bangun pagi kencing dan keluar ketulan putih kuning cair.

3:41 petang. sakit nak membuang air besar. Buang sikit sahaja.  

5:56 petang. sakit nak membuang air besar tapi tak membuang pon.

6:47 petang. Keluar lendir coklat pudar masa kencing dan berak.

7:54 petang. Miss V rasa ngilu.

Kalau ikut pembacaan; keluar lendir kuning pekat atau cair tanda pintu rahim menipis. 
Kalau lendir darah itu tanda bukaan rahim.

Masih mampu tidur lena malam td. So far contraction tak kuat btl lagi. Cuma kalau berbaring sebelah kanan nak pusing ke kiri memang jangan harap la. Sakit dan ngilu.

Perasan kali ni dah menghampiri saat bersalin miss v mcm bengkak. Tahan jela.

Contraction paling lama 1minit 30 saat. 

Gap tak menentu.. paling kerap 10-15  minit. 

Gap paling lama 35 minit. 

Gap sejam lebih ada la dua tiga kali.  
16 May – Monday
Sakit slow sangat. Lebih kepada kira movement baby sahaja. 

Sakit bawah 30 saat je then 2 ke 3 jam gap.
17 May – Tuesday
Macam biasa tiada erti aku sakit-sakit sebelum ni. hahhaha 

Dua kali je sakit 1 minit

18 May – Wednesday
9:44 pagi – Buang air besar. Lepas tu aku membebel bosan dan cuak bila nak bersalin. 

Contraction paling lama 1:38 saat
19 May – Thursday
2:27 petang – berak kali ke 4 dari pagi

Masih sakit bawah 1minit

20 May – Friday

3:30 pagi – air ketuban pecah

Air ketuban meleleh start 3.30 pagi. 
Smpi Gombak Medical Centre 4.30 pagi. 
4.45pagi start buat CTG. 
5.30pagi kena seluk..2cm oleh bidan then masuk bilik comel nama teratai. 

Belum start sakit. Semoga Allah permudahkan urusan. 
Kena pakai pampers dah. air ketuban masih keluar. 
Tukar pampers kedua dan masuk ubat berak. 

8:28 pagi - start sakit selang seminit setengah. 

Bukaan msih 2cm at 8.10am

8:28 pagi - start sakit selang seminit setengah. 

9.10am Masuk ubat lembutkan bukaan rahim dan kena tunggu after 1 hour. Air ketuban masih keluar. Dah start heavy contraction tp msih blh tahan.

Slowly sakit tu semakin lama semakin kuat. Memang aku mengerang saja sebab  bebas boleh bersuara baring dalam bilik dengan suami je. Habis aku picit-picit tangan suami dan cakar badan dia. Peluk semua tapi masih tak dapat tenangkan diri. 


10.10am nurse masuk offer untuk cucuk ubat tahan sakit rm 100. dengan harapan bila tahan sakit konon sakit contraction jadi kurang. TIDAK ya, malah sakit jadi double triple. Lepas bersalin baru doctor explain yang ubat tu cepatkan bukaan. 

Tak sampai 10 minit aku rasa kepala baby betul-betul dah kat bawah. Menjerit-jerit aku suruh suami panggil nurse. Tak dapat tahan dah rasa nak push je. 

Nurse siap boleh persendakan kata, macamana aku tahu baby dah sampai bawah. nurse suruh bangun dan duduk kat wheelchair. 
Hoi masa ni nak angkat punggung tak larat dah. Cuak baby terkeluar kang siapa nak sambut. Doktor kat bawah layan pesakit lagi. 

Suami tolong angkat ke katil sekali. Masa landing atas katil dalam labour room rasa dah tahap redha tak leh tahan dari nak meneran. Aku siap cakap nurse saya rasa nak berak ni, macamana? 

Nurse kata tak apa berakkan aja. masa tu dengar nurse cakap baby dah crowning, yang aku paham kalau crowning bebetul posisi dah boleh keluar. 

Tak sampai seminit doctor Zana sampai. Masa ni nak peluk doctor kata tolonglah cepat. Nak keluarkan Baby. 

Best nya Doc Zana, dia kata tak payah push pon. Jangan penatkan diri you nak push. you just buat macam nak terbatuk je. kena relax and enjoy the moment ke movement ke apa tah. dalam otak Ya Allah sakitnya. Aku pon ikut la nasihat buat-buat batuk. siap cakap tak boleh pon hahhahah. 

Dalam otak motivasi terbesar masa ini adalah anak sulong. Ye aku nak teruskan kehidupan dan selamat untuk jumpa anak sulong aku, Ikhwan. Ya Allah rindunya. 

After beberapa kali batuk aku berjaya keluarkan seorang princess. Tak digunting tapi sedikit luka koyak. Suara baby bergema. Kuat betul tangisan. Ikhwan dulu tak rasa. 

Nurse kasi peluk letak kat dada then bersihkan seterusnya suruh suami iqamahkan. Setel bab keluarkan baby. 

Tibalah part paling aku takut nak jahit. Dah siap-siap pesan kat doctor aku nak bius je biar aku tak sedar. Memang tak sedar sampai ke sudah. Nyenyak je aku. Laki aku cakap aku tidur macam baby [ok aku tipu] laki aku kata aku tidur mampus hahahaha. 

lepas sejam baru aku sedar dan haus betul. Kali ni bersalin susu badan tak semeriah no 1. Nanti lain entry aku share pulak. 
Bersalin pada 40 minggu ++

Jangkaan kena bersalin sblm 3petangg dlm masa 8 jam utk elak jangkitan pada baby. 

Masa buat CTG aku cuba bertenang. Aku suruh suami aku selawat dan zikir bersama. 

Masanya dah tiba. Takut tapi redah jela



Panjang betul bebel. sekian. 

No comments: