Nuffnang BH

Nov 17, 2016

Resepi Meatball cheese meleleh sempoi

As Salam


Selalu meleleh air liur tengok orang post makanan kat FB. Baiknya hati diaorang ni siapa share resepi.  So memang pasang impian simpan resepi dahulu dan cuba kemudian.
Alhamdulillah kali kedua aku cuba  resepi bebola ni. Kali pertama aku simpan kat handphone lama, gambar tak sempat nak transfer. Kali kedua buat versi tambah bahan-bahan.

Simple ya amat semudah buat cekodok ikan bilis. Chewah. Apa korang kena ada ialah:

Daging cincang – 2 keping
Bawang – satu bijik
Lobak – 1 biji cincang halus
Telur – satu biji
Garam- secukup rasa
Serbuk lada hitam – secukup rasa
Tepung gandum – 4 sudu
Mozzarella Cheese – potong dadu
Breadcrumb *tak ada stock so tak letak

Campur segala bahan kat atas. Gaul sebati dan bentukkan bulat-bulat.
Aku tak suka comotkan tangan so aku guna sudu.

 


Masukkan mozarella cheese yang dipotong.  
Goreng dengan minyak betul-betul panas. 

Sedia untuk dimakan.