Nuffnang BH

Nov 17, 2016

random post

Assalamualaikum

Rasanya minggu ni paling banyak aku belajar pasal makhluk bergelar manusia.
Yang baik yang macam binatang yang bendul yang tak menyabor.

Semua datang satu-satu.

Dah memang kena niat nak berniaga ni nak jadikan sebagai satu bentuk tarbiah mendekatkan diri dengan Allah.

So memang Allah bukak seluasnya jalan untuk aku kenal perangai manusia.
Supaya aku boleh mengadu kepadaNya.

Cuba bersabar. Cuba memahami. Tapi manusia yang lemah iman macam aku ni
Apa aku buat kalau aku terjumpa manusia yang mintak kaki ni

Sama ada aku larikan diri atau aku pura-pura pekak kan diri.
Adatla meniaga. Bila kita war-warkan produk kita dah dia layan kita ni macam peminta sedekah.

Tolak Tarik tak berpenghujung. Silap gaya boleh salah sangka.
Bila tak diberitahu katanya sombong mendongak langit.

Manusia betul sifatnya.

Semakin lama aku rasa dunia sementara ni tak menarik langsung.
Memenatkan je.

Entahla. Tak putus asa tapi rasa rindu nak hidup di dunia yang kekal abadi.

Berkumpul kat sana.