Nuffnang BH

Nov 30, 2016

Krim buang bulu - jom guna wax pulak

Assalamualaikum.. 

Semenjak dua menjak ni ramai betul orang search pasal cream buang bulu ni. Tadi tengok kat dashboard memacam keywords yang keluar. Bermasalah sungguh orang Malaysia. Berbulu teruk agaknya. J

Macam aku dulu, pernah juga la jadi sebahagian daripada mereka yang mengoogle pasal keberkesanan produk buang bulu ni. Dalam otak masa tu fikir dapat hapuskan bulu dengan cara TAK SAKIT. Part SELAMAT tak terlintas pun ok. Punya la over. Asal tercapai hasrat tak berbulu lain tolak ke tepi.

Aku bukanlah jatuh kategori bulu banyak gila tapi aku ni cepat rimas. Pengalaman aku sendiri kalau shaving bulu ketiak, seminggu je tahan pastu bulu tumbuh semula. Tumbuh duduk diam tak apa ni siap gatal merenyam. Sakit mencucuk-cucuk pulak tu.

Kalau shopping groceries setiap bulan mesti akan allocate duit untuk beli pisau pencukur. Dahla mahal. Aku ke kedekut tak sure la pulak.  memang pejam mata je setiap kali beli. Sebab konsep dia nak pencukur yang ada aloe vera pastu pakai mesti tak lebih 5 kali.

Itu dulu la. Lepas Pak jib benarkan harga barang semua naik; gula, minyak, dan macam-macam lagi aku dah start mencari alternative supaya aku dapat berjimat. Baru lah dapat kesedaran. Sebenarnya banyak lagi cara lain nak buang bulu ni; waxing, tweezing, laser, dan elektrolisis.

Antara banyak-banyak pilihan yang ada tu aku interested untuk ber waxing. Kebanyakkan Spa pun memang ada offer service waxing ni. Kawan aku kata dia pergi buat waxing kena bayar RM70. Telan air liur. Itu baru waxing bahagian kaki. J

Nekad la cari product waxing yang selamat dan organic. Nak yang murah dan selamat. Cari punya cari akhirnya rezeki berjumpa dengan Norahwax Organic Hair Removal. Aku dah tahu sebelum kisah dia viral masuk ohmedia.my lagi. 

Bila dah cuba mula la excited dengan hasil dia sibuk canang kat adik beradik. JJJ dan sekarang aku jugak dah jadi sebahagian keluarga Norah. Sebab tahu product dia memang bagus. 

Next entry aku share kenapa korang yang ada masalah bulu ni kena cuba Norahwax. Ada yang kata kenapa tak guna cream je senang.. ha yang tu nanti aku share pengalaman aku pernah jugak guna cream buang bulu ni. kih3

Boleh follow instagram norahwaxwangsamaju_rodiah

Stay tune!