Nuffnang BH

Nov 1, 2016

Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,
                                      
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JobsMalaysia, dengan kerjasama Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan menganjurkan program JOB FAIR @ UTC yang akan berlangsung serentak
di 9 lokasi UTC seluruh Malaysia, pada ketetapan berikut:

Program Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016

Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi hingga 8.00 malam 
Tempat :  i. UTC Alor Setar, Kedah
                ii. UTC Ipoh, Perak
               iii. UTC Pudu, Kuala Lumpur
               iv. UTC Bandar Melaka, Melaka
                v. UTC Johor Bahru, Johor
               vi. UTC Kuantan, Pahang
              vii. UTC Kota Bharu, Kelantan
             viii. UTC Kuching, Sarawak; dan
               ix. UTC Kota Kinabalu, Sabah


Majlis Perasmian Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016

Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat  : UTC Kuantan, Pahang
Perasmi : YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
                 Menteri Sumber Manusia


3.     Untuk makluman pihak Tuan/Puan, program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat JobsMalaysia di seluruh Malaysia dan UTC sebagai Hub Perkhidmatan Pekerjaan (Employment Hub) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada seluruh masyarakat, selaras dengan konsep NBOS.

4.       Sehubungan itu, besar harapan kami sekiranya pihak  Tuan/Puan dapat memberikan sokongan memeriahkan program di lokasi-lokasi berhampiran dan menghebahkan maklumat program ini seluas-luasnya kepada orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my/.  Segala kerjasama daripada Tuan/Puan terhadap perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.



JobsMalaysia Administrator

No comments: