Nuffnang BH

Nov 2, 2016

Doctor sahkan Baby Eczema

Amaran: entry ni panjang penuh emosi pasal baby nama Raudah kena Eczema


As Salam,

Ini pengalaman anak aku yang kedua kena Eczema dan aku masih lagi struggle nak sihatkan anak aku sepenuhnya. Dengan izin Allah.


24hb October 2016 ada appointment cucuk 5 bulan vaksin (5 serangkai) di Klinik Kesihatan Setapak. Masa ni monthly check nurse aware keadaan Raudah dan nasihatkan off sabun mandian etc.
Masa ni dah pelik why nurse tak tunjukkan ke prihatinan dia. ke normal je even telinga Raudah dah ber air. Raudah tak demam so proceed cucuk.

Week before ruam kat kepala & telinga Raudah dah teruk. Asyik menggaru je dia. masa ni syak dia ruam panas sebab cuaca kering dan panas terik. Masa ni panik dah tapi masih tak terfikir pasal ECZEMA.

Ruam keluar di bahagian kepala (dahi, belakang kepala bawah, telinga pipi) badan dan semua  pelipat. Hanya pelipat dan belakang telinga yang keluar air bisa.

Sebulan sebelumnya dah pernah jumpa doctor dan doctor mentioned itu ruam biasa dan bagi cream sapu. Tak ingat nama. Kalau campak belakang masa Raudah Sakinah dilahirkan memang sepanjang berpantang ruam naik on off sebab cuaca panas kat Pahang. Sama keadaan macam abang dia dulu.

Sudahnya ajak suami jumpa Dr Hasmawati, Pakar Kanak-Kanak Taman Melawati. Ini pon based on recommendation dari adik. Date pertama dengan doctor ni kurang memberansangkan sebab doctor ni sarcastic tahap dewa hahahhaha.

Doctor ni bagus tapi hati kena tabah kena cekal jumpa dia. Kata-kata dia lebih tajam dari pedang hahahha. Doctor ni la dengan confidence nya confirmkan Raudah ECZEMA. Mimpi ngeri jadi nyata. Dia bagi cream, lotion dan mandian.


Dah google info sedikit sebanyak dan kawan-kawan nasihatkan jangan bergantung dengan STEROID. Takut baca pengalaman pesakit ECZIMA. EL untuk dua hari sebab tak sanggup nak suruh orang lain jaga Raudah.

Sepanjang dua hari jaga Raudah keadaan dia tragik sebab menggaru. Aku sempat beli minyak nama dia Habibi oil minyak untuk ruam. Sesuai untuk ECZIMA. Ada pendapat kata jangan campur ubat doctor dengan ubat/minyak di jual dipasaran.

KONFLIK melanda hebatnya. Hahhaha. Stress sangat-sangat.

Pendapat dan kehendak serta kekurangan ilmu pasal ECZEMA telah mengganggu gugat kehidupan dan credibility sebagai seorang ibu dipersoalkan. Emosi. Tak bergantung dengan ubat doctor which is STEROID tapi nak anak sihat. [tak semua ada STEROID tapi kena baca kandungan dia].

Sampai la mereng sekejap menangis tanpa sebab. End up aku buat apa taw; lepas mandi aku sapukan cream doctor kasik dibahagian ruam yang jadi ikut arahan doctor dan aku sapu minyak/olive oil as lotion kat serata kulit Raudah. Alhamdulillah atleast aku berjaya buat keputusan.

Mak ada datang melawat aku, sebab risaukan Raudah mak datang. Terima kasih mak. Mak kata kalau penyakit orang kampung Raudah ni kena demam ruam. Mandikan dengan air rebusan semambu. Rebus dan mandikan.

Alhamdulillah hilang sedikit gatal dia. baru nak lega Raudah naik semula rashes dia sebab aku makan AYAM. Aku masak kari. Huwaaa.

Masa tu 31st October. Aku terpaksa berjaga malam Raudah merengek je malam-malam. Kesian ok. episode menangis bermula kembali. Payahnya nak positif bila tengok anak menggaru ni. Doctor suruh aku pantang susu. Yes selama seminggu aku berpantang dairy product.

Telur aku baru start pantang. Semua makanan aku hadkan. Aku doa Allah permudahkan perjalanan kami semua. Allah uji Raudah Allah uji kami semua. Uji sebab Allah sayang. Allah nak kita mengadu pada Dia.

Aku masih belum jumpa solution terbaik untuk kulit Raudah sebab nak habiskan ubat doctor kasi. Nanti habis aku nak cuba product Moogoo. Aku nak beli lotion dia. review bagus je semua. In sha Allah. Dan Shaklee. Aku patut cuba. Ikhtiar.

2 Nov 2016, Biras aku recomend doctor kulit [dermatologi] di Wangsa Delima. Klinik Mediviron untuk jumpa Dr Kevin Menezes. Mak salah seorang anak jagaan ada kena macam Raudah. Alhamdulillah serasi untuk anak dia. Tapi Doctor cuti setiap Rabu and Sabtu. Aku dah call untuk pergi hari Khamis.

So elok la call dulu sebelum terjah. Saat ini hati bagai dirobek bila anak masih lagi menggaru dan ada keluar darah sikit-sikit. Hati tersiat tapi Allah Maha Mengetahui. Doakan Raudah.

Klinik Mediviron Wangsa Delima

No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Dr Kevin Menezes

Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634

Consultation hours:

Monday - Friday : 9am-10pm
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm)

No comments: