Nuffnang BH

Nov 1, 2016

Dilemma mak zaman moden nak jaga anak sendiri


As Salam,

Selepas ujian anak ditarik nikmat kesihatan yang membuatkan air mata 
asyik merembes keluar melihat anak kesakitan buat aku selalu terfikir 
alangkah indahnya kalau aku tak perlu bekerja di pejabat tapi 
boleh bekerja sambil jaga anak-anak aku.

Perasaan jiwa bagai dicarik-carik bila anak tak sihat dan kita terpaksa 
korbankan perasaan mereka dan biar orang lain yang galas tanggungjawab 
jaga mereka ketika mereka perlukan perhatian daripada mak bapak.

Rasa bersalah tu haish.

Itu yang jadi turning point aku memberanikan diri nak cari pengalaman berniaga. 
Buat online ja pun. Nak cari pengalaman. Nak tahu selok belok. 
Nanti kot kalau desperate sangat atleast boleh la survive. 
In sha Allah.

Sepanjang anak sakit selalu doa, Ya Allah berikan aku idea, 
berikan aku ikhtiar untuk aku keluar dari kesakitan ini, kesusahan ini. 
Alhamdulillah Allah selalu dengar permintaan aku.

Sekarang mensibukkan diri sambil kumpul pengalaman dan ilmu. 
Sungguh aku nak berjaya. Setiap masa berlalu tak nak bazir macam tu ja. 
Masa kat dunia pun tak tahu berapa lama. 

Semoga di lain masa, bila aku ulang baca entry ni aku 
sekurangnya dah mencapai salah satu dari impian aku. aamiin. 
In sha Allah.


No comments: