Nuffnang BH

Nov 9, 2016

Alhamdulillah anak sulong mama dah convo

Assalamualaikum. 

cair tengok anak sendiri
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi anak mama dah berjaya menggemgam segulung sijil. Dah selamat bergambar convo dengan rakan sekelas. Hahahhaha. Tarikh sebenar Convocation TASKI ABIM HUFFAZ SETAPAK 2016 adalah pada hujung November ni in sha Allah. 

comelnya kau nak

Nanti kau besar mesti ko gelak sebab ko paling pendek kat situ hahahha
Cepat betul masa berlalu. Tahun depan kalau masih ada rezeki In Sha Allah akan hantar Ikhwan ke sana lagi.
pipi dah nak penuh screen camera 
Beberapa bulan lepas dah plan nak register Ikhwan sekolah darjah satu. Ikhwan in sha Allah masuk darjah satu pada 2018. Sebenarnya dah boleh register dari April haritu tapi asyik tangguh. Kalau la dah tak cukup tempat nak hantar Ikhwan kemana tak tahu.

Since aku dah tak dapat bercuti so aku serahkan tanggungjawab nak register kepada suami. Untuk pergi register kena bawak dokumen seperti dibawah.
  1. Sijil Lahir Asal dan Satu Salinan.
  2. Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat Tinggal).
  3. Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  4. Sampul Surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm).
  5. Setem 80 Sen.


Semoga segala impian dipermudahkan Allah. Semoga Ikhwan Hafeez jadi anak soleh, terpilih untuk berbakti kepada agama. Dipilih untuk masuk ke syurgaNya. In sha Allah.