Nuffnang BH

Nov 30, 2016

Krim buang bulu - jom guna wax pulak

Assalamualaikum.. 

Semenjak dua menjak ni ramai betul orang search pasal cream buang bulu ni. Tadi tengok kat dashboard memacam keywords yang keluar. Bermasalah sungguh orang Malaysia. Berbulu teruk agaknya. J

Macam aku dulu, pernah juga la jadi sebahagian daripada mereka yang mengoogle pasal keberkesanan produk buang bulu ni. Dalam otak masa tu fikir dapat hapuskan bulu dengan cara TAK SAKIT. Part SELAMAT tak terlintas pun ok. Punya la over. Asal tercapai hasrat tak berbulu lain tolak ke tepi.

Aku bukanlah jatuh kategori bulu banyak gila tapi aku ni cepat rimas. Pengalaman aku sendiri kalau shaving bulu ketiak, seminggu je tahan pastu bulu tumbuh semula. Tumbuh duduk diam tak apa ni siap gatal merenyam. Sakit mencucuk-cucuk pulak tu.

Kalau shopping groceries setiap bulan mesti akan allocate duit untuk beli pisau pencukur. Dahla mahal. Aku ke kedekut tak sure la pulak.  memang pejam mata je setiap kali beli. Sebab konsep dia nak pencukur yang ada aloe vera pastu pakai mesti tak lebih 5 kali.

Itu dulu la. Lepas Pak jib benarkan harga barang semua naik; gula, minyak, dan macam-macam lagi aku dah start mencari alternative supaya aku dapat berjimat. Baru lah dapat kesedaran. Sebenarnya banyak lagi cara lain nak buang bulu ni; waxing, tweezing, laser, dan elektrolisis.

Antara banyak-banyak pilihan yang ada tu aku interested untuk ber waxing. Kebanyakkan Spa pun memang ada offer service waxing ni. Kawan aku kata dia pergi buat waxing kena bayar RM70. Telan air liur. Itu baru waxing bahagian kaki. J

Nekad la cari product waxing yang selamat dan organic. Nak yang murah dan selamat. Cari punya cari akhirnya rezeki berjumpa dengan Norahwax Organic Hair Removal. Aku dah tahu sebelum kisah dia viral masuk ohmedia.my lagi. 

Bila dah cuba mula la excited dengan hasil dia sibuk canang kat adik beradik. JJJ dan sekarang aku jugak dah jadi sebahagian keluarga Norah. Sebab tahu product dia memang bagus. 

Next entry aku share kenapa korang yang ada masalah bulu ni kena cuba Norahwax. Ada yang kata kenapa tak guna cream je senang.. ha yang tu nanti aku share pengalaman aku pernah jugak guna cream buang bulu ni. kih3

Boleh follow instagram norahwaxwangsamaju_rodiah

Stay tune!



Nov 28, 2016

Shadows Doodle change to funny sketches

Selalu sangat benda yang serius.

Jom layan terapi otak sekejap.

Manusia ni kalau dah kreatif dan enjoy dengan apa dia buat semua benda nampak indah dan berkait setiap satu. 

Hebatnya manusia lagi hebat Sang Pencipta.















Promo Grab Malaysia sehingga 9 December

Assalamualaikum.



Saja share benda elok untuk siapa yang biasa guna perkhidmatan Grab. Seminggu lepas aku enjoy 2 kali ride free dapat voucher RM5 each ride.

This time dapat pulak 20rides (RM5 discount) valid sampai 9 December 2016.
Maksudnya 20 kali boleh redeem.

Memang tengah ramai guna promo code ni. So sesiapa nak merasa discount sebelum tekan Book kat Grab apps sila masukkan promo code SURERIDE nanti dapat discount RM5 ok.

Sah sehingga 9 December taw.

Nov 21, 2016

Karnival Kerjaya dan Kemahiran OKU 2016

Salam Sejahtera,

Memanjangkan peluang kerjaya dari JobsMalaysia. 

JMC UTC Kuala Lumpur akan mengadakan Karnival Kerjaya dan Kemahiran OKU 2016 seperti di butiran berikut:
Tarikh         :      25 November 2016 (Jumaat)
Masa          :      9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat      :      Hotel Aloft, KL Sentral
Aktiviti              :      Temuduga Terbuka Khas Untuk OKU sahaja

Sehubungan dengan itu, saudara/saudari dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. 

Sila berpakaian kemas dan membawa resume yang lengkap dengan foto berukuran passport, salinan sijil/dokumen yang secukupnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-20262058 (JMC UTC Kuala Lumpur).

Terima kasih


JobsMalaysia Administrator

Karnival Kerjaya ‘On-Campus Job Interview’ dengan kerjasama Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM)

Salam Sejahtera,

Memanjangkan peluang kerjaya dari JobsMalaysia 

JMC UTC Kuala Lumpur akan mengadakan Karnival Kerjaya ‘On-Campus Job Interview’ dengan kerjasama Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM) seperti di butiran berikut:

Tarikh         :      23 November 2016 (Rabu)
Masa          :      10.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat      :      Al-Khawarizmi Library,
Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM),
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Majikan     :      15 Majikan (Jawatan Profesional dan Bukan Profesional)

Sehubungan dengan itu, saudara/saudari dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Sila berpakaian kemas dan membawa resume yang lengkap dengan foto berukuran passport, salinan sijil/dokumen yang secukupnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-20262058 (JMC UTC Kuala Lumpur).

Terima kasih


JobsMalaysia Administrator

Good Luck. 

Nov 17, 2016

Resepi Meatball cheese meleleh sempoi

As Salam


Selalu meleleh air liur tengok orang post makanan kat FB. Baiknya hati diaorang ni siapa share resepi.  So memang pasang impian simpan resepi dahulu dan cuba kemudian.
Alhamdulillah kali kedua aku cuba  resepi bebola ni. Kali pertama aku simpan kat handphone lama, gambar tak sempat nak transfer. Kali kedua buat versi tambah bahan-bahan.

Simple ya amat semudah buat cekodok ikan bilis. Chewah. Apa korang kena ada ialah:

Daging cincang – 2 keping
Bawang – satu bijik
Lobak – 1 biji cincang halus
Telur – satu biji
Garam- secukup rasa
Serbuk lada hitam – secukup rasa
Tepung gandum – 4 sudu
Mozzarella Cheese – potong dadu
Breadcrumb *tak ada stock so tak letak

Campur segala bahan kat atas. Gaul sebati dan bentukkan bulat-bulat.
Aku tak suka comotkan tangan so aku guna sudu.

 


Masukkan mozarella cheese yang dipotong.  
Goreng dengan minyak betul-betul panas. 

Sedia untuk dimakan. 

random post

Assalamualaikum

Rasanya minggu ni paling banyak aku belajar pasal makhluk bergelar manusia.
Yang baik yang macam binatang yang bendul yang tak menyabor.

Semua datang satu-satu.

Dah memang kena niat nak berniaga ni nak jadikan sebagai satu bentuk tarbiah mendekatkan diri dengan Allah.

So memang Allah bukak seluasnya jalan untuk aku kenal perangai manusia.
Supaya aku boleh mengadu kepadaNya.

Cuba bersabar. Cuba memahami. Tapi manusia yang lemah iman macam aku ni
Apa aku buat kalau aku terjumpa manusia yang mintak kaki ni

Sama ada aku larikan diri atau aku pura-pura pekak kan diri.
Adatla meniaga. Bila kita war-warkan produk kita dah dia layan kita ni macam peminta sedekah.

Tolak Tarik tak berpenghujung. Silap gaya boleh salah sangka.
Bila tak diberitahu katanya sombong mendongak langit.

Manusia betul sifatnya.

Semakin lama aku rasa dunia sementara ni tak menarik langsung.
Memenatkan je.

Entahla. Tak putus asa tapi rasa rindu nak hidup di dunia yang kekal abadi.

Berkumpul kat sana. 

Nov 15, 2016

Kaitan Ameng Gegar Vaganza 3 dengan aku


Jujurnya sebelum menyertai GV3 hidup saya tenang tetapi sekarang saya sering tertekan mungkin kerana faktor usia dan tidak lagi mampu bekerja terlalu keras. Saya yakin akan melakukan kesalahan sama lagi selepas ini kerana saya tahu kemampuan saya berada di tahap mana sekarang.

Komitmen lain dan jadual padat setiap hari turut menambahkan tekanan sehingga saya berharap terkeluar kerana ingin meneruskan kehidupan.

Itu apa Ameng cakap tentang tekanan yang dia hadapi sekarang:

I feel u Ameng chewah. Bukan la kata aku pon masuk bertanding gitu tapi tekanan dari competition GV3 ni lebih kurang macam tekanan life aku sekarang.

Tak nak salahkan sesiapa sebab memang aku pilih untuk push diri aku out of my comfort zone. Rasa nak habiskan cepat-cepat dan menang bergaya.

Sampai aku luahkan kat adik beradik aku yang dunia ni tak seronok langsung. Nak bersatu dan berehat kat akhirat nanti. In sha Allah. 

Semoga aku dapat beramal ibadat dan pahala kananku dapat menangkan aku di akhirat kelak.

Perasaan sekarang bagai nak lari ke dinding dan rempuh. Biar penyek seketika supaya aku boleh berdarah dan pengsan. Heh?

Aku terkapai-kapai dengan kejutan-kejutan yang kadangkala tak terjangkau tangan nak cover. 

Macam tadah air hujan turun dari langit. Luas sangat dan banyak.

Paham? Kalau paham minta doakan yang terbaik untuk aku. 

Kalau tak paham sila  Abaikan.


Nov 11, 2016

AirAsia BIG Loyalty Programme Kejutan Hari Lahir


Bismillahirrahmanirrahim.

Dapat email dari AirAsia BIG Loyalty Programme tentang kejutan besar bagi meraikan bulan kelahiran aku iaitu Bulan November. Sep sikit siapa berzodiak Scorpio.
Terus rasa special sangat.

Air Asia tawarkan 30,000 mata ganjaran AirAsia BIG untuk dimenangi dan membolehkan aku merealisasikan percutian idaman aku dengan beberapa syarat seperti share entry dan war-warkan kat laman social.  

Lagi dua hari birthday aku.

Semalam dapat berita yang mak join orang felda buat permohonan rayuan kepada menteri besar Pahang supaya dipercepatkan nombor giliran untuk mengerjakan haji. Umur pun dah lanjut jadi mak teringin benar nak kesana.

Memang impian aku dari dulu nak kumpul duit nak bawak mak and arwah abah ke Tanah Suci. Tapi Allah dah panggil abah dulu, tinggal mak je. Satu-satu nya peluang aku nak berbakti. Mak, semoga kita dapat pergi sama-sama ya.

Jadi aku rasa tahun ni impian aku adalah nak menunaikan impian mak aku. LL

Sempena hari ulang tahun ni, aku berdoa impian aku tertunai. Kalau bukan tahun ni tahun depan pon tak apa.

Impian aku nak bawak mak mengerjakan haji. Dah memang default aku ni kalau travel by air aku akan naik Asia Asia sebab tambang murah berbanding yang lain. So far yang aku pernah naik la. Harga masih mampu beli tiket dan terbang.

Semoga impian aku tercapai. Sayu hati kalau libatkan pasal orang-orang kesayangan ni.


Nov 9, 2016

Alhamdulillah anak sulong mama dah convo

Assalamualaikum. 

cair tengok anak sendiri
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi anak mama dah berjaya menggemgam segulung sijil. Dah selamat bergambar convo dengan rakan sekelas. Hahahhaha. Tarikh sebenar Convocation TASKI ABIM HUFFAZ SETAPAK 2016 adalah pada hujung November ni in sha Allah. 

comelnya kau nak

Nanti kau besar mesti ko gelak sebab ko paling pendek kat situ hahahha
Cepat betul masa berlalu. Tahun depan kalau masih ada rezeki In Sha Allah akan hantar Ikhwan ke sana lagi.
pipi dah nak penuh screen camera 
Beberapa bulan lepas dah plan nak register Ikhwan sekolah darjah satu. Ikhwan in sha Allah masuk darjah satu pada 2018. Sebenarnya dah boleh register dari April haritu tapi asyik tangguh. Kalau la dah tak cukup tempat nak hantar Ikhwan kemana tak tahu.

Since aku dah tak dapat bercuti so aku serahkan tanggungjawab nak register kepada suami. Untuk pergi register kena bawak dokumen seperti dibawah.
  1. Sijil Lahir Asal dan Satu Salinan.
  2. Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat Tinggal).
  3. Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  4. Sampul Surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm).
  5. Setem 80 Sen.


Semoga segala impian dipermudahkan Allah. Semoga Ikhwan Hafeez jadi anak soleh, terpilih untuk berbakti kepada agama. Dipilih untuk masuk ke syurgaNya. In sha Allah. 

Nov 8, 2016

Tampil yakin dan cantik tanpa bulu

As Salam semua, nak share benda baik yang membantu anda tampil lebih yakin dan cantik. 
Anda ada masalah seperti di bawah? 

Kalau ya dan mahukan penyelesaian hubungi saya SEGERA
Whatsapp sekarang 017 9270848 atau follow Instagram norahwaxwangsamaju_rodiah

Bosan ketiak berbau dan kelihatan hitam akibat shaving?
Dah guna bermacam-macam produk tapi masih belum berhasil?
Ketiak rasa tidak selesa dan rasa gatal selepas bercukur?

Anda patut cuba Norahwax Organic Hair Removal (100% bahan asli dan bebas bahan kimia)

Selain  menanggalkan bulu secara efektif ,wax juga berfungsi sebagai agen exfoliation.
Exfoliation berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati / kering pada kulit anda.

Hasilnya kulit menjadi lebih lembut dan licin selepas waxing! Norah memberi anda kesan dua dalam satu!


Whatsapp sekarang 017 9270848 atau follow Instagram norahwaxsolutions


Nov 7, 2016

#honestreview Rawatan Eczema terbaik perlu tahu

Bimillahirrahmanirrahim. 

As Salam.

Entry lepas entry susah hati anak kena eczema asyik menggaru sampai mak bapak bagai nak hilang nyawa. Kali ni nak share review pasal satu Klinik di Wangsa Delima yang provide best consultation sebab doctor sangat friendly, calm dan paling penting guna safe product untuk pesakit eczema. 

Syukur Alhamdulillah atas pertolongan Allah berikan. 

Tak sempat nak snap gambar apa bagai tapi kalau waze sangat la senang nak jumpa Klinik ni. Ada satu dekat Wangsa Maju – Desa Setapak kalau tak silap dan kalau nak waze masukkan address Klinik Mediviron Wangsa Delima. Yang ni focus kepada penyakit kulit. Semua bahan bacaan dan promotion/campaign kat dinding klinik pasal selulit, kedut, eczema etc. 

Sekali lagi aku ulang tayang address: landmark paling senang nak jumpa Klinik mediviron adalah depan WangsaWalk Mall, bangunan sebaris dengan Bank Islam. 

Dr Kevin Menezes
Klinik Mediviron Wangsa Delima
No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634

Consultation hours:

Monday - Friday : 9am-10pm 
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm

Doctor Kevin explain sambil conteng kertas; Eczema berasal dari perkataan Latin bermaksud Kulit Kering, so doctor kata kalau kering kena la lembapkan. Kan senang tu, itu kata dia la. Dia tak tahu gelisah melanda aku semenjak anak sakit.  
tulisan doctor cakar ayam
Tapi betul la kalau anak sakit ni mak bapak jadi hilang pertimbangan. Segala benda jadi kelam kabut. Alhamdulillah Doctor Kevin advised ada dua step kami as parent kena ikut: mandikan dan lembapkan. 

1.       Baby bath – shower bath and oil 
Aku tunjukkan yang previous doc kasi jenama Ezerra tapi doctor kata yang tu tak cukup moist. So dia recommend DermaVeen memang betul-betul moist. Sebab sekali minyak dalam tu. 

2.       Moisturising lotion – pun guna apa doctor suggest. 

Sebelum doctor recommend shower bath, cream sapu and lotion Doctor dah soal siasat apa cream yang aku sapu kat Raudah. Aku pon beria tunjuk gambar yang aku snap hari tu. doctor geleng kepala bila aku sebut aku sapu cream Hydrocort. A big NO sebab itu adala STEROID. BAHAYA. 

Sedih mak nak. Patut la bijik-bijik merah and gatal kau berulang-ulang. Puas mak pantang makan. Kau tetap menggaru. 

ubat makan, cream sapu, lotion and shower & bath oil

 

Tips:

1. Kena control eczema dari baby. If sampai 6 tahun then still jadi maksudnya kena dapatkan further treatment. Kalau after 6 years dah tak kena so putus terus penyakit tu dengan baby. 

2. Setiap orang ada Eczema cuma teruk atau tidak sahaja. So memang kena jaga supaya tidak diserang Eczima iaitu dengan menjaga kelembapan kulit. Of cos selain dari tu kebersihan dan makanan. 

3. Untuk Asian kebanyakkan serasi dengan Cetaphil dan DermaVeen. Dermaveen lebih murah sedikit berbanding Cetaphil. Doctor kata banyak je product untuk Eczema tapi harganya MAHAL. 

4. Since aku memang fully BF aku tanya la aku kena pantang makan or tak, doctor bagitahu yang tak perlu pantang pon. Sangat jarang gatal-gatal eczema disebabkan oleh factor makanan. Tapi cuba la elak kan kacang sebab penyakit allergic kacang memang wujud kan?

Pastu kalau ikut Doctor Pakar Kanak-Kanak dia suruh aku buat allaergic test. Doctor Kevin sarankan tak payah buat allergic test sebab kos dia mahal (600++) dan kalau buat pon nanti result dia tak begitu membantu. 

Alhamdulillah, kami kena bayar RM240 untuk cream sapu, ubat gatal (makan), mandian dan lotion. Balik tu aku terus mandikan anak aku then apply cream tu. pastu sapukan lotion seluruh anggota badan termasuk kulit kepala. 


Raudah nampak selesa lepas siap semua. Malam tu dia tidur lena. Pagi tu dah nampak perubahan. Merah-merah dah slow-slow hilang. First time dia lena tidur semenjak 24 October 2016. Now ketika entry ni ditulis kulit Raudah dah putih cerah macam telur rebus. Geram. 




kulit jadi kasar dan menggerutu


belakang scarry tengok..depan apatah lagi

Norahwax Organic Bantu anda buang bulu

Assalamualaikum.

Kalau perasan aku pernah buat review pasal satu cream buang bulu. Sapu-sapu terus tanggal tapi result dia tak puas hati. Sebab penakut nak guna wax so beli la cream yang mahal. Tapi sekejap je bulu sudah tumbuh panjang semula.

Kali ni nak share product yang aku sendiri yakin dapat membantu sesiapa sahaja yang nak hapuskan bulu yang tak diperlukan termasuk lelaki dan wanita.

Harga mampu milik, senang nak guna dan in sha Allah tak menyakitkan. Pernah dengar Norahwax Organic? Yes. Wax organic yang semakin mendapat tempat di hati pengguna wax di Malaysia. Dengan rasminya aku merupakan salah seorang agent Norahwax ni taw.

So sesiapa yang nak consultation, nak COD, nak beli secara pos bolehla contact 017 9270848. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh follow instagram norahwaxwangsamaju_rodiah Feel free nak drop question jugak kat sini or email direct je rodiah.amir@gmail.com

Ada dua pilihan iaitu hot wax dan cold wax. Pilihan untuk anda yang selalu travel, dan nak cantik tak kira masa maka Cold Wax la jawapannya, Sesuai untuk bahagian armpit dan kaki. Untuk hot wax pula, wax ini sesuai digunakan di mana-mana bahagian seluruh badan. Perlu dipanaskan sebelum digunakan.

Harga wax untuk satu jar ialah RM35 sahaja dan anda akan dapat:
Satu jar 400gram organic wax
4 wooden stick

12 cotton strips 
manual instruction


 Feel free to ask:

rodiah.amir@gmail.com
017 9270848
instagram: norahwaxwangsamaju_rodiah

Nov 4, 2016

#honestreview SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE TAMAN MELAWATI

Assalamualaikum

Selamat pagi sambil lompat bintang. hahahha. Segmen #honestreview kembali lagi kali ni cerita pasal makanan.

Kali ni nak jamu mata-mata awak semua dengan hidangan di SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE TAMAN MELAWATI harus pergi kalau anda penggemar STEAK, PIZZA, & MUSHROOM SOUP

Ha atas tu alamat dan waktu operasi restaurant ok. Dia ada set breakfast & hi tea. Hari tu tak sempat snap the set tapi sangat untung sebab tea set english dengan harga RM20++. 

Hari tu kami sekeluarga had an early dinner at 5pm. Kan nak kurus ikut Sunnah makan awal. 

So we plan order nak elak bazir and save money. Suami makan Lamb Chop, Ikhwan makan Spagethi Bolognese, aku makan mushroom room as starter and dessert Creme Brulee. Air suam & Asam Boi. Tak habis tapau Spagethi Bolognese bawak balik. Total RM106 ++ termasuk GST. 

In sha Allah akan pergi lagi.