Nuffnang BH

Oct 6, 2016

Tips Berniaga - Perkara yang perlu tahu untuk berjaya


Bismiillahhirrahmanirrahim.

As Salam, 

Masih kecoh kan pasal Dr Azizan tipu kelayakan akedemik dia. orang marah sebab dia menipu tu. Tapi ada jugak yang marah pasal harga dia charge tu. mahal bebenor.

TAPI.

Dah tahu mahal tak payah la nak join. Ukur baju di badan sendiri. tak mampu cara mahal tapi masih gigih nak ilmu dia ajar tu beli la buku ke, subscribe email dia ke. Ilmu jugak. Tak dapat banyak sikit pon jadilah.

Macam pagi tadi Dr Azizan kongsi tip nak berjaya dalam perniagaan sebab aku pernah subscribe dari website dia. so any talk atau tips dia akan email. Promote. www.azizanosman.com

Itu cara marketing dia.

Aku masih menunggu kot dia ada buat press conference ke apa. nak tahu jugak macamana dia nak survive after apa yang jadi ni.

Aku panjangkan ilmu yang dia kongsi untuk berjaya dalam perniagaan: baca dan hadam.

1) Tahu apa matlamat dengan jelas, mana halatuju yang nak pergi. Perlu ada matlamat utuk dunia dan akhirat. Perlu tahu bagaimana nak capai matlamat anda.

2) Nak berjaya dalam berniaga, cari orang yang dah berjaya, lepas 'tu kena tahu apa dia tahu, dan buat apa yg dia buat.

3) Bila jumpa seorang mentor, sedut ilmu dia sampai habis. Dah habis, baru belajar dengan orang lain. Baru faham dengan jelas apa ilmunya.

4) Nak tingkatkan kehidupan perlu ubah dengan siapa yang berdampingan dengan anda. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dikelilingi oleh orang yang sebenarnya tak mahu kita berjaya supaya kita dan dia sentiasa sama.

5) Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT, dan setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi bersedia untuk bertindak sebaiknya.

6) Bila buat bisnes, kita takkan mampu nak jual produk kita kepada semua orang. Fokus kepada orang yang nak kita bantu sahaja.

7) Kalau jual produk kesihatan, fokus kepada 1 masalah atau penyakit sahaja. Pakar perubatan terkenal pun tak ada yang jual ubat yang boleh fokus kepada semua penyakit.

8) Bila berniaga, kakitangan juga merupakan asset terbaik kita. Cari kakitangan yang ada sikap yang bagus dan latih mereka dari awal. Jangan biarkan mereka bantu anda berniaga tanpa latihan.

9) Zaman sekarang teknologi sangat penting dan pantas. Adalah rugi dan pelik kalau anda tak gunakan teknologi untuk kebaikan. Gunakanlah teknologi untuk bina perniagaan yang lebih besar dan lebih Berjaya.

10) Senaraikan perkara yang anda tidak gembira dan perlu dibaiki dalam perniagaan dan diri anda. Ini kerana Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu merubahnya sendiri.

11) Kita hendaklah komited untuk membaiki dan mengubah perkara-perkara yang membuatkan kita tak gembira. Kita perlu buat perkara yang tidak pernah kita buat untuk dapat perkara yang tak pernah dapat.

12) Mencari sumber atau model untuk berjaya. Untuk mengubah, tak semestinya menggunakan duit tetapi yang penting adalah ILMU atau pengetahuan.

13) Mesti berani bertindak tapi berani tanpa ilmu, hasil yang diperolehi tak banyak. Manakala, berani dengan berilmu dan ada mentor, keputusannya adalah lebih baik.


Dah dapat imu ni sila la praktikkan.