Nuffnang BH

Oct 14, 2016

Kerja Kosong Temuduga terbuka sempena Program Lan Berambeh PWTC

Bismillahirrahmanirrahim.

As Salam,

Dapat email dari JobMalaysia pasal temuduga terbuka sempena Program Lan Berambeh dekat PWTC sabtu ni.

Terus google apa itu Lan Berambeh? sumber: Chomel  Baru la paham.

APA MAKNA "LAN BERAMBEH"Perkataan “lan berambeh” adalah perkataan bahasa tempatan Sarawak. “lan” bermaksud mari, sila, ayuh atau jom.

Manakala perkataan berambeh pula bermaksud melawat, berkunjung, bersantai atau bermalam ke sesuatu tempat atau lokasi.

So far aku bukan Anak Sarawak tapi masih mendapat email jemputan so aku assume yang BUKAN anak Sarawak pon boleh datang dan meriahkan program ni.

Detail program macam kat bawah:

MINI KARVIVAL SEMPENA PROGRAM LAN BERAMBEH 

Tarikh : 15 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Tun Razak 1 & 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


AKTIVITI:
  1. Pameran
  2. Pendaftaran ‘Online’ Jobsmalaysia
  3. Temuduga Terbuka
  4. Bimbingan Kerjaya

Sebarang pertanyaan, sila hubungi- 03-2026 2058 Pusat Jobsmalaysia K. Lumpur.
Sila berpakaian kemas dan bawa semua sijil asal dan salinan sijil.

Mohon hebahkan program ini kepada semua saudara-mara, jiran-tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

Sekian terima kasih


No comments: