Nuffnang BH

Oct 10, 2016

#HonestReview experience guna GraBCar

ihsan google image
Bismillahirrahmanirrahim.

As Salam.

Nak share pengalaman gunakan service GrabCar. Baru first time book guna apps dia tapi dah naik lebih 5 kali sebab driver Grabcar budak sebelah bangunan office aku je. So deal thru whatsapp aje. Kalau tak emergency aku tak guna la GrabCar.

Pengangkutan utama aku ke tempat kerja memang la bergantung serratus peratus kepada pengangkutan awam. Pengguna tegar. Guna LRT then bus atau taxi.

Syoknya GrabCar ni rate dia dah bagitahu siap-siap. Up to customer nak teruskan booking or tak. So once dah book rate dia tak ada la harga tambang naik even lalu bad traffic jem. Fare agreed awal-awal so customer rasa tak ditipu.

Itu yang aku nak elak. Kalau naik taxi ni kan ikut meter dan jarak. Kalau jem memang menangis la nak bayar. Nak pulak jalan ke office aku memang sekarang macam zon berperang. Orang korek sana sini. Jentolak, jengkaut semua ada. Jem tak hingat.

Pernah banyak kali, driver taxi sengaja drive slow-slow. Ya Allah, menyirap aje. Apa boleh buat. sedapkan hati fikir itu rezeki dia.

Ok untuk newbie yang tak pernah guna GrabCar:

Sila install GrabCar – sign up guna email/phone number then boleh guna dah.

Sila isi pick up location dan drop off. Nanti dia bagi estimated fare. Then click button Book tu nanti system akan cari nearest driver yang ada.

Contoh: aku ke KL Sentral estimated fare RM13
ini contoh aku nak ke office. Dia dah bagitahu profile driver, fare. 
Next bila ada driver accept request then system akan notify kita driver yang pick up kita. Siap detail, gambar, jenis kereta, dan ETA. Boleh tengok kat phone lagi berapa lama driver nak sampai.

Waktu ni bukan waktu puncak. Tak lama tunggu pon. 
Dah sampai korang naik jela. Bayar dan resit akan di hantar ke email kita.
In sha Allah selamat.

detail resit bagus kalau nak claim 
Sekadar tip: Kalau takut jangan lupa screenshot driver detail dan share dengan orang terdekat. Notify kita dah naik dan bila selamat sampai maklumkan juga.

ini aku cuba hari berikutnya. masa ni hujan. jadi mahal. 
info tambahan, hari kedua aku sengaja test grab car untuk lokasi yang sama, fare dia naik dari RM6 ke RM11 sebab high demand. itu pon system notify: High Fare due to High demand. Kebetulan pagi tu hujan, tapi taxi banyak so aku naik taxi la. 

Alhamdulillah tak jem dan tak cekik darah. Sebagai pengguna pilih la service yang mengguntungkan dan selamat ok. Pilihan di tangan anda. Sila jadi bijak. 

Ok itu sahaja. Moga bermanfaat.