Nuffnang BH

Oct 28, 2016

Che Ta bawak 20 bagasi pergi bercuti dan Kang Gary keluar Running Man.

As Salam,

Tadi baca kisah Che Ta bawak 20 bagasi bila pergi melancong oversea. Sampai hal itu pun jadi bahan eh untuk di publishkan. Lawak sungguh.

Che Ta kata dia ambil satu hari nak kemas dan buat matching color baju untuk satu keluarga.

Gila.

Aku yang keluarga kecik ni kalau boleh baju semua satu hari satu je. Punya pemalas nak fikir dan nak basuh semua. Kalau boleh baju nak beli je kalau melancong ni.

Sebab nak berjalan kan nak release stress. Kalau dah sebelum nak melancong pon penat nak siapkan baju, fikir hal lain memang bertambah stress la.

Mungkin Che Ta kaya gila tak yah basuh hantar dobi kan? Tak pun orang gaji berlambak. Apa ada hal.

Untungla.

Lepas tu baca pasal Kang Gary dah keluar dari rancangan reality Running Man. Sedih sebab aku memang suka Running Man ni. Terpengaruh bila kawan-kawan tengok.

Tak sangka dah 6 tahun Kang Gary join Running Man, kalau ada pengganti pon mesti tak sama dah lepas ni. Aishh terus tak ada mood nak tengok.

Ada pulak orang nak kisah aku tak ada mood nak tengok. Hahahha

Ok sekian melaporkan. Esok kan Sabtu. Jangan la serius sangat.